Thursday, March 11, 2010

✿ Betul ke roti canai dah sama taraf dengan McD Breakfast?

ng0meL by ummi
salam ✿.


Ku ulang tajuk entry ok agar lagi clear... Betul ke roti canai dah sama taraf dengan McD Breakfast? Haaa.. terkejut? Ni kisah benar.. rentetan entry Kisah si Kakak hehe.

Tempat: Post Office
Masa: 12.30 tengahari
Aku: Kak, nak makan apa lepas ni?
Kakak: Roti Canai
Aku: Roti Canai? Ok, jap g kita g mamak ye.
Kakak: Senyum manis

Venue: Kedai Mamak A
Masa: 12.40
Aku: Kita dok sini ye
Kakak ambil tempat duduk
Mamak1: Mau ode apa?
Aku: Roti canai ada?
Mamak1: senyum kelat sambil geleng kepala. Ta'da la. Sudah tutup ode, sudah habis.
Aku: Haa? habis? Tak de?
Mamak1: #@% roti canai *!$#%@#&? (cakap2 dengan Mamak2)
Mamak1: Ta'da.. sekarang sudah tengahari, roti canai sudah habis. Roti nan ada. Mau?
Aku: Ala Kakak, takde la roti canai... Kakak nak ode apa, lain?
Kakak: nak roti canai juge
Aku: haduhs. Em.. tak pe la, kita cari roti canai juge. Terima kasih ye.
Mamak1: wokeyh.
Aku: Kakak, kita g kedai mamak lagi 1 la, kat sini takde roti canai...
Kakak: dengan harapan berbunga.. mamak lagi satu mesti ada kan, Ma? Kakak dah lapar roti canai ni...

Tempat: Kedai Mamak B
Masa: 12.50
Aku: Hmm rasanya kedai mamak ni ada kot roti canai, Kak.
Kakak: ada ke, Ma? Kakak dah lapar ni
Mamak1: Suda oder? mau oder?
Aku: Roti canai ada ke?
Mamak1: Roti canai? sambil tengok jam. Roti canai suda tutup la. Pukul 11.30 sudah tutup.
Aku: Hah? Ya ke? Memang takde la ni?
Kakak dah muka kelat menjeling-jeling aku
Mamak 1 pandang Mamak2 sambil tanya2. Mamak2 angkat tangan n geleng kepala. Tunjuk juge kat jam.
Aku: Err Kakak... takde la, sayang...
Mamak: Roti Nan ada. Ok jugak. Sambil pandang-pandang Kakak dengan muka serba salah
Aku: Takpe la, nak roti canai juge ni.
Kakak dah start merengus. Dah Mamak tu serba salah. Semua customer pun dah pandang2 aku. Alamak... nak wat cam ne ni?
Cashier: Nape tu, kak?
Aku: dia nak Roti Canai...
Cashier: dah habis, kak. Kita buka sampai pukul 11.30 je.
Aku: hmmm tak pe. Senyum kelat.

Dalam kereta, puas aku pujuk Kakak. Marah betul dia. Dok pikir2 mana lagi mamak aku nak terjah ni. Takut kalau semua mamak kat Malaysia dah nak jadi McD Breakfast, roti canai sampai pukul 11.30 je, abes aku.. Gamble aku ajak g mamak jauh sikit.

Tempat: Kedai Mamak C
Masa: 1.15 tengahari
Aku: Sini ada roti canai ke?
Mamak1: ada.
Aku: oret Kakak, sini ada roti canai
Kakak: yelah, Ma.. kat sini ada roti canai..

hepi.



(◕‿◕)




~me think, me write~

10 lagi tambah ng0meL:

zella y on March 11, 2010 said...

kedai mamak kat area sy pkul brapa dtg pon ade roti canai... ;)

Ariff Shah on March 11, 2010 said...

itulah. poyo dah mamak sekarang ni. Nak suruh orang beli nasi dia pulak.

Wanita Itu on March 11, 2010 said...

sangat setuju...skang ni kedai mamak semua wat sistem camtu kot..11.30 ajer tutup operasi canai..sabau ajer la..


erk..salam kenal :)

siti nurkhijah on March 11, 2010 said...

naufal pun suka roti canai telur, wekend mesti bekpes kat kedai yg ada roti canai..ops! nampak sangat aku malas buat bekpes kat umah...

saya_arief on March 11, 2010 said...

roti canai bez..
i like....

✿ shuhada on March 11, 2010 said...

zella y: tu la pasal. patutnya macam tu la kan? kan?

✿ shuhada on March 11, 2010 said...

ariff shah: tapi nasi mamak pun best gak. Oh! Mamak...

✿ shuhada on March 11, 2010 said...

wanita itu: ala tu kedai yang tak boley letak kerusi meja kat luar kedai dia tu, agaknya mmg customer pun xramai kan

hehe... salam.. thanx follow

✿ shuhada on March 11, 2010 said...

ijah: anak hang.. mana boleh ank aku nk lawan ank hang wei. ank aku takat roti kosong ja, ank hg roti teloq no..

bila la nk jumpa depa lg. xkenai depa ngan maklang depa ni no.

✿ shuhada on March 11, 2010 said...

saya_arief: best bila panas2 n garing! pergh...

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog