Monday, December 15, 2008

Huhu... xsihat...

ng0meL by ummi
Nak cite pasal bulan Dis ni.. supposed to be bulan yang agak hepi la bagi aku, kan sebab bulan ni aku dilahirkan! Ececeh... banyak aktiviti sangat yang xterlayan pun ada dek kerana kesihatan ku..

1stly aku memang proud dilahirkan as a Saggi ni. Cam happening je (ke.. pening? kua kua kua).

Tapi bulan ni cam xsihat je. Agaknya sebab dah sarat sama kot dengan baby lam perut yang aktifff sangat xtau nak cakap nih.. rupanya g scan aritu dah confirm baby boy! Patut laaaa hehe.

Hmm ujung last month adik iparku si Hadi tu bertunang. Dengan orang Lenga, Muar. Aku ni as kakak ipar yang sulung (the one n only sebetulnya kikiki) harusla ikut, kan? kan? Apatah lagi Eri tu anak sulung, sekarang dia la ayah n mak pada adik2, kan.. n aku perlu juga sporting untuk jd supporter my hubby tu, kan..

Settle urusan bertunangan (alhamdulillah) on the 29th November, ari Ahadnya kenduri kawen sepupu Eri kat Pontian pulak. Memang berjalan sakan le aku even penat dengan karenah si kakak tu. Nasib baik dia dah besar n dah mula nak kat orang even as usual nak kena pujuk2 dulu, kan.. so xdelah aku ni nak kena dukung je dia selalu kecuali time dia dh letih nak merengek2, huhu.. dengan sapa2 pun dah xnak dah. Ayah dia, paham2 je la.. nak kena tolong itu, tolong ini sebab dulu time kitorang kawen, memang cousin dia yang ni antara yang paling banyak tolong pun. Ni kira kes balas membalas jasa la ni, kan. Tambah lak next year Hadi nak kawen, jadi Eri kena banyak kenal2 uncle2 orang tua2 kat kampung senang nak minta tolong apa2 memandangkan ayah dah xde. Huhu..

Petang tu, kitorang tunggu sampai selesai majlis, baru gerak balik JB. Mula nak gerak balik Putrajaya lepas maghrib, tapi biasala.. itu ini.. melalut sampai pukul 10 malam baru gerak. Huh.. perjalanan kali ni memang aku terasa sangat dengan baby kat dalam perut ni ntah apa dia nak, xselesa agaknya plus letih seharian xberehat pun, mulala nak meragam. Eri sampai ingat aku dah nak besalin dah time tu! hehe, kelakar pun ada. Mana mungkin aku akan bersalin dalam kete tengah2 malam cam tu.. hish, simpang malaikat 44 ler. lagipun time tu baru2 nak masuk 8 bulan budak lam perut aku nih. Xkuase....

Besoknye sampai umah lam pukul 2 pagi. Huhuhu.. capekkkk... aku xpeduli apa dah time tu, Sufiyyah pun nyenyak tido.. aku belasah tido je. Esoknya nak keje, xkuase aku nak kemas itu ini... seb baik ada suami yang memahami.. oops! hehe...

For 4 hari lepas tu aku hepi je datang keje sebab xpk apa2 pun pasal keje. Aku join kursus bahasa Inggeris 4 hari kat opis ni je, tapi enjoy n berbaloi gak. Khamis, g check-up baby...

Then, bermula journey aku balik Kedah pulak hari Jumaat malam tu. Disamping nak sambut raya haji (berayakan kami?) ekekke... xde sambut raya pun, cuma pagi2 bangun awal, mandi awal, niat mandi raya, iron baju melayu Eri nak g semayang, tunggu Eri balik semayang, makan ketupat Palas, makan mee kuah.. siap2 balik Putrajaya pulak. Penat..

Tapi balik kedah kali ni hepi campur2 la. Hepi sebab of course la sebab balik kampung aku, kan.. jumpa mak ayah n paling best dapat berkumpul semua adik beradikku dari yang Sulung sampai yang bongsu, semua ada kat rumah kali ni. Hepi2 juga aku ngan adik2 n mak juga bertungkus lumus wat persiapan barang-barang hantaran untuk abang Din nak kawen tengah bulan nih! Buat ala-ala kadar je janji ada, kan? Tu la main point kitorang balik Kedah Raya Haji tahun ni. tapi yang sedihnya aku berjaya siapkan sampai separuh jalan je.

Malam Ahad tu aku collapse! Ntah kenapa kaki cam kejang semacam je n badan pun cam sakit2. Selera makan memang xde langsung! Rasa cam seram sejuk nak demam pun ada. jadinya, aku terbaring je kat tengah rumah tu tengok je adik2 n mak siapkan barang hantaran abang Din. nasib baik dah nak settle, tinggal 2 bekas je lagi.. Esoknya, Eri bawa aku g kelinik. memang aku lembik habis. Mau taknya, anak dalam perut ni bukan main aktif, yang aku pulak langsung xde selera nak makan! dah alang2 g kelinik tu, aku minta doktor tu scan baby sekali. Risau jugak, aku kat luar ni nampak juga lemah longlai ke apa, tapi si kecik dalam perut mana kita tahu, kan..

Alhamdulillah.. baby memang sihat je n aktif. N yang paling wat aku hepi.. doktor sahkan yang baby aku ni baby Boy! Hepi sangat!... sangat2 hepi.. aku kalau boleh memang nak sepasang, kan. Siap dah ajar Sufiyyah panggil baby lam perut ni 'adik baby boy!'.. Syukur sangat Allah makbulkan doa aku. Harapan adik baby ni pun sihat, aktif n bijak cam kakak dia. Amin... Cuma kata doktor aku xleh gerak aktif sangat. Kedudukan baby dah ok n sekarang pun dah masuk usia 33 mingu kandungan aku. kata doktor lagi, 1st deliver aku dulu senang sangat. takut kali ni kalau aku aktif sangat, dengan kedudukan baby dah dah ready.. takut anytime je dia boleh keluar! Alamak! takut juga aku dengan Eri. Apa2 pun kami harap n berdoa agar semua selamat...

Balik dari Kedah hari Isnin, aku dapat MC hari Selasa. yahooooo... aku pun memang xlarat sangat nak g keje ari Selasa tu. Rabu, aku gagah juge g opis even lambat n letih. Kat opis pun aku tido je.. maybe penangan ubat batuk n selsema yang aku makan, kot. tengahari aku balik umah, tido sampai pukul 3 petang!.. Kebetulan kat rumah ada Ika, adik iparku yang bongsu. Ada jugela peneman kat rumah tu.

Ika datang sebab nak join kitorang g Family Day ofis Eri yang wat kat langkawi. tapi nampak gayanya Ika kena g dengan Ida jelah sebab aku still xsihat sampai harini. Frust juge xdapat g jejalan apatah lagi fully sponsor by EPU, kan.. bukan senang nak dapat peluang ni. tapi nak wat macam mana. Kang tak pasal2 aku terberanak kat dalam bas tengah malam buta tu ke.. lagi haru biru! yang kesian, si Sufiyyah la.. teringin sangat nak naik bas. heheh.. bukan teringin nak g Langkawi, tapi nak naik bas! Budak2.. apala dia kesah sangat g jalan kat Langkawi ke mana ke.. kan?

So... dua hari lagi Anniversary aku ngan Eri yang ke 3! Tak tau nak celebrate cam ne. Otak aku cam xleh nak berfungsi je ni.. Ahad ni pulak birthday aku yang ke-28th! Huh! dah tua dah aku... Krismas ni pulak kitorang nak balik Kedah lagi sebab kenduri abang Din sebelah kami pulak on the 27th.. semalam baru lepas kenduri sebelah pompuan n abang Din dah selamat pun jadi laki orang hehe.. Moga2 cepat dapat baby..

Then, bermula la suspen penantian aku nak sambut orang baru dalam family kecik aku ni... Doakan aku selamat bersalin dan lahirkan anak yang sihat, comel, bijak n yang paling penting.. soleh... Aminnnn

2 lagi tambah ng0meL:

Imah Ishak on December 16, 2008 said...

Selamat bersalin Ummi...suspen aku bab2 ni:)

Me, The sOmeL LomEL on December 17, 2008 said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog