Wednesday, April 14, 2010

".. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

ng0meL by ummi
salam ✿.

Ada pepatah menyatakan; "kita hanya merancang, tetapi Allah yang tentukan." Allah menjadikan sesuatu perkara ada hikmahnya.

Allah menyebut di dalam firmanNya, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.", surah Al-Baqarah ayat 216.
Ayat ini membicarakan tentang Allah mengetahui tentang perkara yang tersirat dan tersurat. Di sebalik ujian yang diturunkan pasti ada hikmah disebaliknya. Yang penting kita berfikir tentang ujian ini dan bersabar. 
Allah mengubah-ubah keadaan mu,
dari sedih ke gembira, dari sihat ke sakit,
dari miskin ke kaya, dari terang ke gelap,
supaya engkau mengerti bahawa engkau tidak bebas dari hukum ketentuan Nya
supaya engkau berdiri di atas landasan Laa haula Wala Quwwata Illa Billah
(tidak ada daya untuk mengelakkan sesuatu dan tidak ada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu, kecuali dengan pertolongan Allah Ta'ala)

Kenapa aku wat entry ni? Sebab untuk makluman semua, aku baru mengalami keguguran. Ya, u read it. Actually kandungan aku tu baru 6 weeks, or lesser; coz aku still breastfeed afiQ, so nak sure jangkahayat janin tu agak susah. Tapi doc still nak figure out masalah aku coz katanya maybe ada lagi yang kat luar rahim. Diorang dah amek blood aku n the result will be out on next tuesday. Tunggu dengan sabar. Pis!

Anyway, Alhamdulillah aku ok. Nak cakap sedih, sedih juge tapi life goes on and yang aku pegang is mesti ada hikmah di sebalik semua ni. Yang nyata, Kakak dan AfiQ mungkin masih lagi perlukan perhatian sepenuhnya dari aku buat masa sekarang ni. Seb baik janin tu still kecik, so nak sedih sangat tu xdela. Besides, aku ada Kakak and AfiQ yang always tak kasi chance aku nak sedih-sedih ni.

Juge kerja yang melambak kat ofis; mungkin juge perlu aku fikirkan. Manalah tau mungkin kalau aku pregnant lagi ni aku akan alah teruk lagi dan akan susahkan kawan-kawan kat ofis. Baru aku announce pregnen haritu pun ofis dah kelam kabut. Heran.. terasa penting jugela kehadiran aku kat ofis tu. Macam kalau aku xde... habisla semua orang. Hai, makin aku fikir, makin aku kusut.

Takpelah.. kali ni aku akan ikut surat mc aku. Doc suruh rehat 8 hari, akan aku rehat sepenuhnya. Aku berhak, ape. Hal ofis, biarlah diorang fikirkan. Tak mati pun aku xde, kan? Rasanya kalau PM takde pun.. takde orang yang sampai nak mati nak sambung wat kerja dia, tol tak? Still, aku berhati perut dan ada rasa tanggungjawab ni.. kalau u ols tepon, aku angkat, ok. Tanyala... asalkan jangan soh aku bawa balik kerja and wat kat umah, sudah. Enough. Dot.



(◕‿◕)




~me think, me write~

12 lagi tambah ng0meL:

nabilah_2908 on April 14, 2010 said...

kak...

sabar eh...pasti ada hikmahnya disebalik semua ini..rahat la sepuasnya..insya'Allah if ada rezeki..ada la baby baru lagi..

take care ya.. (^_^)

joegrimjow on April 14, 2010 said...

kagum dengan ketabahan!
ada hikmah disebaliknya

god know best

ctnurkhijah on April 14, 2010 said...

ya ka?....
aku baru 2 ari lepas habaq kt syed hang pegnan..
betoi tu ada hikmah sbb aku rasa afiq perlu perhatian lagi dari hang...
badan pun kena kasi rehat jugak lepas besalin sbb hang klu pegnen mmg teruk, aku bukan apa kesian hat hang ja dah la ni dok umah tinggi2 pastu hantaq amik kakak lagi..

hehe nasihat org nnt aku yg kena...

Sari on April 14, 2010 said...

yer..smua yg berlaku ader hikmahnya..mgkin Dia nk bg yg lebih baik lagi..so take a good rest yeah..

✿ shuhada on April 14, 2010 said...

nabilah_2908: Insya-Allah.. mmg nak rehat sangat2 ni.

hehe rehat layan blog, FB n sinetron! wee~~

✿ shuhada on April 14, 2010 said...

joegrimjow: ya, God know best!

✿ shuhada on April 14, 2010 said...

ijah: hmm saja ja la tu, nnti yg 3rd kita sama2 la no. Insya-Allah aku akan kuat...

✿ shuhada on April 14, 2010 said...

sari: thanx 4 the doa. Insya-Allah akan dapay yg lebih baik nanti. aminn.

H.A.F.I.Z.A on April 14, 2010 said...

Akak,

Sabar banyak2 erk.. Allah Maha Kaya akak..
Dia ambil, pasti ada yang lebih baik lagi utk akak ok. Sekurang2nya akak masih ada Kakak & Afiq kan? So rest secukupnya, jgn byk pk ok.

Taking care (^__^)

✿ shuhada on April 14, 2010 said...

H.A.F.I.Z.A: Insya-Allah, begitulah hendaknya ye.

Anyway, thanx

Aiza on April 16, 2010 said...

ooh.. sbr banyak2 yek akk =)

✿ shuhada on April 16, 2010 said...

Aiza: ala akak ok je skrg ni. hehe dh xde rejeki kan.. nxt time boley lg, insya_allah. lgpun afiQ kan kecik lagi.. hehe

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog