Monday, June 9, 2008

Cite campur-campur

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Tanggal 6 Jun 2008 bersamaan 2 Jamadilakhir 1429H, lahirlah seorang putera somel lomel di Dewan Bedah Hospital Putrajaya. Ekekeke.. of course la bukan baby aku lagi!

Baby Sela ngan Mail (Nuar). Comel sangat, putih, rambut lebat n idaman semua mak bapak.. behave.. Betul. Xdengar lagi bunyai nangis dia even time aku g melawat aritu dia memang tengah nak menyusu. Cup cap cup cap je bunyi dia isap mitten dia. Hadu2 budak bulat ni.. 4 kilo! semangat betul. Aku tumpang hepi untuk Sela even dia nampak struggle sbb baru lepas pembedahan, tapi ramai yang menolong dia. Ye la, orang baik dengan semua orang.. bila susah sikit, ramai la yang menghulur bantuan, kan?

Aku ni xde topik spesific kali ni cuma jari nak mengarang je.

Report aku dah siap tapi.. ah, nantila aku letak post special pasal kerja aku ni. Borink nak cite kat sini..

Pregnancy aku.. ok la. Aku xde rasa nak muntah yang teruk pun cuma banyak angin je lam badan n mulut n tekak aku rasa macam kena sentiasa ada fud yang lalu. Eri soh aku rajin sikit mengunyah kalau macam tu. Huh, cakap senang. Kalau aku ni keje kat kedai makan ke xpe la jugak nak mengunyah je keje. Dah la aku ni malas nak mengunyah.. huhu.. tekak ni rasa payau je.. ntah apa la yang dia nak.

Wiken 2 ari aku lepak je atas tilam kat umah. Almost semua keje including uruskan Sufiyyah Eri yang buat. Kesian juge tengok dia. Tapi aku cam letih sangat je asyik nak baring, tido je. Baring2 depan tv sambil layan Sufiyyah, sedar2 aku dah tertido hehe, boleh tak? Kepala cam penin je bila bngun, rasa berat semacam je.

Semalam anta mak ngan adik balik kat pudu. Lama gile tak jengah pudu. Since kawin, nak balik kampung memang dengan Eri, kan.. manalah aku nak jengah pudu tu. Sama je macam sepuluh tahun dulu.. bau asap.. buat aku lagi penin je. Seb baik mak dapat bas kat platform 1, tepi skali, ada pengudaraan n pencahayaan yang cukup untuk aku n Sufiyyah bernafas. Siap tertido ank aku tu ekeke. Tapi yang tak best, mak dapat bas tambahan. Rm40, ok tiket dr KL ke Sungai Petani, Kedah! Dulu aku naik RM25.. Aritu seingat aku masa tambang bas naik, adalah dalam Rm30. Aku tanya apsal mahal sangat? Macam-macamla alasan mamat tu yang menyampah aku nak dengar. Buang tenaga je aku tanya sebab dah tahu, jawapan memang aku kene dengar gak, kan? Huhu..

Pagi ni Sufiyyah Eri hantar ke rumah kak CT. Ya, kak CT.. dah ada kat rumah dah. Memang le kalau arini dia xde lagi kat umah nak jaga anak aku tu.. Aku tak antar, so xde cerita nak tulis kat sini. Nanti petang aku amek.. adalah cite aku esok hehe.

K la nak buat post pasal keje aku lak. Haduh...
.

Friday, June 6, 2008

Today's News (bukan cite minyak naik)

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Hehe akhirnya aku dah wat buku baru untuk my new coming baby. Rupanya all this while aku dah salah kire umur baby aku tu kikiki (boleh, tak?)

Yelah, manalah aku ada benda alah bulat2 yang diorang kire due date baby semua.. dah besar rupanya dia..


By now baby aku dah 6 weeks lebih. Alhamdulillah... selama 2,3 hari ni aku dh start pening2 tapi boleh tahan lagi rasa nak muntah tu. Cuma aku letih sangat n asyik nak tido je. Dulu time Sufiyyah aku lagi teruk hehe. Nak angkat kepala pun dah tak larat, lembik terus. Kali ni kan aku nak kuat.. tapi macam tak boleh je..


Tadi pagi memang lapar betul tapi tengok fud semua rasa macam xboleh telan je. Geram je tengok Yong ngan Jai makan dengan sedapnye. Aku, seketul kueh pun xabis. Last2, pegi beli roti kat mamak. Beli sekali kacang kude rebus. Kat tempat, keje aku mengunyah kacang kuda tu xberenti2 sampai la satu tahap rasa semacam je kat tekak. Aku dengan maintainnye g toilet. tapi bila dh tengok lubang toilet tu.. semacam je semua kacang kude yang aku kunyak lumat n telah tadi keluar balik! Huhuhuhuhu...


Rasa cam nak balik g kelinik amek MC. Tapi Yong soh aku kuat. Takkan nak cuti tek tiap ari kan? Em...


Sela pulak dah masuk labour room. Air ketuban dia dh pecah. Camne la Sela kan? Semalam pun dah berair mata, takut.. Hope dia ok.. Hope dia dapat survive kat dalam tu... Teringin nak tengok muka baby Sela.


Tak sabar nak balik umah. Jumpa Sufiyyah, penyet dia, tadi tak sempat.. as usual aku lari keluar umah je ekeke. Nak makan nasik lauk gulai ikan temenung ngan bendi yang mak masak. Sedapppnye....


Cepatla pukul 12...
.

Tuesday, June 3, 2008

Her 2nd day

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Hari ni or petang semalam korang mesti tertanya-tanya macammana la Sufiyyah end up kat Nursery tu kan?

Aku lagilah suspen.. Lunch hour sanggup aku balik rumah n nangis kat tepon dengan Eri sedih je teringatkan macamana la nasib anak Sulung aku yang somel lomel tu, kan? kan?

Petang je pukul 5, aku terus g amek dia kat bawah. Dah tak off pc dah! Hehe.. but b4 that aku ada call mak kat Kola Kedah. Even mak tengah sibuk urusan pindah rumah, tapi bila aku cerita nasib Sufiyyah tu, terus je mak aku nak datang tolong jaga cucu mak yang sorang tu. Tapi mak tak dapat datang immediately la, esok baru boleh datang. Lega aku.

Ok, sambung bab Sufiyyah. Aku sampai je, aku nampak cikgu dia dah tunggu kat depan pintu. Aku dengar cikgu dia panggil dia, "Sufiyyah, mama dah datang.." Aku jenguk sikit nak tengok mana anak aku tu. Nampak je aku, berlari laju gile dia datang kat aku. Muka dia? Ceria gile.. Epi je aku tengok muka dia. Macam muka time aku amek kat rumah Kak CT. Means, dia ok la kan?

Dia minta aku angkat, tapi aku cakap xnak. Aku ajak dia masuk dalam balik coz nak amek barang2 dia n nak juge tengok2 lagi sekali kat dalam tu. Semua budak2 n baby dah mandi.. Dah comel2 la. Masing-masing tengah main2 n hepi. Sufiyyah terus tunjukkan aku macam-macam mainan yang dia main. Memang dia hepi.

Aku tanya, dia ada nangis lagi tak? Diorang cakap, nanis yang terus tu xde la cuma sekali sekala dia macam tanya2 "Mama mana?.. Sufiyyah nak mama..". Halla... sayu ati aku dengar. Ada gak cikgu dia kata, bila diorg nyanyi lagu 'ABC', dia pandai sambung. Diorg tanya ada ajar kat rumah ke? Aku cakap ada la nyanyi2 sikit. Hehe.. aku memang suke nyanyi2 lam kete kat Sufiyyah n dia pun akan nyanyi sama sambil ajak ayah n semua yang ada kat lam kete nyanyi sama-sama.

So.. Sufiyyah cam ok je.. Hope harini pun ok..

Tadi hantar dia, Eri pun ikut hantar gak. Dah sampai dalam tu, ada budak yang nangis, jadi dia terjaga. Aku dah risau. Tapi dia cam ok, melepek kat aku n bila cikgu2 dia approach, dia senyum malu2.

Pujuk2, ajak tengok bob builder kat tv (walaupun xde), xjalan. Dia senyum tapi geleng2 kepala. Pujuk lagi ajak tengok big bus, baru dia nak kat cikgu tu. Dah bawa dia pergi, tengok budak2 lain, aku slowly keluar. Sedih juga xdapat kiss n penyet dia macam selalu tapi ok la.. better daripada dia meraung kan? Aku gak xdpt wat keje.

So, sekarang dah lega sikit. Nak siapkan report semalam.. nanti lunch hour aku nak g melawat dia.

Emm already miss her huhu.
.

Monday, June 2, 2008

Caca Marba

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Hmm pening aku sepagi ni. Last wiken, Kak CT (baby-sitter Sufiyyah) balik kampung kan. Pagi ni as usual Eri kuar nak hantar Sufiyyah g umah Umi dia. Eri kuar awal coz dia ada meeting n kena g Parlimen pulak.

Tengah aku siap-siap, bunyi enjin kete Eri kat luar umah. Eh? Tadi macam nak cepat sangat? Eri buka pintu, keluar Sufiyyah sambil senyum kat aku. Hah, sudah! Eri kata Kak CT cuti sampai nxt wik! Gila.. pening aku. Eri pas je Sufiyyah kat aku, dia say sori, terus gerak keluar balik. Huhu...

Aku dah la start busy this wik. Report kalau boleh nak kena siap by today. Macammana? Takkan nak cuti seminggu? mampus tak dapat. Takkan nak bawa Sufiyyah bertenggek kat sebelah aku ni? bertuah aku dapat wat keje ngan tenang.

Otak geliga aku ni teringat nursery kat ofis aku ada buka hari ni. Baru buka harini, sebenarnya. Selama bertahun dh planning, hari ni baru rasmi bukak nursery kat ofis aku ni. Tapi dalam hati, aku bersyukur gak la kan sebab aka alternatif lain untuk letak Sufiyyah. Soalnya sekarang, nak tak dia?

Hehe.. kalau tanya, memang jawapan dia tak nak je. Sedangkan hantar rumah Umi dia pun susah, ini kan tempat tak biasa. Tapi nak buat macammana kan? Aku takde choice. Memang terpaksa juga paksa dia. Aku nak hantar seminggu je (dalam erti kata lain, 5 hari je)

Mula-mula masuk ofis tu, dia behave. Tapi memang melekat je la ngan aku tambah bila cikgu-cikgu kat situ nak cuit-cuit. Aku memang dah sebak pun ekeke tapi, ku tahan-tahan, jebat! ececeh. Dah isi borang semua, aku bawa dia masuk tengok2 dalam. Nampak mainan je muka dia dah ceria. Tapi tak berani pegang, cuma minta izin aku je. Aku bagi green light, baru berani nak pegang ball. Dia main sikit-sikit, aku terus bawa dia ke bilik yang aku tengok banyak budak sebaya dia n ada yang meraung-raung pun ada. Kesian. Aku makin sebak. Tak dapat bayangkan Sufiyyah nanti bila aku tinggalkan dia kat situ.

Aku letak barang dia, suruh dia baring. Dia pelik agaknya tengok ramai budak. Kejap baring, kejap bangun balik. Tapi aku perasan dia tak lepas pandang aku. hehe perasan aku nak tinggalkan dia la tu. Bila ada cikgu yang datang dekat, cepat je dia bangun duduk kat aku. Aduhai.. macammana ni?

Lama jugak la aku kat situ, dia xnak tido-tido. Aku bawa dia keluar. Bagi dia main. Dia cam hepi sikit kat luar tu agaknya sebab banyak mainan n tak bising ngan budak-budak lain kot. "Sufiyyah nak panjat?: Dia tanya aku. Aku cakap boleh n dia hepi lari-lari kat situ. Bila ada cikgu datang join dia n dia ok je, aku slowly blah. Dia tak perasan..

Aku lega sikit tapi seriously aku sedih.. nak nangis je rasa. Aku naik atas nak amek kunci kete sebab nak balik ambil susu n toilettaries dia kat umah, aku tak bawa tadi. Kawan-kawan ofis tanya Sufiyyah ok tak.. huhu serious aku xleh cakap dengan diorang. Sebak!

Sampai nursery tu balik, aku xnampak orang kat depan pun so aku decide masuk je. Time tu aku dah tak dengar suara budak nangis. Agaknya masing-masing dah ok kot? Tetiba je Sufiyyah muncul dengan sorang cikgu pimpin tangan dia. Dari jauh aku dengar dia cam nak nangis balik cakap "Sufiyyah nak mama.." Alamak! ni teruk ni. Aku xdapat nak lari dah, dia dah lari terus kat aku dah!

Terpaksa la aku masuk pujuk2 dia sambil aku tagging-tagging barang-barang dia takut tertukar dengan budak lain, kan. Kali ni lagi parah la nak pujuk dia sebab tadi dia dah tahu kena tinggal. Melekat je la dia dengan aku. Aku try lari-lari tapi tak berjaya. Puas dipujuk-pujuk, tak jalan juge. Aku lari sikit je dia dah nangis bukan main. Haduh! Cikgu kat situ pun dah pening, aku rasa.

Then, ada peluang je aku lari keluar. Tutup pintu. Apalagi.. meraung bukan main la dia. Sedihnya aku dengar.. Aku tak terus keluar, tak sampai hati aku. Aku dengar nangis dia bukan main! Aku tunggu je kat luar. Tak reda-reda nangis dia sampai la kat 15 minit! Memang kesian.

Last-last, aku jenguk sikit kat celah pintu. Aku nampak cikgu tu tengah bukak baju n seluar dia. Rupanya dia dah muntah! Hala... dengar gak cikgu tu marah dia. "Haa, ni siapa nak cuci ni?" sambil tunjuk-tunjuk kat tempat dia muntah. Sufiyyah sambil sedu-sedan jawab slow "Sufiyyah muntah".. Halaa.. memang tak sampai hati aku dengar suara innoncent tu. Mana la dia tahu, kan? Pas tu aku dengar dia minta bantal dia. Cikgu tu marah lagi cakap bantal dia dah kotor kena muntah. Merauing lagi kuat la dia.

Tak boleh jadi aku dengar cikgu tu marah-marah dia, aku buat muka selamba, buka je terus pintu. Meluru dia datang kat aku sambil sedu-sedan.. Aku pujuk2 dia sambil marah sikit-sikit... aku ambil towel dia, syampers baru n bedak, aku bawa dia pergi mandi. Dah mandi, aku pujuk2 dia lagi. Geram pun ada juga tapi nak buat macammana kan. Bukannya dia faham pun. Dah tukar baju baru, wangi2 sikit, aku bawa dia baring. bagi mantal sapa ntah yang ada kat situ hehe, sambil pujuk2 dia.. Mula2 dia baring ok, tapi agaknya dah memang bukan tempat biasa dia, kan.. tak boleh la nak tido.

Then, aku ajak dia main kat luar. ramai budak-budak lain pun tengah main kat luar. Slowly ada cikgu lain (yang nice sikit la) approach dia. Aku tengok cam ok je.. aku blah slowly.. Aku tengok dia asyik ngan mainan tu semua.. Aku keluar.

Huhu sedih tau. Tak tahu la macammana perasaan mak ayah lain, tapi aku ni sensitif sangat pasal anak aku.. Ikut hati memang nak je aku jaga dia sendiri tapi aku kena kerja. Bukanlah gaji Eri sorang tak cukup nak tampung kitorang tapi aku sendiri rasa aku perlu kerja untuk masa depan aku n Sufiyyah juge. Ada gaji, leh la sopping2 hepi2.. n at least aku ada simpanan sendiri kan?

Hmm aku hope sangat dia ok kat bawah tu. Tengahari aku xnak g melawat dia la sebab takut nnati kesian kat dia je. Aku turun, dia yang sedih2 kan.. biarla dia main2 n letih, tido.. lapar, makan.. nanti petang aku amek dia awal. Aku bawa dia g swimming kat Presint 9 tu.. huhu Mama miss Sufiyyah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog