Monday, October 26, 2009

afiQ bebas H1N1

ng0meL by ummi
salam

Since last 2 weeks afiQ flu. Kesian dia having running nose.. lama2 nak lap idung pun dia dah xnak sebab dah pedih idung asyik kena tenyeh je. Kadang2 En Ahmad sedut ingus dia tu. Kalau mud xok, nangis, aku pujuk. Kalau malas nak layan aktiviti si ayah, dia gelak2 juga.

Last week, ingus dah makin pekat- dah ijau2. Tapi still tak ilang flu dia tu. Lama2, bawa ke batuk. Kesian afiQ. Kuat dia batuk.. nak tido pun susah. Ikut hati nak je korek2 tekak dia, tapi tak sampai hati. Maka g la kelinik amek ubat cair kahak pula.

Sabtu lepas dia asyik muntah pula. Sekali, 2 kali, 3 kali.. cam kerap pula. Makan pun dah xminat sebab asyik muntah je. Seb baik dia suka bf, sebab aku tengok, kalau dia muntah, tak pernah sekali pun dia muntahkan balik susu badan. Kalau susu formula, memang semua keluar balik! Tapi afiQ ni aku tengok kuat semangat, macam kakak juge. Nak juge dia merangkak keliling umah.

Jumaat malam, batuk afiQ cam makin teruk je. Idung pun wat hal. Aku pun dah bengong2 gak sebab agaknya malam sebelum tu tak tido, dengan layan afiQ, dengan nak siapkan slide untuk meeting.. aku pun sesema teruk dengan sakit tekak dengan demam semua cukup.

Hari Sabtu, kami bawa afiQ g kelinik sebab badan dia makin panas. Aku check 38.7 tinggi gak tu. Dia pun dah lembik je tak cergas macam selalu. Asyik nak tido je. Aku dah risau dah, terdetik gak kat dalam hati tapi tak berani nak suarakan sebab takut jadi betul pula.. just, bawa je g kelinik, lets the doc check.

Sampai klinik, doc tu macam risau je sebab afiQ dah 40 degrees! Terus dia suruh g emergency. Kat emergency doc tanya ada tak dia cirit birit, aku cakap xde. Doc cakap pk, kita x-ray, amek darah n drip. Hopefully afiQ xde the virus!

AfiQ cuma tido n bf. Kesian betul tengok dia. Bila letak kat katil diorang nak inject, meraung dia. Huhu.. dah bergenang air mata aku ni.
Ya Allah! Jangan la afiQ ada virus tu.. aku xnak dok ospital.. taknak something bad happen kat family aku pun..
Lepas amek darah, diorang drip dia 200ml. afiQ langsung xnak tido bawah n nak bf je. agaknya dia selesa macam tu. Aku teman afiQ kat emergency tu sampai drip habis.

Check suhu afiQ dah turun 37.9.. 37.3.. Alhamdulillah.. afiQ terus cergas, aktif macam biasa.. doc bagi anti-virus H1N1 n antibiotik n ubat demam.

Ahad.. afiQ fully recover dari demam tapi flu n batuk still ada. Nak g klinik lagi check batuk afiQ. hope afiQ cepat baik..
Esok pula kakak akan buka balut kaki dia. Hope buka terus so that kakak boleh hepi2 jalan n lari2 balik...


~me think, me write~

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog