Friday, April 16, 2010

apa yang anda dapat dalam menulis blog?

ng0meL by ummi
salam

Hahah! Pernah anda di tanya soklan ni? Biasala kan.. n jawapannya? Kepuasan! Ye ke? Anda pasti?

Cuba tengok rata-rata blogger sekarang mesti sikit sebanyak sebab nak duit, kan? Sebab tu la rajin blogwalking semua, up traffic la, klik2 nuff la sampaikan Nufnang dah hantar e-mail hah bab kelik2 ni. Tengok macam redmummy... boley kaya woo!
 

Ala.. semua tu tak salah pun, "suke hati i la, ni kan blog i.." heh.. Kalau macam tu.. sapa la yang nak baca tulisan-tulisan u tu yerk. Ada berblog sebab nak emo-emo, nak luahkan perasaan. Nak marah depan cam 'saya tak boley cakap, nanti saya yang nangis'... so tulis la dengan harapan si dia yang dimaksudkan terpandang, terkelik, tertaip, teringin nak baca. Ada ke? Ada la kot.. tett.

Kenapa berblog? Kenapa nak tulis-tulis and papar kat internet kasi satu donia baca and tau apa yang u tulis?

Ada cakap:
I nak glamour gak. Ingat artis je ke leh kuar2 muke kat internet? I pun boley, tau. Tak caya? Kelik la blog I.. ada banyak kisah I, gambar I, gambar boyfee I pun ada. Tapi jangan amek dia, dia I punye, sebab tu la I letak gambar dia pelok2 I kat blog.. I siap ada fan page lagi tau kat FB I! I kan nak glemer. hehe.

Ada cakap pulak:
Err.. I jeles tengok si polan tu.. Sebenarnya, I pon ada gak anak comei n laki ensem nk tunjuk. I pun pandai masak tau.I pun g jalan sana sini jugak. I pon ada gak hobi jahit2 nak tunjuk kat semua orang. Eyy, I pun boleh bukak online blogshop apa.

Lagi cakap:
Saje je. I suke sgt tulis diari. Tapi I pun nak juge maju cam orang lain, ikut peredaran zaman. So.. I blog la.

Cakap lain:
Aku dulu memang cita2 nak jadi wartawan. Tapi korang tau la zaman sekarang ni kan, bukan senang nak dapat kerja cenggitu. So aku tulis blog. Hah, amek ko, bukan je wartawan hiburan gosip2 aku layan, segala mak nenek cite aku boleh tulis kat sini tau. takde idea, aku copy je dr kosmo ke, metro ke, apa susah?


Heheh, walau apa pun alasan seseorang tu nak berblog, tapi setuju tak kalau aku kata untuk kepuasan? Cam aku.. even penat gak nak fikir nak tulis apa nak kasi korang baca, tapi puas bila ada yang komen. Ada stuju?



(◕‿◕)




~me think, me write~

11 lagi tambah ng0meL:

tukangkomputersekolah on April 16, 2010 said...

Berbloglah dengan hati yang ikhlas. Nescaya kamu akan beroleh kepuasan yang tak terkata dibandingkan dengan wang ringgit NuffNang.

Rizman M.A on April 16, 2010 said...

Bergantung kepada individu tentang tujuannya buat berblog. Ada untuk suka-suka, berkongsi pendapat dan minat, berniaga dan kepuasan. Kalau saya untuk kepuasan sebab saya sula menulis.

Sari on April 16, 2010 said...

benda ni subjektif, memasing ader pendapat sndiri, btul pada kita mgkin salah pd orang..yg penting berfikiran terbuka n positif...

farahfatihah on April 16, 2010 said...

hi sis...owhh berblog nileh glamer ke? heheheh to me, juz suka2..t dah tua leh tgk balik..for memories

nabilah_2908 on April 16, 2010 said...

sy berblog bukan kerana wang..huhu..boleh tgk nuff sy..sikit jer amount nya..even dah join nuff hmpir 2 thn.. ;)

yupp..sy berblog kerana kepuasan, semakin ramai yg komen di blog, semakin bersemangt sy berblog..blogwalking tu hanya sekadar ingin tambah kenalan baru.. ;)

siti nurkhijah on April 16, 2010 said...

aku berblog sebab hang la yang ajak..hehehe
tapi syok jugak,kalau boleh tiap2 ari nak tengok,update,makeup blog tapi apakan daya umah aku tak dak tenet harap kat opis ja...

bab duit tu...x harap sgt tapi kalu ada yg sudi klik nuff aku.. terima kasih la..

✿ shuhada on April 16, 2010 said...

tukangkomputersekolah: ya betul apa2 pun kena la dengan ikhlas, kan?

✿ shuhada on April 16, 2010 said...

Rizman M.A: ya betul. kepuasan, kan?

✿ shuhada on April 16, 2010 said...

sari: hmm.. betul2.

✿ shuhada on April 16, 2010 said...

farahfatihah: hi dear. hmm kita xtahu kan hati org mcmmana..

yg penting kita tau diri sndiri, ye.

nabilah_2908: haaa.. kepuasan yg dicari, betul.

i pun suke blogwalking even kita xkenal each other, tp mcm kenal2 je kan.

✿ shuhada on April 16, 2010 said...

siti nurkhijah: hahaha.. aku nk bg hang xboring.. kikiki.

nahh.. skrg dr blog kita kenal hobi baru, kwn baru.. tol x?

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog