Friday, October 30, 2009

dari tingkap Renaissance

ng0meL by ummi 6 lagi tambah ng0meL Links

salam.
Ya betul tuan2 dan puan2.. aku sekarang kat level 12, Renaissance KL. En Ahmad ada miting lagi so kami di angkut untuk mengabehkan masa kat sini.. or KLCC? hehehe...
Lupa pulak nak bawa cable enset.. huhu..
View aku skrag ialah KL Tower. Ada monorail.. kakak suke tengok ketapi so ok utk view dia. Tapi aku xnampak KLCC! huhuhu.. tenggelam punca jap arah mana nak kutuju untuk cari makan di sana nanti (bajet xdok nak berhebatan oder2 pakai tepon otel huhu)
Emm.. afiQ meragam nak tido balik. Nanti kusambung eyy.. kesian dia dok merangkak sana sini capai apa yang termampu..

~me think, me write~

Mikylayna Giveaway

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links
salam.

U ols penah nengok benda alah kiut miut cenggini?



... atau cenggini?...


haa kalau nak tau, ni semua hasil craft sendiri tau (handmade) dari Cabbiena at Mikylayna. Sekarang ni mama kepada Miky dan Layna tengah wat giveaway.



Sonot tau cuci2 mata kat kedai Mikylayna ni.. apatah lagi kalau dapat barang seketul dua hair clip somel lomel tu. Leh kakak Sufiyyah pakai kan, tambah somel lomel la dotter aku yang sorang tu.

Haa.. ni la giveaway nya...


* hairclips baru yg dlm gambar * hairclips mengikut pilihan hati u ols tau!

kalau aku.. emm... untuk Kakak Farah Sufiyyah aku berkenan yang bunga merah putih tu.. yang bawah, sebelah kiri. Somel kan? Sangat sesswai, somel lomel bila letak kat rambut dia kan..

eh, lupa pula.. ni cara nak join giveaway ni...

1. terbuka kpd followers mikylayna shj... yg belum tu cpt2la follow ye... letakkan mikylayna dlm blog list anda <-- aku dah

2. buat entry mengenai mikylayna's giveaway <-- tengah buat ni

3. nyatakan apa yg anda lihat menarik tentang koleksi mikylayna dan pilih satu hairclip yg paling anda rasa comel sgt <-- cumil2.. yang penting handmade and murahsss gitu. Kalau pilih.. aku suke yang under D sea tu.. somelll banget yang kurita tu!

4. jgn lupa tinggalkan link & email anda di sini <-- beresss

haa.. jangan lupa......

giveaway ini akan ditutup pada 12.00 tengahari, Sabtu, 7 Nov 2009

and sebelum tirai n3 giveaway ni dilabuhkan, ni aku bagi lagi korang cuci mata



~me think, me write~

Thursday, October 29, 2009

Zhaneez-Craft Giveaway

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam.

Contest lagi! This time bukan lagi pasal si comel itu ini tapi pasal si comel ini...


haa.. cam menarik kan?
Zhaneez-Craft wat contest lagi nak share hasil kraft dia..
Contest ni saaaangat senang nak join. U ols just perlu..

  • buat n3 sal giveaway ni kt blog masing2
  • tinggalkan jejak anda dgn tinggalkan komen pd n3 ini ok..
pas buat dua2 step ni anda dpt 2 point ..
kalo xde blog pn leh join gak..
tinggal je komen anda..
tp anda hanya dpt 1 point jek..
mudah kn??
giveaway ni bermula sekarang iaitu 12 am, ahad, 25hb oktober 2009 dan berakhir pada 12 am, sabtu, 31hb oktober 2009..

jadik, apa tunggu lagi? ooo tunggu nak tengok hadiah?


tarraaaa...hair clip bunga crocheted dari zhaneez!!!

Bukan 1, bukan 2 tau ZC nak kasi, tapi 3! haaa.. so sekarang apa tunggu lagi.. jom klik sini !

~me think, me write~

Wednesday, October 28, 2009

Friendster vs Facebook

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
salam.

Hmm.. masa dok blog walking, banyak juga aku terbaca pasal FB aka Facebook nih. FB sana, FB sini, kebaikan, keburukan.. best, tak best.. Dah lama tak dengar pasal FS (Friendster) kan?
Hehe.. aku pun sebona eh dah lama tak buka FS aku tu.. nape eh? Haa.. ni pendapat aku la berdasarkan pengalaman aku sendiri kan..

Meh kita tengok satu per satu.

Friendster -Home: hehe ok, dah improve. light blue kaler dia.
Facebook - Home: biru juge (dari dulu kan)

Dah sign in masing-masing..
Friendster -Home: muka kita (profile gambar kita), sekarang dah ada My Network Aktivity.. leh tengok kawan2 kita n dia punya recent activity..
Facebook - Home: biru juge (dari dulu kan) n kat sini kita tak nampak muka kita tapi kita punya kawan2 dan aktiviti diorang kita boleh tengok n join sekali dia punya status.

Note: kat sini kita boleh nampak ke-wide-an FB compare to FS!
Tu aku tak cerita apa ada kat sebelah kanan FB korang.. yang penting, korang tak payah nak g cari kawan2 korang, korang join je network yang seswai, ada suggestions orang2 yang mungkin korang kenal antara kengkawan yang dah sediada.. selain tu.. all the request2 utk join game2 online yang melambak2 kat FS!

Friendster - profile: Waahh! aku kagum sebentar hehe. Ok, dari bulan puasa dulu aku xbuka FS xtually- ada improvement! Kotak shout cam dah lain sikit.. boleh komen sendiri hehe. Aku try g kotak shout member2 lain, huhu xleh komen kat situ! So?.. aku komen sendiri komen aku? emmm.....
Facebook - profile:masuk page sendiri, ada shout yang kita tulis n komen2 dari kawan2 (kalau ada la hehe). Segala aktiviti kita ada kat sini..

Ooo.. aku lupa nak selit satu lagi imrovement dalam FS.. iaitu Gift Shop. Mula2 terkejut gak aku, apa benda iklan besar kat tengah2 FS aku? rupanya... dah ada la sikit cam FB hehe.. ada gift2 ni. Tapi xsempat aku nak g jengok2. Maybe nanti aku akan tulis lagi pasal ni.

And yang aku rasa ketara antara FS dan FB ni.. FB lebih 'ringan' dan cepat kalau kita buka profile seseorang tu, maybe sebab kat FB tak ada gambar-gambar animasi yang wat berat loading page tu atau background muzik macam kat FS. Even FB ada banyak gila application kat bawah sebelah kiri untuk kita bookmark dan senang ekses, disamping banyak gila game2 online untuk u ols habehkan masa, tapi FB xleh wat layout macam FS!Layout yang gempak, cam mekap2 blog juga kan..

Huh! ini je yang dapat aku fikir untuk u ols wat masa ni, akan ku update sepertimana FS update site dia untuk lawan FB..
Selamat sign up untuk FS dan FB, n jangan lupa add aku! hehe..


~me think, me write~

Tuesday, October 27, 2009

Bronchitis - let's share

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam.

Tadi siang dah g klinik bawa afiQ check batuk dia. Shock juga bila Doc bagitau afiQ ada bronchitis.. Katanya nafas afiQ ada bunyi n quite kuat. N lagi scary bila Doc tanya ada tak dalam family yang ada asma? Thank God setahu aku dalam family xde yang ada asma. Kalau yang dah jauh2 tu xsure la pulak. Tapi minta jauhkan la afiQ or Sufiyyah dari sakit tu..

So, balik minta En Ahmad tolong wat research sikit pasal Bronchitis tu. Banyak juga info yang dapat. One of them yang bagi aku n En Ahmad (juga afiQ, ok) very useful n informative is dari blog Little Mama's Diary.

Selain tu, ini yang aku nak share ngan u ols... ni antaranya..
Aku nak tulis panjang2 tak pandai sangat, apa lagi nak story detail pasal ni coz kami masih dalam proses nak kenalpasti afiQ punya problem. So better u ols g direct to the site n read it!


~me think, me write~

Monday, October 26, 2009

afiQ bebas H1N1

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam

Since last 2 weeks afiQ flu. Kesian dia having running nose.. lama2 nak lap idung pun dia dah xnak sebab dah pedih idung asyik kena tenyeh je. Kadang2 En Ahmad sedut ingus dia tu. Kalau mud xok, nangis, aku pujuk. Kalau malas nak layan aktiviti si ayah, dia gelak2 juga.

Last week, ingus dah makin pekat- dah ijau2. Tapi still tak ilang flu dia tu. Lama2, bawa ke batuk. Kesian afiQ. Kuat dia batuk.. nak tido pun susah. Ikut hati nak je korek2 tekak dia, tapi tak sampai hati. Maka g la kelinik amek ubat cair kahak pula.

Sabtu lepas dia asyik muntah pula. Sekali, 2 kali, 3 kali.. cam kerap pula. Makan pun dah xminat sebab asyik muntah je. Seb baik dia suka bf, sebab aku tengok, kalau dia muntah, tak pernah sekali pun dia muntahkan balik susu badan. Kalau susu formula, memang semua keluar balik! Tapi afiQ ni aku tengok kuat semangat, macam kakak juge. Nak juge dia merangkak keliling umah.

Jumaat malam, batuk afiQ cam makin teruk je. Idung pun wat hal. Aku pun dah bengong2 gak sebab agaknya malam sebelum tu tak tido, dengan layan afiQ, dengan nak siapkan slide untuk meeting.. aku pun sesema teruk dengan sakit tekak dengan demam semua cukup.

Hari Sabtu, kami bawa afiQ g kelinik sebab badan dia makin panas. Aku check 38.7 tinggi gak tu. Dia pun dah lembik je tak cergas macam selalu. Asyik nak tido je. Aku dah risau dah, terdetik gak kat dalam hati tapi tak berani nak suarakan sebab takut jadi betul pula.. just, bawa je g kelinik, lets the doc check.

Sampai klinik, doc tu macam risau je sebab afiQ dah 40 degrees! Terus dia suruh g emergency. Kat emergency doc tanya ada tak dia cirit birit, aku cakap xde. Doc cakap pk, kita x-ray, amek darah n drip. Hopefully afiQ xde the virus!

AfiQ cuma tido n bf. Kesian betul tengok dia. Bila letak kat katil diorang nak inject, meraung dia. Huhu.. dah bergenang air mata aku ni.
Ya Allah! Jangan la afiQ ada virus tu.. aku xnak dok ospital.. taknak something bad happen kat family aku pun..
Lepas amek darah, diorang drip dia 200ml. afiQ langsung xnak tido bawah n nak bf je. agaknya dia selesa macam tu. Aku teman afiQ kat emergency tu sampai drip habis.

Check suhu afiQ dah turun 37.9.. 37.3.. Alhamdulillah.. afiQ terus cergas, aktif macam biasa.. doc bagi anti-virus H1N1 n antibiotik n ubat demam.

Ahad.. afiQ fully recover dari demam tapi flu n batuk still ada. Nak g klinik lagi check batuk afiQ. hope afiQ cepat baik..
Esok pula kakak akan buka balut kaki dia. Hope buka terus so that kakak boleh hepi2 jalan n lari2 balik...


~me think, me write~

Friday, October 23, 2009

Do you know that LPG gas cylinders have expiry dates?

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
salam.

I've just received an emel from my SIL. Quite informative to share..



Expired LPG cylinders are not safe for use
and may cause accidents.
In this regard,
please be cautious at the time
of
accepting any LPG cylinder
from your vendor.


Here is how we can check on the expiry of LPG cylinders:


On one of three side stems of the cylinder,
the expiry date is coded alpha numerically
as follows:

A or B or C or D
and some two digit number
following this,
e.g. D06.

The alphabets stand for quarters -
1. A for March (first quarter),
2. B for June (second quarter),
3. C for September (third
quarter), &
4. D for December (fourth quarter).


The digits stand for the year till it is valid.



Hence D06 would mean
December quarter of 2006.
Please return back the cylinder that you get with an
expired date. They are prone to leaks and other hazards.

This second example of D13 allows the cylinder to be in use until December 2013.

~me think, me write~

Thursday, October 22, 2009

tensiunnye akuuuu!!!

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam.

tadi bawa afiQ g klinik amek ubat pecah kahak. Selsema dah nampak cam ok tapi turun ke tekak jadi kahak pulak. tadi pagi 2 kali batuk kuar lendir. sikit je. Kesia dia, bersungguh nak kuarkan kahak tu tapi tak reti.. huhuhu... kalau boleh ku tulun kuarkan...

Masa bw afiQ g kelinik, kakak aku tinggalkan kat umah bb sitter. mau meraban aku kalu bawak dua2 huhu. Seb baik kakak ok, g pun dia cam dah burink sangat dah dok berdua ngan aku. hehe.. mau tak nya, 15 kali dia panggil, 14 kali aku menyahut. Tapi biasala, yang satu yang aku tak menyahut tu yang dia kira, kan.. sigh..

Jadi olih yang demikian akhirnya dua2 aku letak kat umah bb sitter diorang huhu. Konon nak concentrate dengan keje aku nih.

Ni la yang aku tensiuunnn ni.. berat dah kepala aku ni dok menaip kat powerpoint report aku tu. Berpinar bijik mata. Pasai apa la aku dok ngaku leh wat keja kan.. patut dah cuti tu cuti je lah.. lantak la bergaji ke tak, kan.. huhuhu... bos dok tunggu tuuu... haaaaaa!!!

Uiks! sekali ku pegang medula oblongata ku ini, terasa denyutannya! Sok tamau wat kijo dahhhh!

Ni yang semangat nak berenti keja nih. Huhuhu... sapa nak bagi idea nak kijo apa lepaih ni??

~me think, me write~

Dira Abu Zahar..

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
salam.

Aku minat dia ni.
Sebab apa eh?
Suka suara dia..
Suka muka dia..
Suka cara dia cakap..
Suka dia belakon..
Baru add jadi Follower blog dia hehe..
Rupanya dah kawin
Ada princess..
Em.. hope dia success..

~me think, me write~

Wednesday, October 21, 2009

Apa dalam tuuu??? iiieeeuuuuuu!!!!

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links
salam.

N3 ni dah lama bertapak kat draf aku. Sebab, menunggu masa yang saaangat seswai nak share ngan korang. Skali.. simpan punya simpan, hehe sampai terlupa.

Peristiwa ni berlaku pada bulan puasa yang lepas dan disebabkan bulan puasa, aku menghormati untuk tidak menyiarkan cite aku ni bulan tu. Jadi tunggu la lepas bulan puasa... Hehe.. bila2 yang tak bulan puasa is bukan bulan puasa kan? Then, aku publish..

Petang tu as usual En Ahmad beli je juadah berbuka puasa kami kat bazar ramadzan terbesar kat Malaysia ni iaitu Bazar Ramadzan Putrajaya (hehe.. tu yang paling dekat sbenarnya, bukan beria pun). Hari tu both my SIL datang umah so agak meriah juadah di atas meja makan kami.

Aku as tuan rumah yang tak masak, ambil peranan untuk menghidang segala macam juadah berbuka haritu, sementara diorang layan budak2.

Salah satu platik yang aku buka ialah kuah yong tau foo. Agak banyak En Ahmad beli jadi semangkok besar aku boh. Tengah asik tuang sambil mata kejap ke mangkok kejap ke arah budak2, aku perasan ada seketoi apa tah macam keluar dari plastik bersama kuah.

Aku stare... mata rabun aku xpuas hati jadi aku lagi rapat ke mangkok..
apa tu? takkan ada serai lam kuah YTF kot? makin dekat, aku perasan cam bulu kaki jek!

Haaa!! menatang apa ada bulu kaki ya tuan2 dan puan2???!! Semestinya la LIPASSSS ok! Terus meremang bulu roma aku. Melompat2 aku time tu and memang speechless la. En Ahmad risau and tanya kenapa? Yang aku ingat.. sambil melompat, aku jerit aku nak pengsan. Memang aku alah dengan menatang tu pun sebenarnya. Hari ini dalam sejarah ada lam food yang bakal aku masukkan lam tekak!

eeeeeiiiiiiiuuuuuuuu!!!

My SIL datang jengok wat kepastian sebab aku dok melompat tak berenti and dah lari naik atas pun (teruk kan).
Dia tanya pulak: apa tu? Lipas eyyy?
Sekali lagi aku cam nak pengsan. Jangan disebut perkataan itew!!
En Ahmad datang jengok: haa.. aaa... tapi cam ne leh ada lam tu?

Haaa korang, jangan la nak belek2 je.. g la buang.. kang tak pasal2 batal puasa aku sebab pengsan. Huhuhu..

ok2.. aku dah tak sanggup nak cite selanjutnya. Tapi.. berwaspadalah korang eyyy... makan YTF... eyyy... kita tak tau apa ada dalam... especially yang paling famousss.. ada ingredient lain rupanya.. patut ponngggg...

~me think, me write~

sapa punya kerja nih??

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
salam..

Masalah ni aku dah lama nak share. Cuba korang renung2..

~kotak warna pensil kakak dah robek~

~favourite kakak- juge robek~

Agak2 la kan.. sapa la punya kheroje hat robek2 lagu tu kan..

~haa.. inilah buktinya!~

Suka sangat makan buku si afiQ ni. Bukan saja buku, apa saja yang boleh di kunyah2.. Makan, ok.. memang makan, siap kunyah2 n taktau dah berapa banyak dah masuk perut dia. Kalau di tegah, diambil dari tangan.. muka memang tak manis! Haduh, dik...


~me think, me write~

Tuesday, October 20, 2009

kisah Alamanda

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam

Ni sambungan aktiviti aku ngan Sufiyyah semalam. G Alamanda sebab nak beli fud afiQ yang dah kehabisan stok. Mana taknya, kakak pun makan sekali! Then nak beli fries favourite En Ahmad.. brand Simplot. memang sedap.. lain2.. sampai sana aku jengok2. Hehe bukan takde list, tapi as usual, sampai je ada yang terlebih hehe..

Kitorang gerak pun dah petang jadi biasala si Sufiyyah tu masuk je kete.. nak air, nak bantal..

~tengok mata dah kuyu semacam n last skali..mama drive sensorang~

So, memang seharusnya mama ni terkial2 sorong stroller sebelah tangan, bakul (xkuasa nak seret troli, ok) sebelah tangan lagi. Memandangkan kakak pun tido, time tu pun dah dekat pukul 4, cepat2 grab apa patut n blah dari kaa-fuu.

Kat luar.. hehe terasa nak grab something.. so, inilah hasilnya!

~ni memang yang dalam list...~

~hehe.. ni la kerja aku kalau En Ahmad bagi fulusss~

So, dah boleh senyum panjang aku cepat2 g kat kete. Struggle gila nak angkat barang masuk kete, nak angkat kakak pula masuk kete, nak lipat stroller gedabak tu masuk bonet.. Dah setel, kakak bangun..

Huhu dia sedih pula bila aku cakap dah abis soping n nak balik dah. Terus nangis cakap nak soping juge. Aduhai aku dah la kejo time ni. Mana nak amek afiQ, mana nak singgah umah neighbour lagi. Kang dah amek afiQ, mana sempat gue makan2 eh.
Tapi bila kakak kata nak soping donut...

~what a quality time kan?~

Aku hepi, kakak pun hepi..
Balik tu dah makan donut pink seketoi, kami p la jengok umah sebelah..


~me think, me write~

Monday, October 19, 2009

Survey lagi, jom..

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam.

Baru balik dari soping kat Alamanda ni. Hujan pulak nasib baik selamat sampai. Huh, banjir kat bulatan Putrajaya nun.. abeh keta En Ahmad.. bak kata Sufiyyah, kete mandi...

G Alamanda sebab semalam xsempat nak bersopingan. Kitorang kua dari rumah pun dah lepas maghrib, singgah dulu Cawindoor (xingat ejaan kedai tu huhu) untuk dapatkan quotation projek Kitchen Cabinet n Wardrobe kami.

Tapi petang tu kitorang dah terjah 2,3 buah kedai dah.. sampai anak2 penat tertido dalam kete.

~mama yang gigih jaga anak2 sementara tunggu ayah diorang~

~lunch kat Restoran Syarifah, BBB. Sedap~

~row atas: lepak kat cawindoor sementara tunggu ayah diskass~
~bawah: makan kat kedai ayamas, yum! yum!
~both kat Equine, Seri Kembangan~

Sempat cite yang semalam pulak. Nak kena amek afiQ son ni, dah lewat. Umah akak sebelah pun belum terjah. Apa punya neighbour.. dia wat open house! Jap ey akak..

Nanti aku cite aktiviti kat Alamanda lak eh.


~me think, me wrote~

harini mud aku nak tukar template

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam..

harini mud aku nak tukar template. Bukan apa, dok jengok2 blog2 len, rasa cam ada kureng je.. hope lepas ni bersinar sikit la kan.. jemputla jadi follower.. hehe

~me think, me write~

Kata Encik Ahmad

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam.

Pagi tadi masa hantar Eri g kerja, dia bagi satu idea.. bernas gak, tapi..

Nanti aku cuba fikirkan.

Rupanya Eri pandang sangat tinggi kat aku.. just.. boleh ke aku buat?

Hmmmm...

~me think, me wrote~

let's share

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam.

I've just got this e-mail this morning from my SIL yang kerja kat MidValley Megamall

FW: Mid Valley Megamall Dangerous Encounter - PLEASE READ

LET THIS TRUE STORY SERVE AS A WARNING

To the women : remember this!

About a month ago there was a woman standing by the Mega Mall entrance passing out flyers to all the women going in. The woman had written the flyer herself to tell about an experience she had, so that she might warn other women.

The previous day, this woman had finished shopping, went out to her car and discovered that she had a flat. She got the jack out of the trunk and began to change the flat. A nice man dressed in business suit and carrying a briefcase walked up to her and said,

' I notice you ' re changing a flat tire. Would you like me to take care of it for you? '

The woman was grateful for his offer and accepted his help. They chatted amiably while the man changed the flat, and then put the flat tire and the jack in the trunk, shut it and dusted his hands off.

The woman thanked him profusely, and as she was about to get in her car, the man told her that he left his car around on the other side of the mall, and asked if she would mind giving him a lift to his car. She was a little surprised and asked him why his car was on the other side. He explained that he had met an old friend in the mall whom he hadn ' t seen for some time and they had a bite to eat and visited for a while; he got turned around in the mall and left through the wrong exit, and now he was running late and his car was clear around on the other side of the mall.

The woman hated to tell him ' no ' because he had just rescued her from having to change her flat tire all by herself, but she felt uneasy. Then she remembered seeing the man put his briefcase in her trunk before shutting it and before he asked her for the ride to his car.

She told him that she ' d be happy to drive him to his car, but she just remembered one last thing she needed to buy.. She said she would only be a few minutes; he could sit down in her car and wait for her; she would be as quick as she could be. She hurried into the mall, and told a security guard what had happened; the guard came out to her car with her, but the man had left.

They opened the trunk, took out his locked briefcase and took it down to the police station. The police opened it (ostensibly to look for ID so they could return it to the man). What they found was rope, duct tape and knives.

When the police checked her ' flat ' tire, there was nothing wrong with it; the air had simply been let out. It was obvious what the man ' s motive was, and obvious that he had carefully thought it out in advance.

The woman was blessed to have escaped harm. How much worse it would have been had she waited in the car while the man fixed the tire, or if she had a baby strapped into a car seat. Or if she ' d gone against her judgment and given him a lift. I ' d like you to forward this to all the women you know .

It may save a life . A candle is not dimmed by lighting another candle. I was going to send this to the ladies only; but guys, if you love your mothers, wives, sisters, daughters, etc., you may want to pass it on to them as well.

Send this to any woman you know that may need to be reminded that the world we live in has a lot of crazies in it.... better safe than sorry .


PLEASE BE SAFE AND NOT SORRY!

JUST A WARNING TO ALWAYS BE ALERT AND USE YOUR HEAD!!!

Pass this along to every woman you meet.. Never let your guard down.


SOMETIMES, THAT FEELING IN YOUR GUT IS THE VOICE OF GOD. TRUST YOUR INSTINCTS!!

~me share, me wrote~

afiQ 9months - n3 progress

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam.

Kali ni aku nak cite progress afiQ. Dah lama tak update.

  • 1-4 months:
afiQ still baring. Gerak2 ke kiri ke kana tu adalah sikit2.
Progress fizikal dia quite lambat nak compare dengan kakak dulu. Even dengan anak kawan2 kat opis aku yang seumur ngan dia pun dikira dia agak ketinggalan. Hmm.. maybe sebab dia boy kot. Budak2 tu girls.. hehe.. Ramai yang cakap aku macam tu, kira okla. Yang penting dia sihat. Check berat semua ok.

  • 5 months:
Adalah sikit nampak gaya2 nak meniarap tapi baru gaya2 la hehe.. gigi dah nampak sikit time ni.

  • 6 months:
At last! afiQ dah pandai pusing badan n meniarap. Mak mana tak hepi kan? hehe.. bergerak juge anak aku ni. Gigi dia sekali keluar 4 batang! 2 atas, 2 bawah. Apalagi.. menggigit la kerja dia sekarang! haduhs..

  • 7 months:
Gigi kelima dah stat keluar. Bila letak duduk dia dah nampak kuat tapi belum boleh lagi pun sebenarnya. Tak nampak pun gaya nak merangkak. Ujung2 bulan ke 7 ni ada nampak sikit tapi.. bontot berat sangat kot?

  • 8 months:
Gigi dah tambah lagi 2. Dah ada 6 sekarang. Bab gigi, dia cepat dari orang lain. Masuk pertengahan 8 bulan ni makin kuat dia nak try merangkak. Tapi.. tup2 dia duduk dulu! Hm.. macam kakak. Ngesot2 kebelakang, nah.. duduk. Haduh.. comel! Dalam masa 3 hari dia boleh duduk, dia dah boleh pula merangkak! Hepinya aku! Dah boleh duduk, aku letak la lam walker. Bukan main laju dia.. tapi bergerak ke belakang. Tapi sekarang dah laju kedepan dah. Siap pandai brek lagi hmm.

  • 9 months:
AfiQ dah pandai merangkak, dah stat panjat2. Baru lagi la panjat2 ni. Cepat pula progress dia. Cepatla afiQ boleh jalan, senang mama. Heh..

Gitula sedikit sebanyak progress afiQ son. Suka betul dia bila nyanyi lagu Mr Sun (tengok la CD Barney) yang aku ubahsuai jadi Mr afiQ Son.. dengan twinkle2 little afiQ..

Oket, nanti aku update lagi eh.. sonot ni cite bab anak2. hehe.

~me think, me wrote~

afiQ dah 9 months - n3 breastfeed

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam

Sedar tak sedar afiQ dah pun 9 months! Dah besar dah dia kan.. lagi 3 bulan, dah masuk setahun. Hmm.. cepatnya masa berlalu..


Dulu aku rajin update progress kakak. Bila time afiQ ni cam malas ada sket tapi rasanya masa tu xde banyak kot nak mengarang cite afiQ. Melayan dia je bukan main hehe.
Kali ni aku dah prepare n3 pasal afiQ.

Bagi aku afiQ ni high maintenance sikit compare to kakak. Maybe sebab dia aku breastfeed(bf) kot. Maybe.. So bila breastfeed tu, masa aku lebih banyak dengan dia. Tapi aku bukannya bagi dia fully bf pun, aku campur juge dengan formula milk (fm) cuma afiQ ni lucky sebab dia tak minat sangat fm, so lebih menarik aku ni utk bf dia. Hmm bukan je xminat fm, tapi botol tu sendiri dia xminat! Means, even susu yang aku perah bagi dia dalam botol pun dia xminat! (xminat tapi kena paksa gak hehe) Lagi la menguatkan aku utk bf dia.

Masa awal2 dulu aku perah susu ni. Ikut juga jadual 2,3 jam skali. Cuma mungkin aku ni bukan pemakan.. (haha) so penghasilan susu aku ni tak meriah sangat <--mengikut pembacaan aku la. Cuma ada satu tahap tu aku giatkan amal petua2 utk tambah susu, sekali perah je dapat dalam 9 oz! Memang bangga gile time tu even kebangaan aku tu just aku share ngan 2 member aku yang juge bf n laki aku. Tapi aku hepi sangat time tu.. hope sangat afiQ juge hepi dengan susu aku perah tu. Berbaloi-baloi.. Hmm tu masa awal2 la. Sekarang aku dah tak perah dah. Malas la.. bukan malas nak bagi dia susu badan dah, still bagi sebab memang susah sangat dia nak minum dengan botol ni.. tapi sebab aku rasa malas nak basuh pam tu (even aku ada 2 pam Avent!). Hmm.. bila cite2 ni rasa nak sambung aktiviti perah balik la. Sebab.. macam xde sebab pule nape aku stop perah hehe. Memang susu aku pun dah tak banyak tapi sebelum ni pun tak banyak tapi kalau aku rajin sikit.. insya-Allah ada.. hmm..lagipun afiQ still nak bf aku. Habisla kalau lama2 susu aku ni dah kering langsung.. ~sayu pula hati tengok gambar dia tido~

Ok! azam baru.. stat esok, stat perah balik! Eri pun mesti hepi.. ;)

~me think, me wrote~

Sunday, October 18, 2009

kami tak jalan2 carik makan..

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam..

Haha.. rata2 aku jumpa tajuk 'jalan2 cari makan' or yang sewaktu dengannya. Almaklumlah raya dah nak habis.. masing2 masih giat nak wat jemputan g umah2 terbuka masing-masing. Kami bukan takmau memenuhi all the jemputans, tapi yang mana sempat, kami p la.. Bukan apa, dengan condition kaka yang nak kena angkat n dia pun kadang2 nampak cam tak selesa.. wat kami hadkan jalan2 g umah orang tu. Insya-Allah tahun depan kami p nooo.. n Insya-Allah gak tahun depan jemput mai umah, no..

Aku bukan la nak wat kelainan.. hehe tapi ni la kenyataan.. kami TAK jalan2 cari makan.

Sebab apa? hehe.. sebab kami jalan2 cari barang2 nak boh kat lam umah baru kami! ceewahh..

Carik kipas, carik lampu, carik sinki.. tu yang basic.

Lain2, of course g survey kedai kitchen kabinet.. kedai wardrobe..

Penat. Ni pun Eri bawa Ida n Ika (my SIL) p tengok apa yang patut kat umah tu. p/s: Ida tu arkitek JKR, leh tlg cek2 kan umah hehe (free service, ok)

Aku, lepak ngan afiQ son kat umah je. AfiQ pun penat, idung dia sumbat balik huhu jadi rest jap kat umah. Nanti petang sikit sambung balik g survey2 g kedai.

p/s: sori xde gambar, cari cable enpon gue afiQ wat main.. xjumpe. nanti k kita upload gambar.

Saturday, October 17, 2009

terhangat dipasaran!

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam..
(bagi salam dulu pepe pong)

n3 ni dah dok kat dalam ni dah 3 hari dah.. tapi masih hangat terasa..
terhangat la, baru upload gambar ni nak tunjuk sume orang.. eceh.

apa tu? gugusan kunci, lor...

haa.. yang ditunggu telah tiba! Akhirnya setelah suspen2 dok tunggu dalam seminggu ni.. kami berjaya dapatkan kunci umah Kota Warisan.

Sebenarnya balik tengahari tadi Eri bagitau kunci belom boleh amek sebab kontraktor tu ada benda lagi nak wat kat umah tu. Bila check dengan agreement pun rumah tu siap awal.. so tak dikira la depa lambat wat keja.. huhu.. sedih aku time tu.

tak pa la.. dah alang2 Eri balik, kami pun kua p makan kat mamak bawa kakak. Baru ode, fud pun lom sampai, dapat col dari developer.. Fuh! dia bagi guuud news! katanya kunci dah boleh amek! apalagi.. kelam kabut makan, dalam 45 minutes kami dah tercongok kat opis depa. Semangattt..

So, kita layan gambar jela eh..

ini adalah upacara membuka mangga ok..

muka penuh kegumbiraan (sebab nampak kurus kot? hehe)

aksi mengecheck semua2.. harus gitu..

gambaran belakang umah ceq (amek dr tingkap atas, so ni rumah orang len)


mama n kakak sempat posing

ha.. mulai harini akan ku kongsikan detik2 kegumbiraan aku sekeluarga dalam suspen2 kami nak dok umah idaman ni. Doakan apa yang kami plan berhasil dan dialu-alukan kalau ada tips2 berguna eh..





'open kedai' Sup Matsirat

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam..

Selalu aku cite g makan kat restoran kakak 2 pupu aku ni. Tapi tak sempat nak cerita banyak2. Haa ni n3 khas aku wat sempena open kedai depa hari Ahad last week. Last week? yelah.. xdan nk publish r.. karang pun gitu2 je, ni baru nk touch up balik..

~Ni muka depan restoran~

Restoran ni terletak kat BK 5 (Bandar Kinrara), Puchong. Landmark dia senang je, nak g Giant Bandar Kinrara, akan lalu jalan yang sama nak g restoran ni. Restoran ni sebelah kanan jalan. Nanti aku bagitau camno nak g dengan lebih detail. Kali ni aku xsempat nk bergambo dengan landmark jalan tu hehe..

Ok, restoran ni macam restoran lain2, ada jual makan2.. minum2.. tapi memang selera utara la. Nak je apa, termasuk western.. ada. Fud dia dijamin best2.. (alamak, tak reti promote! haha)

So hari ahad aritu depa wat open kedai jadi ramai gak la orang yang datang aku nengok. Kami ni sampai dalam pukul 3 petang. Sampai agak awal coz lepas tu ada plan lain pulak. Biasa la wiken2 ni kan..~kami baru sampai~

~bersama tokey kedai: Kak Nor dan Abang Bet

~meriahnya hari tu~

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links

salam.

Godek punya godek aku terjumpa pulak contest nih.. apalagi terus tak pikir panjang nak join sebab contest ni dibuat julung2 kalinya oleh SMILEYKIDZ yang menganjurkan..


ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL

Online contest ini di buka dari tarikh:

15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

Terbuka kepada si comel berusia 1 hari - 4 thn sahaja.

So apa tunggu lagi? ooo.. nak tau cara2 nak sertai? Senang jo..

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:

Syarat-syarat Penyertaan
dan disclaimer:
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
****************************************

Kalau ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen di entri ini ataupun emailkan ke smileykidz.photo@gmail.com.


Jom kita tengok apa Hadiah yang ditawarkan:

Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

Ada juga untuk Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50

Haha dan sekarang tanpa berlengah masa.. aku tepek gambar2 ni dengan harapan berbunga2 dan seceria anak2 aku ni..

Nama: Ahmad AfiQ bin Ahmad Zuhairi
Umur: 9 bulan


Nama: Farah Sufiyyah binti Ahmad Zuhairi
Umur: 3 tahun 1 bulan

Dengan mempertaruhkan masing2 3 gambo ceria2 anak2 aku nih, hope ada la harapan eh.. aminnn


Yehuuu!! Yabba da ba duuuu!!

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam2..

Amboi amboi... meriah betul tajuk entry aku harini. hahaha semeriah hatiku yang sedang berbunga2.. yelah, dah 2 hari tau aku gundah gulana dek kerana laptop aku tiba2 gulap gulita. Tiba2 ke?? ekeke.. salah aku jugak, nak lari dari budak2 cerdik IT tapi lom cerdik betul nak hargai barang2 mahai ni.. lupa nak shutdown proper, aku dah masuk laptop lam beg n biar kat situ 2 jam lebih! huhu.. apa lagi.. panas gilah, tunggu nak meletup je Eri kata! huhu..

So semalam aku giat carik kedai repair laptop n aku jumpa kat Warta Bangi! Risau aku bila mamat tu wat muka cam takut xleh carik apa masalah laptop aku (hehe sebab aku xbgtau pun apa sebab!)

Tapi petang tadi bila si Jeff tu col bagitau dah siap.. aku dengan Yahoo! nya paksa Eri soh balik awal gak n sanggup nak g amek dia jam2 tu gak!

So.. inilah kisah laptop ku.. huhu.. n Eri pun belikan aku 'huge fan slim notebook cooling pad' bersama wireless G usb adaper! haha.. wat masa ni aku tengah download balik Nokia PC Suite.. nanti aku update gambar2 itu gadget eh.. menarik...



Wednesday, October 14, 2009

MamaTisya Duit Raya Giveaway

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links
Ni STICKY MODE sampai 14-10-2009

p/s: normal entry sila scroll je ke bawah n bawah n bawah n bawah...


hehe.. orang nak bagi, kita try luck je la kan..
nak join? klik kat link mamatisya sbb ada duit raya dia nak kasi..

syarat-syarat sgt senang & mudah :

1. Terbuka kepada smua blogger
2. Buat 1 entry & pastikan STICKY MODE smp 14 oktober 2009
3. MamaTisya Duit Raya Giveaway (hanya tajuk ini yg diterima)
4. Add banner di atas di sidebar blog anda
5. Pastikan ada link
MamaTisya (no link back will be disqualified)
6. Seramai 5 org blogger bertuah akan dipilih melalui RANDOM ORG
7. Sila tinggalkn nama & email anda di cni
8. hanya yang memenuhi syarat-syarat ini sahaja yg akan layak
9. Keputusan akan diumumkan secepat yg mungkin
10. Duit raya tersebut akan di bank-in trus ke akaun bank anda nanti

shuhada

apa aku buat nih??

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links
salam..
ingat harini nak stat prepare utk meeting nanti, tapi..

ni hasil aktiviti aku dari tadi..

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

teruk betul aku ni. haduh.. ni la akibat wat keje dari umah kan.. sori kengkawan, sapa suruh bagi maklumat xcukup.. aku nak stat wat keje pun xdo mud.. huhu..



My Stick Family from WiddlyTinks.com

hat ni aku mmg xpueh hati. mana ayah ngan afiQ? huhuhu.. xpo2 akan ku coba lagi nanti (sebab kakak dah bangun)



Birthday Tickers


ok2.. layan kakak dulu.. to be continue..

Tuesday, October 13, 2009

update yo..

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
.. salam ..
Haduh.. tudung pon tak tanggal lagi neh.

Aku ekceli baru balik dari opis.. g opis nk amek barang a.k.a document sebab nak kena siapkan report utk 3rd quarter pulak. Cuti tu memang le cuti, tapi dah kate cuti half paid.. bertanggungjawab juge la aku nak siapkan report tu. Kalau aku xwat, sapa nak wat kan?
Bos tau nak meeting je.. n isi semua memang bergantung kat aku. Tak kesah la.. layan je..

Ni aku nak tunjuk korang gambar terbaru kakak n afiQ son.


~gambar afiQ aku amek tadi pagi, semata sebab nk joint contest hehe~


~gambar kakak lak time kami p makan kat kedai mamak Presint 8 sebelum g opis tadi~

Perasan tak dia pakai hair band kat kepala? Tu masa g alamanda semalam. Lepas hantar ayah, kitorang langsung g lunch kat sana. Terlanjur.. soping laa..


~menu cam biasa : nasi ayam share berdua~


~haa.. ni la hairband terbaru.. nampaknya yang ni betul2 dia berkenan~


~mama dapat handbag ponjot.. kiut.. hehe~


~ni pulak aktiviti afiQ son semalam.. mat wire betul.. hopefully jadi engineer.. aminnn~

so, itulah kisah2 aku dan anak2.. malam cam biasa g makan kat Sup Matsirat.. nasi goreng belacan dia.. pergghhh! sodappp.. xdan snap gambar sebab lapar sangat time tu.. hehe..
next time eh..


CUTEST BABY IN WALKER CONTEST

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Salam..
harini aku dah ready nak join contest ni pulak..

CUTEST BABY IN WALKER CONTEST!


Jangan segan2 nak klik kat sini IBU ORKED n join contest ni sebab...

Bermula 6 Oktober hingga 31 Oktober 2009

3 pemenang akan dipilih mengikut gambar yang menarik dan pendapat kreatif.

Hadiah menarik dan istimewa disediakan dan akan diterima oleh pemenang

Syarat Penyertaan

• Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda
• Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun
• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
• Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker
• Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk)
• Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.

ha... dan dengan ini dipersembahkan...


NAMA : AHMAD AFIQ BIN AHMAD ZUHAIRI
UMUR : 9 BULAN

dan ini pulak kisah walker ku..

AfiQ ni anak aku yang second. Kakak dia dulu masa 6 ke 7 bulan aku dah letak dalam walker. Sebab perkembangan dia agak cepat, jadi cepat la aku boh dia dalam tu. Tambah lak senang sikit aku nak wat kerja umah kan. Dia pun leh join aku kat dapur ke kat mana2 aku g tanpa ganggu kerja aku. AfiQ aku letak dia masa umo dia masuk 8 bulan. masuk je.. laju dia merayap..
hepi je aku nengok..

Serius aku cakap, rasanya masa Sufiyyah dulu aku tak pernah dengar atau baca pasal keburukan walker nih. Tak tau la kalau aku kurang menelaah pasal tu kan. Janji mak aku merestui, mertua aku pun on.. orang2 senior yang anak dah banyak kata ok.. aku bagi je la.. tengok ok je.. Alhamdulillah Sufiyyah antara anak yang aku tau yang cepat berjalan. Masuk 9 bulan dia dah jalan. Kadang2 aku tak letak dia lam walker tapi dia g panjat and jadikan walker tu as a platform dia nak berjalan. Haa macam alat bantuan berjalan (eceh..),
terer tak terer anak aku tu..

Emm.. tapi masa afiQ 5 bulan aritu aku dengar2 orang cakap pasal keburukan walker ni. Aih... terkejut gak la aku kan. Betul ke walker ni wat anak lagi lambat jalan? Aku ada contoh terbaikk yang fakta tu salah..

Terpulang pada pendapat masing2. Ada yang cakap pasal faktor keselamatan.. em.. rasanya tak pernah pulak ada eksiden walker kat umah aku.. Tapi memang tak dinafikan aku pernah dengar cerita. Ate.. kalau dah letak anak kat tingkat atas tapi tak letak pagar.. maunya budak tu tak tergolek turun kan.. ha.. macam adik ipar aku yang bongsu.. ntah camne dia boleh terlepas ke tangga.. nasib baik dia tercampak keluar masa anak tangga ke-2. Kalau tak.. selamat...

Gitulah baik buruk penggunaan walker ni. Yang penting pengawasan parents tu penting la kan.. jangan harap walker tu nak jaga anak kita pulak.. hehe..

So.. menarik tau cite aku ni? bagi la chance si AfiQ tu menang eh.. hehe.. beria dia senyum tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog