Thursday, May 27, 2010

aku peserta EXPLORACE!!!

ng0meL by ummi
salam. 

Baca tajuk betul2, ok. Haaa korang memang tak salah baca. MEMANG aku join explorace!

Last weekend aku pergi kursus anjuran Kementeian aku. Lama gile tak g kursus and tinggalkan anak-anak ni tapi kali ni memang aku nekad nak pergi sangat sebab;1.kalau x g xtau lagi bila peluang dtg org nak ajak aku g kursus sdgkan mmg wajib g kursus 7 hari setahun at least. and 2.bila baca antara aktiviti dlm kursus tu ada EXPLORACE.. memang melompat la aku nak g! Selama ni dok geram je tgk explorace ke amazing race ke kat TV.

So after minta izin En Ahmad, aku pun bg kata setuju ngan urusetia. Aku tak tido otel selama 2 mlm kursus tu sbb si afiQ nak kena breastfeed malam2. Nak bawa satu family pulak cam tambah kos je sdgkan boleh je klu nak ulang alik pun. So, malam je En Ahmad and anak-anak datang amek aku, balik umah.. tido kat umah. Sok pagi2 anto aku g otel balik hehe.


Kursus ni di handle oleh hushim motivational and counselling consultancy. Semua isi kandungan kursus diorang yang arrangekan. Bagi aku... aku memang enjoy sangat sebab memang aku sangat need untuk lari dari kerja kerja n kerja. And isi kursus ni sangat tak beban dengan ceramah, ceramah n ceramah.


Nak cite pengalaman explorace aku...

Kami dibahagi 5 groups and each group ada 8-9 peserta. *Hahaha memang la tak macam explorace kat TV tu, ok. So nak tentukan group mana lepas dulu (gap antara each group yg start is 5 minutes which is agak lama jugak le), kitorang kena main games and sapa yang menang dapat points yang akhirnya dikumpul untuk tgk group mana dapat banyak, diorang dapat clue dulu n jalan dulu.

Gedebak gedebuk berhempas pulas tak kire malau or segan, group aku dapat 3rd place utk gerak. Harus la ok bila aku menang 1000points utk sapa paling kurus! 

 *gaya seorang pemenang*

Tengok group 1st dapat sms n gerak dulu, kami dah melompat2 tanya dah dpt sms belum? Then group 2nd pulak. Bila time kitorang, dapat sms tanya soklan: Kalau semua kambing jadi ikan, ikan jadi apa? Zasss one of ahli group bg jawapan. Reply sms, dpt jawapan BETUL. Jumpa fasi kat depan otel.

1st task; 1 man, 1 woman ambil 1 biji telur each, telan.  Raw, ok. Heheh.. ada volunteer. Aku mmg xsanggup la... pleaseeee... Done. Dapat sms bg clue - Gerak ke Masjid Jamek, cari Wisma Kraftangan n naik tingkat 9. Kat sana jumpa Mr Jeeva n dapatkan chop.
~aksi ina n azizul (ustaz) makan telur mentah~

Explorace kitorang ni tengah2 KL and naik je LRT, senang. Cuma.. sepanjang perjalanan tak boleh jauh dari each member dalam radius 5 meter and kena dapatkan as many as can nama penuh n ic orang awam yang jumpe. Tu yang trill kat explorace ni. Pergh... sapa senang2 nak bagi ic no kat strangers, ok.

Aku memang xcited sebab most of my group members tak tau sgt jln KL especially bab naik2 LRT ni tp aku mmg master dah *hehe blagak jap. Mau taknya, 5 tahun aku dok KL before pindah putrajaya and LRT memang main transport aku la. Cuma dah ingat2 lupe hehehe.

2nd task; nak dapatkan chop, kena belakon dulu. Watak ibu mertua dalam cite Ibu Mertuaku dgn dialog "Alla Kasimmm" dalam 3 version; Melayu, Cina n Tamil. Hahaha.... belasah je janji diorang bg cop. Sudah.. kitorang dapat clue soh gerak ke KL Sentral and dapatkan chop kat pejabat PTPTL kat sana.

*posing lepas penat berlakon~

3rd; Sampai KL Sentral... manalah nak carik PTPTL tu sebab rupanya duduk agak tersorok n kat tingkat 4. Adala sesat2 sikit and sempat kitorang sampai kat sana rite b4 ofice tu nak tutup! Yang best kat situ, bila kitorang minta nama n ic no, budak2 tu sporting je nak bg sebab diorang tau kitorang ni siapa n dari mana. Siap panggil semua yang ada dlm ofis lagi hehe.

4th; Then gerak pula ke Menara Telekom n dapatkan cop. Kat situ diorang tak bagitau nak jumpa siapa n g mana. Menara tu besar n banyak ofice, kedai, even klinik ada kat situ.  Cuma haritu Sabtu and mana ada ofis yang bukak pun. Hahaha tanya2 guard, last2 diorang soh g bilik security. Alhamdulillah dapat gak cop lepas penat convince abg2 security tu. Ngeh3 sempat gak paksa diorang n juga cleaner kat situ bg nama n ic no! Done.

Tapi on the way back, dapat sms soh jumpa En Fauzan untuk dptkan next clue. Kat situ rupanya dia suruh kitorang makan bawang 2 labu mentah2! Memang kerja gila aku buat, makan labu cam makan apple je sebab aku ni bawang goreng pun xmakan, apatah lagi bawang besar mentah2 cam tu! Memang sejarah n kalau tak pasal explorace... mamp** aku takkan makan! Bayangkan sampai kesudah kitorang naik LRT, jumpa orang ramai dalam peluh2 tu badan semua bau bawang! Haiyaaaa!

5th; Habis 2 labu bawang kitorang share ber-8, gerak pula ke Amcorp Mall kat Taman Jaya g Secret Recipe. Senang je diorang takde soh buat apa2, just bg cop n done. Dapat clue soh g Pasar Seni a.k.a Central Market. Perjlnan dr Taman Jaya ke situ agak jauh, dapat la berehat kat dalam tempat aircond tu. Hahaha.. sapa tercium aroma.. sori la ye...


6th; Kat CM kitorang kena jumpa pihak pengurusan and dapatkan cop. Kat sini rupanya agak susah nak dapatkan cop sebab diorang macam tak tahu apa jek. Siap minta ID card (pas kerja) untuk sahkan siapa kami. Nasib baik ada 1 of our member bawa pas kerja, kalau tak... ntah camno nak convince diorang. Siap, dapat sms soh g KLCC, kat DOME.

Oh, ya. Lupa.. 1 lagi yang kitorang kena buat in between explorace ni is kena siapkan 20 baris sajak bertajuk KETIAK! Memang aku pro gile sambil jalan sambil tulis sajak kat buku! hahaha. Member2 lain bg idea je. Dah nama race, kan mana sempat nak lepak2 cari ilham nak karang sajak. Mana terlintas, tulis je.

~aku; anak panah- sambil berjalan sambil tulis. terror tak? ngeee~

Haduh, sepanjang perjalanan dah tak kuase nak jumpa orang ramai minta nama n ic no lagi dah. Badan memang dah semacam je masing2. Kepala pun dah pening2 dengan bau n rasa bawang tu. Tapi bagus juge sebab bg idea untuk sajak ketiak kitorang tu hahaha.

Kat DOME tu kami berjaya pintas 2nd group sebab diorang g masuk dalam restoran sedangkan rupanya fasi2 semua kat luar. Kami memang xmau masuk, segan dengan bau badan n dressing cam ntah hapa2 haha.

~'ketiak oh ketiak! walaupun rupamu tidak dpt kulihat, namun baumu tetap menjadi poooojaan hatiku!'~

7th; Kat sini kami kena carik 5 orang awam untuk jadi juri sajak kami dan deklamasi depan2 diorang berlatarbelakangkan air pancut KLCC tu. Tak susah nak carik budak2 yang kebetulan duduk lepak je tepi tu. Ha... jadilah mangsa, ok. Yang lawaknya member2 group aku siap iakan bila diorang tanya ni explorace TV3 ke? Mana cameraman semua? hahaha... sorila dik ye.. abang cameraman dok kat tandas jap hahaha. Dari situ kitorang dapat 4ribu something dari 5ribu markah diorang kasi.Okla tu..

~zoom sket wajah2 juri2 kita~

8th; Pastu kitorang kena masuk KLCC balik n carik la mana2 kedai untuk dapatkan chop ke-6 kami. Pusing2, kami berjaya convince 1 kedai kosmetik. Mula-mula cam berat je nak bagi tapi kami minta juge, last2 amoi tu bagi la cop kedai dia. hehehe.

9th; Last sekali kitorang kena balik hotel (Vistana) and dapatkan cop last kat sana. Wahhh rasa tak sabar sangat nak sampai katil n rehat!

~sempat posing dlm LRT~

Settle semua... aku memang puashati gile. Tapi sorila banyak2 xdok banyak gambar nak tepek sebab memang xsempat pun kitorang nak bergambar bagai. Ingat nak menang je n dah dapat 2nd place tu memang best la bagi group kami.


Hadiah? hahaha... nama pun kursus gomen, nak hadiah2 apa? Dapat hepi2 n kenangan macam tu bagi aku dah cukup puas hati dah. Rasa kalau ada chance lagi, memang nak sangat aku join lagi. Hehehe...




~jom klik sini~

6 lagi tambah ng0meL:

siti nurkhijah on May 27, 2010 said...

weh, best giler....
kena bgtau bos aku ni klu nak wat kusus amik syarikat ni...

first time aku tgk kusus ada explorace..slalu jungle tracking gitu2 ja..

nabilah_2908 on May 27, 2010 said...

wah..seronoknya akak...senyum sorang2 sy baca cerita ni..hehe.. :)

kak...publish la sajak ketiak tu..nk gak baca... :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
KATA GANTI DIRI

ARC™ on May 27, 2010 said...

gile jauhhhhhhhhhhhhhh mesti penat g byk tmpt

sis shuhada on May 30, 2010 said...

siti nurkhijah: haaa amek jgn xamek. mmg lain dr yg lain diorang ni. bajet pun boleh tahan heheheheh.

sis shuhada on May 30, 2010 said...

nabilah_2908: hahahah betul nak sajak ketiak tu? nanti akak publish, ok.

sis shuhada on May 30, 2010 said...

ARC™: jauh, penat berbaloi2...

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog