Saturday, November 7, 2009

Bubur Nasi afiQ son

ng0meL by ummi
salam.

AfiQ son sekarang memang suka makan bubur nasik. Satu hari wajib 3 kali dia makan bubur nasik. Tapi tu pun tak cukup.. buah2 wajib juge kasi. Tu tak termasuk bytes dia. Tapi yang paling penting, BM harus maintain. Bila2 dia nak je, aku kasi.. baru afiQ sehattt.

Dulu aku memang masalah bab2 nak masak bubur nasik ni. Renyah, lambat n nak buat pun dalam portion yang sikit je. Tapi sejak aku try wat skali, pastu rupanya kakak pun suke, maka rajinla aku masakkan untuk diorang. Tapi memang lama la aku amek masa nak masak bubur tu.

Then, aku rajinkan diri search kat google camno nak cepat siapkan bubur tu. Haa.. melambak blog2 yang bagi resepi wat bubur baby ni. Aku cedok sikit2, wat resepi aku sndiri. Janji anak2 suke, kan.

Nak senang n cepat masak bubur, aku masak nasik dulu. Nasik tu aku masak guna air rebus ayam. So nanti ayam tu selain guna untuk masukkan lam bubur afiQ (sikit je), yang lebih aku boleh wat ayam kicap ke untuk kakak n kitorang juge. Nasik pun sedap je sebab masak pakai air rebus ayam. Kadang2 nak lain, aku stim pula ikan merah dangan bayam or carrot sikit untuk afiq, baru selera dia makan nanti. Kadang2, dalam nasik tu aku dah letak carrot siap2.

Dah tu, aku ambil la sikit nasik untk afiQ, aku tambah sikit lagi air rebus ayam, aku renehkan sikit lagi sampai lembut. Biarkan sejuk, tabur2 isi ayam or ikan, suap afiQ! Kadang2, goreng ikan bilis without minyak, tumbuk lumat, tabur b4 suap dia. Selera...
Disamping tu, siap awal la lunch aku harini. Hehe..

Puas Gembiranya hati rasa dapat siapkan lunch awal harini. Awal, siott.. belompun pukul 1 tengahari, kitorang dah siap lunch! hehe.. Sekarang pun En Ahmad dah tertido kekenyangan.. kikiki.

Hah! afiQ pun dah bangun, nak suapkan bubur dia! Ciawww..


~me think, me write~

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog