Tuesday, October 13, 2009

CUTEST BABY IN WALKER CONTEST

ng0meL by ummi
Salam..
harini aku dah ready nak join contest ni pulak..

CUTEST BABY IN WALKER CONTEST!


Jangan segan2 nak klik kat sini IBU ORKED n join contest ni sebab...

Bermula 6 Oktober hingga 31 Oktober 2009

3 pemenang akan dipilih mengikut gambar yang menarik dan pendapat kreatif.

Hadiah menarik dan istimewa disediakan dan akan diterima oleh pemenang

Syarat Penyertaan

• Jadi Follower ometomei dan add ometomei dalam bloglist anda
• Umur si comel mestilah tidak lebih 2 tahun
• Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
• Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel yang berada di dalam walker
• Ceritakan pendapat anda tentang walker tersebut (baik dan buruk)
• Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
• Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.

ha... dan dengan ini dipersembahkan...


NAMA : AHMAD AFIQ BIN AHMAD ZUHAIRI
UMUR : 9 BULAN

dan ini pulak kisah walker ku..

AfiQ ni anak aku yang second. Kakak dia dulu masa 6 ke 7 bulan aku dah letak dalam walker. Sebab perkembangan dia agak cepat, jadi cepat la aku boh dia dalam tu. Tambah lak senang sikit aku nak wat kerja umah kan. Dia pun leh join aku kat dapur ke kat mana2 aku g tanpa ganggu kerja aku. AfiQ aku letak dia masa umo dia masuk 8 bulan. masuk je.. laju dia merayap..
hepi je aku nengok..

Serius aku cakap, rasanya masa Sufiyyah dulu aku tak pernah dengar atau baca pasal keburukan walker nih. Tak tau la kalau aku kurang menelaah pasal tu kan. Janji mak aku merestui, mertua aku pun on.. orang2 senior yang anak dah banyak kata ok.. aku bagi je la.. tengok ok je.. Alhamdulillah Sufiyyah antara anak yang aku tau yang cepat berjalan. Masuk 9 bulan dia dah jalan. Kadang2 aku tak letak dia lam walker tapi dia g panjat and jadikan walker tu as a platform dia nak berjalan. Haa macam alat bantuan berjalan (eceh..),
terer tak terer anak aku tu..

Emm.. tapi masa afiQ 5 bulan aritu aku dengar2 orang cakap pasal keburukan walker ni. Aih... terkejut gak la aku kan. Betul ke walker ni wat anak lagi lambat jalan? Aku ada contoh terbaikk yang fakta tu salah..

Terpulang pada pendapat masing2. Ada yang cakap pasal faktor keselamatan.. em.. rasanya tak pernah pulak ada eksiden walker kat umah aku.. Tapi memang tak dinafikan aku pernah dengar cerita. Ate.. kalau dah letak anak kat tingkat atas tapi tak letak pagar.. maunya budak tu tak tergolek turun kan.. ha.. macam adik ipar aku yang bongsu.. ntah camne dia boleh terlepas ke tangga.. nasib baik dia tercampak keluar masa anak tangga ke-2. Kalau tak.. selamat...

Gitulah baik buruk penggunaan walker ni. Yang penting pengawasan parents tu penting la kan.. jangan harap walker tu nak jaga anak kita pulak.. hehe..

So.. menarik tau cite aku ni? bagi la chance si AfiQ tu menang eh.. hehe.. beria dia senyum tu..

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog