Friday, October 24, 2008

She is going to be The Kakak soon

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Farah Sufiyyah. My daughter yang somel lomel lagi semakin banyak akai dan pandai belakon tu akan menjadi kakak soon. Haha..

Apsal aku gelak, kan?

Sebab sekarang ni (sejak aku dah makin sehat daripada sickness yang 3 bulan tu) dia tersangat la suka buat perangai manje2-an yang kadang2 wat kitorang geram hangin pun ada.

Pas ni.. tahulah dia nak manje2 cam ne bila dh ada adik baby kan? kan?

Tapi aku happy dengan progress dia. Dia dah makin boleh disuruh-suruh buat keje sikit. Dah boleh disuruh berkemas, rajin lak tolong aku sidai kain, lipat kain.. ok lah, not bad for toddler 2 tahun sebulan cam dia kan? Girl lak tu.. sejuk perut aku ngandung dia dulu.

N makin banyak mulut gak dia tu. Bukan main lagi bertanya itu ini, bercakap cam lagi pandai daripada orang lain, menegur kita tak pakai seat belt, menegur bila kereta lain cam bawa laju, terjerit-jerit suruh erl yang laju bukan main tu tunggu dia nak naik sama (macam boleh, kan).. macam2 lagi la yang kadang2 nak tergelak pun ada.

Itu belum masuk dah pandai take care bear-bear, Bob Builder dan Elmo yang dia soh tido (dodoikan), makan sama (siap suapkan), ajak mandi sesama (nak siramkan), tolong pakaikan diorang tu syampers dia.. pendek kata cam mama dia nanti dah xpayah risau sapa nak jaga adik baby nanti la, kan? kan?

My mere bette tu sekarang dah pandai nyanyi lagu Bob Builder (her favourite), lagu Twinkle2 Little Star (yang kadang2 dia tukar jd little mama, litlle ayah, little cik-cik dia, termasuk litlle kawan2 mama n ayah dia.. semua2 la dia nak masuk dalam lagu dia tu), lagu barney (i love uuuuuu, you love meeeee...) termasuk la lagu Tiga Kupang. ha... jangan tak tau anak aku tu pandai nyanyi sampai abesh tau lagu panjang berjela tu..

Selain tu (cewah...) Sufiyyah tu minat channel Oasis lepas maghrib. Ha.. mesti ramai tak perasan kan ada apa la hiburan kat channel tu kan? kan? Anak solehah cek tu minat dengar azan (dari dalam perut, tau), minat dengar bacaan ayat2 Quran, minat zikir2.. (subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaa ha illallah tu dia dh boleh hafal tau!).. memang seronok tengok dia minat semua2 tu. N some more, dah pandai bagi salam n jawab salam (without pelat) n dah pandai baca doa makan sendiri..

Alhamdulillah... tu semua kena latih dari awal sebenarnya n kita pun kena la korban jangan tengok CSI sangat, kan? kan? eheheheh..

Kadang2 sambil manje2 ngan mama dia yang dah boyot ni, dia akan hug adik baby.. sayang adik baby.. penyet adik baby.. (hehe.. yang sebenarnya perut n pusat gue). Katanya adik baby pun ada lam tummy dia tapi lom leh kuar sebab xde pintu. Huhu... comel... (oops! puji anak sendiri is perkara biasa, ok)

Huh, nak diceritakan hal kakak yang sorang tu memang le xabeh2. tapi aku pun dah xlarat ni sebab si kecik lam perut makin kuat tolak2 agaknya aku menaip cam penyet dia sikit, kan? Sorry...

Apa2 pun aku proud ngan anak aku yang sorang tu n hope sangat adik dia pun cam dia gak. happy.. happy... n tak sabar nak tunggu end of januari next year...

N also.. aku tumpang happy juge wat kawan2 yang sama2 tengah pegnen n tunggu kelahiran orang ketiga, or keempat dalam family. sama2 le kita meramaikan umat Muhammad, ye. N untuk kawan2 yang masih lom dapat rezeki.. aku doakan masing2 akan cepat2 dapat zuriat n leh kongsi2 cite n pengalaman paling bermakna n berharga dalam hidup kita xpecially as perempuan... Amin...

banyak cerita aku kan?

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Haa... memang banyak cerita pun sebab dah lama x tulis blog..

1st, sebab kat office ni sepeninggalan aku berehat-rehatan kat rumah 3 bulan dulu.. rupanya ada tindakan yang tak tau le drastik ke tak ke sebab bila naik keje aku found out ada certain tempat (pc) yang dah xleh nak bukak FS including pc aku la kan... tu yang aku slow je ngan blog ni. Ni pun aku tumpang tempat member sebba ntah kenapa aku punya pc cam xleh nak sign in blog aku ni. Ampehssss...

2nd, sebab aku naik je keje, ada report yang belum hantar ke Treasury huhu sedangkan dah lepas dateline (huhu lagi). Nak salahkan orang yang tanggung keje aku xleh gak sebab dia pun ada keje dia gak, kan? kan? Lagipun aku senang buat keje sendiri daripada sambung2 keje ni. Ada je yang tak puas hati hehe (bukan tak berterima kasih tau). So.. xberkesempatan sangat le aku nak ber tenet-tenet ni. Hehe.

3rd, sebab mood aku belum sampai pun nak wat2 karangan untuk tatapan umum ni even banyak cerita yang aku nak share. Banyak ke? Banyak la kan... kan...

Eh, 3 je? 3 cukup la eh.. idea tersekat jap dek budak lam perut yang asyik gerak2 je nih. Em.. teringin nak cerita hal Si Kakak yang dah makin membesar tu kan? N bakal adik dia yang cam aktif semacam je lam perut ni kan? (happy).

So, ok jumpa lagi di next entry..

cerita cerita je..

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Lama gile aku xupdate blog ni eh. Raya pun dah nak abesh dah pun. kan? kan?

Nak kata busy, adalah sikit2 betul n banyak2 wat2 busy, kan? kan? Apatah lagi dikala bos Mokhtar tu dah xde nak panggil2 masuk bilik je n bos Tewnam cam baik nak mam xamek kesah langsung ko nak keje ke tanak, nak makan gaji buta ke apa.. nawaitu masing2 bangun pagi2 datang keje la kan? Oops!

Nak cite raya.. raya aku this year kat JB lagi. Bukan laki aku tak berperikemanusiaan terhadap anak isteri dan keluarga mertuanya tau cuma aku yang baik hati dan berbudi pekerti mulia (ecehh) untuk beraya bersama adik beradik iparku yang tahun ni (sob sob) kehilangan both of their parents kan.. kan..

Itulah ceritanya.. mak mertua aku pergi Disember lepas.. tup tup ayah mertua aku ikut sama Ogos lepas.. ala2 dah dekat2 nak posa, nak raya, kan? Tapi nak wat macam mana.. takkan nak tolak takdir Allah kan? Itulah orang cakap Ayah sayang Mak.. tak boleh tinggal lama2.. sayu je, kan? Kesian aku tengok Eri ngan adik2. Tapi seriously diorang mmg tough gile. Masa mak pergi.. nampak juge 4 beradik tu dok sama2 n sedih2.. tapi time ayah aku nampak diorang ok2 je. Bukan la maksudnya diorang tak sayang ayah, tapi maybe diorang dah boleh terima n tahu macammana nak handle situation, kan.

Aku.. ntahlah. aku rasa aku tak rapat sangat ngan both mertua aku. tak sempat nak manje2 sangat pun ngan diorang. Aku juge xde pengalaman nak sedih2 sedara terdekat pergi so aku maybe tak banyak bagi support kat diorang kot. Huhu..

Tapi aku syukur ada Sufiyyah yang aku tengok banyak happykan diorang adik beradik. Sufiyyah pun even baru setahun jumpa Nyaie dia, tapi sampai sekarang dia ingat bila tengok gambar mak mertua aku. Sayu je.. Even masa ayah dah takde, dia ada tanya2 gak. Hope sangat dia tak lupa arwahs n aku as mak akan make sure Sufiyyah tak akan pernah lupa both arwahs.

Semoga roh mak ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan golongan yang beriman.. Aminnn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog