Tuesday, September 1, 2009

Ulser mulut

ng0meL by ummi

Pagi ni aku terpanggil nak tulis entry ni sebab semalam Sufiyyah tunjukkan aku kat dalam mulut dia ada ulser mulut!

OMG! kesian dia. patut la all this while since last week dia xberapa nak makan. Alalalala... apalah aku ni. Ngaku mak yg sangat lah prihatin kat anak2, kan. Huhuhu...

Em.. kesian kakak. Aku faham perasaan n pain yang dia rasa sebab aku pun sekarang ni tengah ada 2,3 bijik dalam mulut! Yup.. aku memang selalu sangat kena ulser mulut ni.

Selama ni aku wat xtau saja (sebab dah terbiasa) even Eri selalu suruh pakai Bonjela (some sort of cream yg boleh heal the ulser). Tapi memandangkan anak aku sendiri yang kena n dia just 3 years old!... aku kena wat research...

Ulser Mulut (Ulser Afta)

Latar belakang

ulser
ulser

Ulser Afta merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan.

Apakah puncanya?

Punca sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan :

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Rawatan radiasi
  • Rawatan kemoterapi

Apakah masalah yang timbul berkaitan dengan ulser mulut?

Ia sering dihubungkaitkan dengan :

  • Rasa membakar di dalam mulut
  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan yang berpanjangan
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lamakah ulser mulut akan sembuh?

Kesakitan akan berkurangan dalam tempuh 3 - 4 hari tetapi ulser biasanya akan mengambil masa 10 - 14 hari untuk sembuh sepenuhnya.

Perhatian yang perlu diambil jika mengalami ulser mulut

Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian jika ulser mulut masih berlarutan melebihi dua minggu. Pemeriksaan penting untuk menentukan tiada lesi kanser dan pra kanser mulut.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit?

Cuba petua di bawah untuk menghilangkan rasa sakit :

  • Berkumur dengan bahan kumuran antiseptik.
  • Sapukan gel analgesik atau gel penahan sakit
  • Kekalkan kesihatan mulut yang baik.
  • Makan makanan yang lembut.
  • Kurangkan makanan pedas dan berempah.
  • Minum air secukupnya.

ok, so this is what i got from http://www.myhealth.gov.my/

hope sangat kakak cepat sembuh so that dia boleh makan banyak lagi...

.

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog