Tuesday, March 9, 2010

✿ Lagi-lagi kisah AfiQ

ng0meL by ummi
salam ✿.

Tadi petang amek budak-budak kat umah baby sitter macam biasa. Kalau dulu dari umah baby sitter ala2 sekangkang kera saja, tapi bila dah pindah ni, memang menduga kesabaran dan skill aku la kan nak bawa si AfiQ yang tengah lasak tu merentas tasik Putrajaya.


So tiap-tiap petang tugas aku balik kerja dari ofis kat Presint 2, amek budak-budak kat rumah baby sitter kat Presint 9. Then terus secepat yang boleh nak je sampai ke rumah kami kat Presint 18 yang sebenarnya dok just belakang opis aku haha.

Yang nak story ni, semalam hujan sangattttttt la lebatnya ok. Sapa dok Putrajaya, cepat ngaku! Aku ni dah la rabun ayam, memang bawak ala2 40km/j je. Bukan hapa.. mana nak layan si afiQ yang sebok nak berdiri je kat seat depan tu. Sejak idung sumbat ni.. wat perangai je la kerja dia. So aku ni bagi je apa yang ada kat lam kete time tu nak bagi dia main, janji diam. Capai2 kat kotak depan tu, dapat lipstick. Boley la.. aku bagi je kat dia. haha taktik berjaya. Diam kat situ.. boleh la aku concentrate kat jalan. Hujan lak makin lebat.

*bukan lipstick aku apa lagi lips aku*

Sampai traffic light, aku toleh tengok afiQ sat. Kakak kat belakang, nyenyak tido. Ya Allah! Istigfar panjang aku.. tengok jari-jari halus si AfiQ dah abis penuh lipstick! Tak cukup tu, kat pipi, kat tepi mulut, kat kaki.. doa je la dia tak masuk mulut lipstick tu! Kelam kabut aku mana nak tengok jalan, mana nak lap2 dia takut betul-betul masuk mulut! Maaf ye, tak dapat aku nak snap2 gambar sebab harap u ols faham situation aku time tu. So, aku mintak je ihsan En Google, n dia bagi aku gambar ni.. ala2 la muka afiQ, ok haha.

*kredit to this girl, klik HERE*

Haaa.. tak cukup dengan tu, ok. Dah aku rampas lipstick tu.. buat perangai balik... aku pula ada lagi half way ni nak sampai umah.. dah le traffic light banyak, semua merah je.. hujan tamau2 faham gak masalah aku.. dia nampak pula cup milo yang aku beli kat Alamanda tengahari tadi.. ada lagi 3/4 milo tu. Bila nampak, sebok nak capai.. aku pun bagi la tudung plastik dia tu.. boleh la alihkan attention dia kejap sementara nak sampai umah kan. So, cup tu aku pindahkan la kat belakang so that dia tak capai. Hehe taktik berjaya.

At last, akhirnya sampai gak kat parking lot umah tu. Aku toleh tengok kakak tido lagi. Aku kejutkan kakak and pakaikan dia kasut. Pujuk2 dia bangun sebab nak minta dia jalan, afiQ haruss kena dokong. Kang abis semua tayar kerete lain dia nak polish kasi kilat. Tengah-tengah sebok urus Kakak.. tiba-tiba.... *(errr aku tatau nak wat efek bunyi) memang boleh, kan? Sempat dia capai cup milo yang dah tak bertutup tu! Korang boleh bayangkan?
*En Google kata gambar milo takdok, dia bagi aku susu. ok la kan?*

Gilo abesh kete aku, ok!.... mandi milo la gear, handbreak and sikit kena seat depan. Tapi lantai bawah tu... harus bertakung la air milo! Waaaaaaaaaaa!!!!! Memang aku tension, ok. Tarik nafas dalam2, lap2 ngan tisu.. terus angkat dua2 keluar dari kete. Malas nak fikir dah! Nanti En Ahmad balik.. pandai la dia uruskan, ok.

(◕‿◕)




~me think, me write~

4 lagi tambah ng0meL:

siti nurkhijah on March 09, 2010 said...

macam2 budak ni.. bila baca n3 ni baru aku teringat apa yg jadik pg tadi so p jenguk blog aku...

✿ shuhada on March 10, 2010 said...

ijah: abeh bau semerbak keta aku tau...

kak on March 10, 2010 said...

we..patut la viva ang abis kusyen(mcm bekas ayaq tumpah)..kdg2 aku rasa nak ja p tukaq kusyen baru tapi tak cukup modal..kikiki

✿ shuhada on March 11, 2010 said...

kak: ya ka? ha... mana ada wei...

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog