Tuesday, January 27, 2009

Kakak n Adik

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links
Semua orang asyik tanya Sufiyyah ok ke x dengan adik dia? Sufiyyah kacau adik dia x? Sufiyyah jeles x dgn adik dia?

Jwpn aku.. dia ok.. dia hepi.. n dia sayang adik dia.

So far, sikit2 tu kadang2 memang ada dia nak attention semua orang juge pada dia tapi so far memg xpenah lah dia nak usik2 adik dia cam jeles ke apa. Bila tengok aku or Eri pegang2 or entertain Afiq, kadang2 dia akan minta nak dukung adik dia tu. N kitorang mmg akan bagi dia pegang adik dia. Cuma mmg le kena pantau kan takut juge terpenyet ke apa ke.. abisla. hehe.

Sometimes dia nak kiss, nak hug, bagi je dia chance so that dia xdela rasa cam terpinggir ke apa kan. N kalau sekali sekala dia merengek (of course yang berpatutan), kitorang akan sebolehnya entertain dia jugak.

Kadang2 dia cakap nak ajak adik jalan2, nak ajak adik g One Utama nek ketapi, nak ajak adik g sekolah.. cam xsabar lak nak adik besar so dat leh kawan ngan kakak dia..

Cuma part dia nak baring kat tilam adik n selamba jalan2 pijak2 tilan adik everytime adik diangkat.. tu yang hangin tu.

Em.. tali pusat dah letak sekali, hope betullah petua orang tua2, tali pusat disekalikan so dat Insya-Allah diorang adik beradik akan ok kawan sama2..


Ahmad Afiq 1st day at Putrajaya Hospital.


Kakak yang selalu xcited nak pegang, angkat n dukung adik.
Sampai nak tdo pun nak share tilam dengan adik..

Sunday, January 25, 2009

Here He Comes!..

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
As per today, our lovely adik baby boy dah umur 12 hari.

Ahmad Afiq Ahmad Zuhairi lahir 14 Januari 2009 pukul 5.15pagi. Hah, nak sangat besalin pagi, kan.. pagi2 aku dah besalinkan si adik baby.

Xperience kali ni memang xsama langsung dengan Sufiyyah dulu. Masa Sufiyyah, aku xsakit teruk n lama (Alhamdulillah) n kat lam labour room tu just 1 hour je nak compare dgn adik Afiq.. pukul 12tgh malam masuk labour room, pukul 3pg stat rasa contraction yang maha teruk, Alhamdulillah pukul 5.15pg selamat keluarkan adik Afiq secara normal.

Aku muntah2 sebab terlebih amek oksigen time tu sebab sakit sangat. Sampai dah selamat lahirkan adik Afiq pun aku cam lali2 lagi.. huh.. perit ooo. Nasib baik Afiq kecik je, 2.55kg.

Tapi sekarang aku heppi sangat sebab family kecik aku dah lengkap sekarang dengan Eri, Aku, Sufiyyah n Afiq. Nak tambah lagi?... maybe 5 tahun lagi kot... penat ooo..

Aku tak sabar nak upload gambar2 tapi xsempat lagi.

Wednesday, January 7, 2009

Progress Si Kakak

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Hmm… apalah cite si Sufiyyah tu sekarang kan? Memang le agak hari2 aku cite hal dia kat lam blog aku nih, tapi banyak gak yang aku xtercerita.

Almaklumlah.. perkembangan budak time umo dia skrg, tak terkejar aku nak mengarang cite. Tambah lak aku cam banyak keje nak dibereskan sblm aku pass over keje kat org lain kat opis nih.

Lately anak aku sorang tu minat sangat cite House… aku ngan Eri memang encourage sangat kalau dia nak jadi doctor.. mak bapak mana la yang xsuke, kan?... so aritu kitorang g Jusco nak tambah2 barang adik baby, aku sempat grab 1 mainan doctor kat dia. Hepi sangat la sampai tiap2 hari asyik melayan benda tu je.


Siap susun bear-bear, elmo, bob builder, cat ngan Garfield dia utk di check perut sorang2 pakai stetoskop tu! Yang paling best.. bila aku panggil dia kakak, dia soh panggil dia ‘Doktor Sufiyyah’! haduh2…









Dia pun dah pandai nak soh amek gambar dia yang dah pandai wat ‘peace’.. kikiki sebelum ni dia buat pis tu pakai 3 jari.






Then dah xpayah nak jaga2 sangat masa main kat taman.. dah confident nak main sendiri.
Hari2 kat rumah rajin baca Al-fatihah (dah boleh hafal sikit2). Zikir Munif Ahmad yang kat Oasis tu memang dah boleh hafal. Tiap kali nek keta, mesti soh pasang CD Zikir.

Makan sendiri dah makin lancar. Tumpah2 dah kurang dah.

Bergurau no 1. Mulut pun makin petah. Dah pandai nak bercerita kat orang apa yang happen hari tu, apa yang dia tengok cite2 kat tv, apa yang dia dengar orang cite..


So far aku puas hati gak la dgn perkembangan anak sulung aku nih. Hope dapat adik nanti dia makin cerdik n yang penting boleh jaga adik dia dengan baik, kan…

Tak sabar nak jumpa dia arini.
.

Tok masuk PPUM huhuhu

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Oh, lupa nak cite pasal Tok aku (mak kepada mak aku). Malam Isnin aritu rasanya kat2 maghrib gak la aku dapat col dari adik aku yang kat KL tu kata Tok masuk ospital n nak dimasukkan ke ICU!

Terkejut gak la aku sebab cam tiba2 je.. Aritu last aku jumpa dia masa kenduri Abang Din. Haa, baru sangat kan? Alhamdulillah nampak Tok sihat je siap boleh tolong2 kat dapur lagi, hah.

Kelam kabut aku tepon mak kat Kedah nak tanya detail sebab katanya Tok ada kat Shah Alam time tu n nak bawa g Ospital Sungai Buloh.

Rupanya lepas kenduri aritu ada sorang bapa sedara aku ni datang amek Tok bawa g jejalan ke Pahang umah sedara2 diorang la. Dok sana dah 3 hari n Tok sakit. Bila check, katanya ada jangkitan paru-paru yang agak teruk plus cuaca kat sana sejuk n Tok tak tahan. Jadi Tok penat.

Aku minta diorang arrange Tok masuk Hospital Putrajaya sebab senang sedara nak jaga boleh dok umah aku je, dekat. Kalau Sg Buloh tu.. tenat sikit la aku nak g. Mak aku pun macammana nak g sana, kan?

Last2 diorang hantar g PPUM. Ok sikit la tengah2 KL.. kitorang pun boleh je g jengok2. adik2 aku pun dok KL boleh juge la nak gilir2 ke ganti jaga Tok. Tapi bila piker.. seb baik ada aku adik beradik.

So, lepas semayang semua kitorang gerak g emergency. Lama juga Tok kat situ. Sampai 3 pakar aku tengok attend Tok. Kesian, Tok penat. Dia ngadu lapar n pedih perut tapi xlalu nak makan. Sakit Tok kira penat juge la. Tok ngadu dia xtahan travel jauh.. huhu.. xtau nak komen apa..

Then, dipendekkan cite, kat pukul 10 Tok dah makin stabil. Aku pujuk2, Tok kata boleh la nak makan sikit. Aku baru nak g amek air, then nurse tu kata Tok kena puasa! Hangin je aku.. tak cakap awal2 tadi.. yang Tok pula dok sedih sebab lapar, kan.. nak wat macammana.. kang kalau bagi, jadi apa2.. xberani pulak aku.. sabar je la, Tok..

Dah tu kat pukul 11 diorang kata dh boleh pindahkan Tok ke wad. Alhamdulillah.. xpayah masuk ICU sebab dah stabil sikit. Bekejar2 gak la aku yang boyot ni sampai tinggal Sufiyyah ngan ayah dia sebab nak kejarkan nurse yang bawa lari Tok aku tu. Ampeh betul.. tapi maybe sebab takut Tok problem balik.. aku try tink positif, k.. hehe

So lepas tu aku g amek adik aku yang sorang lagi teman adik aku yang 5th tu. Risau aku tengok kalau sorang je nak jaga Tok. Kitorang adik beradik memang xde pengalaman jaga orang sakit xcept adik aku yg 4th keje Jururawat masyarakat so dah biasa attend patient. Seb baik juge dia ada kat situ coz b4 ni dia dok Kedah.

Antar dia ke Ospital, aku ngan Eri balik Putrajaya. Time tu pun dah pukul 12 lebih dh. Si Sufiyyah pun dah tertido2. Kesian dia, penat. Si Azly, bf adik aku ikut coz nak amek keta. Kitorang decide kte bagi adik2 aku guna je la incase nak amek sapa2 ke apa ke senang lgpun mak aku sampai pagi tu pukul 4 pg jd diorang leh g amek kat pudu pakai keta, senang.

So masuk arini dah 3 hari Tok dok Ospital. Tengok haritu makin stabil dah. Hope Tok makin ok even umur dia dah masuk 86 tahun!

ready ke tak nih??

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Apalah aku ni.. asyik rasa xsabar je nak deliver baby. Tapi bila kat labour room smlm cam xready pulak. Apalah…

Oh, cite pasal g labour room semalam, tu lah.. akibat rasa xsabar nak deliver tu la yang membawa aku anak beranak bersama suami terchenta melawat dewan bersalin hospital putrajaya untuk menge-check keadaan diriku yang seharian kat opis semalam rasa cam nak besalin sangat2 dah.

Tapi xdela tanda2 yang obvious cam air ketuban pecah ke, kuar darah ke, sakit belakang yang melampau ke or sakit2 apa lagi yang boleh dinyatakan sebagai tanda-tanda, kan.

Just aku rasa perut asyik mengeras (contraction) n bila bangun n jalan je, terasa cam berat semacam je kat bawah perut. Cuak juge ditambah masa check-up kat doctor ari senin tu Doc cakap aku ni dh anytime je.

Baby dah engaged n ikut pengalaman dulu pun aku quite senang besalin n besalin pun awal drp due date. So kemungkinan yang ni pun awal juge n Doc pun cam risau2 je time tu.. aku ni apatah lagi, kan? Kan?

N bila check semalam, Doc kata bukaan aku baru 1cm. Aku minta balik je la sebab kalau tunggu pun cam lama pulak terasa, kan. Hopefully ok la..

Harini aku rasa ok sikit Cuma baby xaktif sangat macam slalu la pulak. Sikit2, ada la rasa risau tu tapi Insya-Allah, kan.. yang penting harapan aku doa semua orang mengringi aku n baby…

Tuesday, January 6, 2009

is it too late for 2009 entry?

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Tu lah pasalnya.. arini dh 6th, baru aku ada chance nk jot down pasal entry 2009 nih.

Malam last 2008 aku cam hari2 biasa jek. Malam tu Abg Din ngan kak Ina (my SIN) sampai dr Kedah utk honeymoon diorang . Kitorang amek, bawa g makan kat food court P9 then Eri suggest kitorg g tengok bunga api new year..

Yg bestnya, jalan jam teruk malam tu n Eri decide utk guna pas JPM masuk tengok dari ofis JPM. View memang best r sebab nampak Dataran putrajaya sampai PICC tu very clear n clearly jugak nampak jalan yang jam gile kat bawah sana. Kesian diorang, nak tengok bunga api punya pasal…

Tapi tunggu punya tunggu, port baik punya n rasanya once in a lifetime la kot bagi aku yg bukan staff JPM nak nek situ, apatah lagi abg din, kak ina & Sufiyyah.. sekali diorang announce malam tux de bunga api! Ampeh tol.. len kali cakap la awl2.. kesian tol tengok kete2 lain yang berasak2 jam kat bawah tu.. siap ado yang parking atas jambatan la, tepi jalan la.. ntah dating dari mana2 bawa family.. sekali xde!

Hm… kitorang pun balik umah, tdo..
.

Friday, January 2, 2009

Wedding Abang Din

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links

Tajuk cerita saya pada hari ini adalah seperti di atas.. hehe of course la, kan..

Krismas aritu kitorang balik Kedah untuk majlis kawin Abang Din (sambut menantu), abg aku yang sulung on the 27th. Kawin juge akhirnya dia. hehe.
Semua persiapan dah nak settle pun time aku balik tu. Bab makan2 mak bagi Pak Tih Lah (adik mak) yang uruskan so xde la upacara kupas2 bawang kat umah kitorang. Cuma hiasan2 cam pasang curtain, kemas2 umah je la yang adik2 terpaksa wat. Nak harap sapa lagi, kan? Aku ni dah sarat2 pun wat la sikit2 disamping uruskan anak yang sorang tu..


So, by today, Alhamdulillah semua dah selamat. Time kenduri pun aku xbanyak amek2 gambar sebab sibuk ke sana ke sini. Agak sibuk gak la sebagai tuan rumah. N kakak ipar aku pun so far nampak cam ok even xbanyak cakap sangat. Ye la, xbiasa lagi ngan family kitorang.. ntah2 aku dulu kat umah Eri pun cam tu gak, ehehehe.










Nak cerita banyak, aku ni macam xde mood pulak. Makin sarat ni, makin penat ah.. dulu time mengandung Sufiyyah aku lagi sarat n berat kiki tapi xle sepenat ini. Agaknya sebab boy kot.. aktif dia lain sikit.. ikutkan tinggal 23 hari lagi dari tarikh due date aku.. tapi dh xsabar dh ni sebenarnya.

Tak sabar nak tengok adik baby boy ni muka sapa… hopefully ada la rupa aku.. Emm, xkesahlah.. janji sihat n selamat.
.

My 28th Besday Present yang 2nd (got it??)

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Aritu, 21st December 2008.. besdate aku yang ke-28 of course!

Sharp 12 midnite, aku dapat kad besday yang aku langsung x expect sbb b4 dat Eri pun cam wat ingat x ingat jer.. huhu… tiba2 dia kuar amek barang lam kete, n muncul belakang aku bagi kad. Uhuks.. memang terharu la sikit, kan?

~ the card~











Time tu pulak si kakak tu belum tido… sebok je nak tengok, nak baca, tanya itu ini.. almaklumlah, dia xdapat kan? ahaks! rasa cam nak dengki dia je.. ayah kesayangan dia yg hanya milik dia sorang je tu bagi something kat aku! Muahahaha…

N Eri sayang2 aku lagi… kikiki… lagi la dia xpuas hati! Siap sound aku “jangan la sayang2 ayah!” hahaha… itulah anak bertuah aku.. makin nak dekat dapat adik, makin jaki ngan aku rapat2 ngan ayah dia. Haduh!…

Esoknya Sunday (semalam la tu), as promised (kat anak kesayangan, xtually) nak bawa g OU nek ketapi.. sampai le jugak kitorang petang tu. Luckily jugak dapat parking dekat entrance sbb ingat OU on wiken, apatah lagi nak Krismas ni.. bukan senang nak carik parking! Alhamdulillah…
Yang best, beria si Kakak tu nak nek ketapi.. tapi dia yang tertido dulu lam keta. So, instead of terus g kat tempat ketapi tu, kitorang jalan2 le dulu..

Sampai satu kedai, aku cam wat isyarat kat Eri.. bukannya nak masuk pun tapi saja nak menyakat laki aku tu sebab dia memang dok minat satu gadget dari apple tu.. rasanya kedai tu pun baru launch opening dia dats y ramai gak org kat lam kedai yg membuatkan lagi la kitorang tertarik nak join sama hehe.

Eri macam berminat n trus masuk kedai. Belek punya belek.. pusing punya pusing.. tiba2 dia toleh kat aku n tanya, “kalau ayah nak belikan mama punya besday present, mama nak tak yang ni?”

Memang aku tergamam gak ler sbb selain tengok harga dia, aku x expect langsung dia nak belikan aku any present lagi dah sbb xtually enpon aku yang ilang aritu was my besday present yang dia dah bagi awal2 untuk my 28th besday ni… kira in advance la time tu!
Sekali.. dia tanya soalan macam tu.. hihi.. aku leh senyum je la, kan? Lagipun aku rasa maybe dia yang nak kot benda alah tu tapi kalau dia yang beli utk diri sendiri, ada yang kena bebel sepanjang tahun.. nak harap aku belikan, memang mimpi la kan? eheh.. So, aku senyum je tanda setuju…

Dan orang kata, pictures speak more than words… Happy Besday to me!…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog