Saturday, November 14, 2009

.: mengimbau kenangan internet dolu-dolu

ng0meL by ummi
salam.

Sementara tunggu bubuQ afiQ son masak, layan diri blog jap.

Dalam kepala ni dok asyik teringat kat sorang kawan ni yang quite rapat ngan aku. Hmm dah lama aku cadang soh dia wat blog untuk kembangkan lagi bisnes dia n hubby. Tak kisah la wat blog ka, buka website sendiri ka.. tapi maybe dalam proses la kot coz it's not an easy job rite.

Hehe tapi tu bukan apa yang aku nak cite skrang nih.. Tu mukadimah je nak luahkan tiba2 lak teringat dia (agaknya dia dok mimpi aku kot la ni) ekekeke..

Masa dok blog walking semalam, aku jumpa la blog yang kiut miut bagai. Cumil blog dia. P jengok geng blogger dia, hmm mostly seangkatan cumil2 belaka. Blog very the colourful. Aku pun teruja.

Haha. Kalau perasan aku dah wat favicon, dah wat cursor bling2, dah wat rama-rama terbang kat tajuk n3 aku. Heheh.. bangga tol! Banyak lagi aku nak belajar ni.. Nak aku ajar, bagitau eh.. leh syer reramai.. syok, syok.

Nak wat semua2 tu bagi aku la kan yang tak professional ni.. kena rajin search, xplore n tau koding2 html.

Hmm cakap pasal html pula, teringat aku zaman mula2 aku berjinak dengan internet dolu. Dolu, ok.. time tu aku form 4. Hahaha.. maybe ada yang gelak kot, appa la form 4 baru nak kenal internet! Betul.. time tu tahun 1996. Haaa lama dah kan, kan? Dah dari lebih 10 tahun dulu! Baru nak ternganga..

Time tu aku jadik Pengawas Media. Diulang, Pengawas Media. Ala2 macam pengawas perpustakaan la tapi aku jaga bab2 IT. Jaga komputer! Hahaha... kelakar. Time tu manala tau sangat pasal komputer bagai nih. Jadi selain kemas2 bilik, lap2 abok, lap2 komputer ngan keyboard tu.. adala belajar tekan2 sikit.

Time tu yang aku tau internet ni berkaitan dengan hotmail, msn, irc dan mirc. Kuhik2.. kalau nak tau, dulu mati2 aku ingat html tu singkatan hotmail! Kuang3... bodos nye aku time tu.. Bukan cekgu tak bagitau, tapi otak dah kelain bila mata dok tengok kotak2 chat box tu.

Haduhs.. satu lagi rahsia.. aku kenal En Ahmad dulu time ni lah!... yup, melalui chatting! Hmm.. sampai form 5, sampai kolej, sampai U, sampai keja, sampai kawen, sampai sekarang dah ada anak 2..

Masa tu dulu, semua orang dok sebok zaman IT, aku tatau la menteri2 cite apa time tu, tapi budak2 sekolah hari2 mau chatting (termasuk aku) haha. Aku untung dapat chatting free kat sekolah (sebab aku kan pengawas komputer, suka hati aku la), tapi kat Cyber Cafe (yang time tu ada 2, 3 ketoi ja kat AloQ SetaQ), melambak2 budak sekolah. Ok2.. yang tak sekolah pun ramai jugak.. tapi, pergh! time tu rate harga memang cekik darah! Bayangkan 1 jam RM10! Hah! Mau terbeliak mata.. Tapi pastu lelama dah kurang harga sebab CC dah melambak buka di sana sini sampai dah rambang mata pulak nak pilih C mana nak masuk. Sekarang ni.. berapa? 1 jam RM2.50? Cettt...

Tapi aku rasa la, zaman dulu dengan zaman la ni chatting lain sesangat... dulu semua orang innoncent termasuk aku dan En Ahmad. kami chatting betul2 punya nak kawan2 n kenal orang luar dari kelompok masyarakat kami (cehh, ayat tak tahan). Itu yang kalau orang tanya mana aku 'jumpa' or 'dapat' or what so ever the terms.. aku maleh nak jawab Orang sekarang tak paham... (ececeh... aku senyum sorang2). Ye lah, En Ahmad kat JB.. aku kat Kola Kedah.. Jauh lagi daripada Kutub Utara Kutub Selatan tau!.. Yang best, mak ayah aku pun eran time tu..

Hmm.. bubuQ afiQ son dah ready tuh. nak snap gambar tepek sat na.. kang tadak gambaq, borink lak aku tulis pepanjang kan, kan.. jamu mata ye..



~me think, me write~

1 lagi tambah ng0meL:

ummi maisarah on November 15, 2009 said...

hahahaha...html..hotmail..lawakla kakda..
pa pon..thanx for da tips..don't forget vsit my blog ek..hehehehe

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog