Thursday, October 1, 2009

cabaran ke dugaan?

ng0meL by ummi
itulah tajuk entry aku ni.

apa yang happen kat family aku sejak last 3 weeks wat aku terfikir. Yelah, dalam tengah hepi2 nak sambut raya, nak balikkampung aku lagi, macam2 benda pulak happen. Tapi aku memang kena syukur banyak sebab walau apa pun yang datang, ada saja jalan yang Allah bagi untuk teruskan apa yang dirancang.

So, berbalik pada entry aku kali ni, untuk mengclearkan keadaan, aku cita la apa yang happen k.

Hari minggu sblm raya, time semua orang tengah malas2 nak keja, sebok amek2 biskut raya yang dah dioder awal posa, kelam kabut siapkan baju raya yang orang tempah, keta laki aku, Honda City yang baru guna setahun lebih (baru setel bayar roadtax n insurans minggu sblm tu n roadtax pun tak pasang lagi kat cermin hehe).. tercium bontot kembara.

Haduhs. Masa tu aku, adik bongsu aku, anak2 ada sekali lam keta. Laki aku la yg jadi driver. Nak antar adik aku tu p pudu nak balik UPSI.. tengah jalan jam n hujan renyai2.. boleh pulak kami ni tak sedar dia tertido.. Sedar2 bunyi bumm n benda dah happened. Istifar panjang aku. Laki aku kuar keta, jengok2, aku nampak driver keta depan pun kuar keta, jengok2, them masuk keta dia balik. Then laki aku pun masuk keta balik. Senyap.

So, kete tu hantar masuk workshop dengan claim insurans n kete depan tu xambil apa2 action sbb kete dia xde apa2 pun.. So minggu tu kami share la myvi aku p hantar anak2, p kerja n p mana2. hehe.

Rabu 16 September, bufday Kakak Farah Sufiyyah yang ketiga.

Khamis, aku el.. hehe sebab babysitter dah cabut balik kampung. Tengahari my SIL yang bongsu datang dari Shah Alam sebab petang tu diorang nak balik JB. After lunch, kami anak beranak dengan adik ipar aku g hantar laki aku g opis dia sbb dia ada meeting n kami pula nak g amek cupcake bufday Kakak Farah Sufiyyah sebelum hantar kek tu kat opis aku untuk bagi kat opismate. Nak kenduri la niatnya tu..

Nak gerak g amek kek, aku dok pikir2 nak drive sediri ke nak bagi adik ipar aku drive. Kalau nak drive, takut dah lambat sangat sebab SIL aku yang sorang lagi dah tunggu kat umah. Nanti lambat pula diorang nak gerak balik JB. Sedangkan si afiQ son tu kalau dah breastfeed, mana nak 2,3 minit.. lagi pulak dia dah tido.. memang xmau nya kalau aku letak or bagi orang.

Fikir2, my SIL dah ada lesen, haruss ok drive n apa salahnya bagi chance.. hmm.. oklah. So, aku duduk sebelah sambil pangku afiQ son, kakak duduk belakang sambil xcited nak ambil kek dia. Berkali juga aku check2 kakak dia ok ke tak kat belakang tu.

Sampai umah kak pinat (akak yang aku oder cupcake tu), selamat. Sebelum gerak balik, aku soh Ika snap gambar cake. Berbaloi....
Then, on the way balik, terjadilah peristiwa itu.. hehe.. malas nak cite panjang, aku bg gambar je la eh. Usia myvi aku tu agak2 dalam sebulan lebih kot.. tu pun nak bagi adik aku, sebenarnya. Sori kak.. keta hang hancuss..


myvi terbabas langgar tiang..

N apa jadi pada kami? Alhamdulillah aku, afiQ, Ika ok. Cuma kakak si birthday girl baru 3 tahun 1 hari.. patah kaki kanan..
kakak walaupun patah kaki tetap heppi.. very strong girl!


And after nearly 2 weeks, pegi checkup balik kat hospital putrajaya, semen putih yang xcun n berat tu diganti dengan fibre glass yang somel n lighter.

Get well soon, kakak..
.

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog