Tuesday, November 3, 2009

bila orang tak faham..

ng0meL by ummi
salam.

Tadi aku hantar afiQ son g umah bb sitter dia. Kakak pun kena angkut sama, takkan nak tinggal dia kat umah sensorang kan. Memandangkan afiQ son aku tu kena dikendong, maka kakak terpaksa la berjalan.

Kesian kakak.. terencot2 dia jalan. Tapi dia strong, tak merungut pun even memang nampak suuusah sangat dia jalan tu. Bila ditanya sakit lagi tak.. dia kata tak. Hope sangat memang tak. Hmm.. cepatla kakak boleh jalan elok2 balik. Kesian sangat la.

Penah juga aku dengar orang bisik2 time aku bawa dia jalan.. "kesian, muka comei tapi..."
Huhu.. aku as mak, memang cam terasa sangat la.
Itu tak kira bila dia dok lam stroller or aku dukung dia, orang cakap "eyy.. tak malu dah besar nak gitu lagi.."

Haduh.. kadang2 mulut aku laju je jawab, kadang2 aku wat tatau je. malas. Heran kan, kot ye pun nak menegur orang budak, dah la tak kenal.. cenggitu ke bahasa? Ni ada lagi kes.. Aku g open house raya aritu. Time tu kaki kakak belom buke. Tengah hepi2 makan ramai2, ada la yang prihatin tanya kaki kakak tu. Aku nak highlight 1 conversation ni..

makcik: ey..ey.. kaki tu kenapa? nakal ey..
kakak: tak.. kakak Farah Sufiyyah eksiden (malu2)
makcik: haa??
kakak: kakak Farah Sufiyyah eksiden..
makcik: tipuuuu.. ke awak dok tak diam? awak nakal2 pastu jatuh eyy
(terkedu muka anak aku sambil pandang aku)
kakak: takkk kakak eksiden..
makcik tu pandang aku
aku: betullah tu, apa tipu pulak. (bengang)
makcik: oo.. ye ke? (mcm termalu) sapa bawa kete? mama ke ayah, xbawa betul2
kakak: bukan..cik ika..
makcik: ooo .. err awak ni mak dia ke?
aku angguk
pastu makcik tu terus buat2 layan anak dia.

Bengang betul. Ada ka selambe dia cakap anak kita tipu?? tak kesah la anak kita ke anak sapa ke, tapi bukan ke xbaik bila tanya budak, dia jawab (tengok muke pun innoncent) betul2, kita cakap dia tipu??


~me think, me write~

1 lagi tambah ng0meL:

ibu_arifa on November 05, 2009 said...

adui..kesian kakak.. (saya baru singgah balas ke sini..tak tau citer sebanar lagi pasal kakak eksiden tu..nnt saya baca k..)

teruknyer makcik tu..saya baca pun naik geram lah..sensetif sikit pasal anak2 nih..

anyway..salam perkenalan.. syoknyer dah ada 2 anak..comey2 plak tuh.

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog