Wednesday, November 12, 2008

My Coming Baby

ng0meL by ummi
Haha.. tajuk cam skema. Cam tajuk karangan sekolah2 dulu jek. What ever..

My coming baby ni of courselah baby ku yang tengah gerak aktif dalam tummy ku sekarang ni, kan. Apa nak cerita pasal dia eh?

Macam tak adil je kan nak cite yang dah wujud depan mata je sedangkan xtually dia pun dah wujud dalam tummy ni, cuma zahir dia je yang kita tak nampak.

Semalam aku tanya eri, dapat rasa tak apa yang aku tengah rasa bila time baby tengah bergerak-gerak dalam tummy? Dia jawab dia tak dapat rasa tapi faham jugak la perasaan aku.

Memang ada beza sebenarnya antara aku mengandungkan Sufiyyah dulu dengan baby ni. Even cara pergerakan diorang pun lain. Yang ni bergerak sangat aktif and taktentu masa. Paling aktif time aku penat.. (ke aku penat sebab dia tengah aktif, eh?) hehe.. tak perasan pulak aku yang mana satu. Tapi macam tu la..

Ake teringin nak scan baby ni sebab tummy aku kali ni kecik je. Tak macam masa Sufiyyah dulu. berat aku ketara naik. Semua orang pun boleh perasan sebab aku originally kurus, kan.. so once naik tu, memang ketara la. Aku pun perasan time tu aku sangat berselera nak makan apa saja.

Tapi kali ni berat aku naik ciput je. Risau juga la kan. Ya lah, baby lam perut, tak nampak apa jadi kat dia kat dalam. Last week check up pun nurse tu cakap baby aku ni kecik. Hope kecik tapi sihat la. Nak sangat dia macam kakak dia. Even lahir tak sampai 3 kilo, tapi dah besar ni, Alhamdulillah.. jarang sakit n fizikal pun nampak sihat je.

Tapi dulu even aku besar n berat, tapi xle letih2 sangat macam sekarang. nak bawa perut pun cam relax je sampai ke hari bak bersalinkan dia. Sekarang ni, jalan sikit dah rasa penat. Tapi sebab perut kecik, macam kelakar pulak kalau penat tu yang lebih, kan. maybe juga sebab aku kurang energy, kurang zat kot? Selera makan pun bukannya semangat sangat.. makan takat ada je. Teringin nak itu ini apatah lagi.. memang xde. Hope anak aku nanti tak demand la eh, hehe. Biar bersederhana n terima seadanya je, kan? Aminnn..

Cuma yang aku perasan and hepi jugakla bila tiap kali Sufiyyah dok lepak kat tummy ni, adik baby memang akan react bukan main. Cam tolak2 kakak dia pun ada, hehe. Comel... Semalam, saja aku gurau dengan Sufiyyah sampai dia nak nangis, baby ni pula macam protect kakak dia pulak. Uh.. how to xplain eh? tapi aku perasan macam tu la.. n perasaan tu memang very wonderful.. the connection between baby n kakak dia.. hope diorang maintain close n care macam tu sampai besar nanti.

Terus terang la aku tak sabar nak lahirkan baby ni. Nak bagi Sufiyyah kawan.. tiap hari dia nak tengok tummy mama. Tiap hari dia minta nak kiss adikbaby. Bila tengok gambar baby (even gambar dia sendiri masa baby), dia sebok cakap nak angkat baby.. hehe sama2 kita tengok nanti bila dah keluar adik baby ni, macam mana reaction dia. Nak jeles ke.. nak care ke.. nak buli ke.. oops! hope jangan la eh.

Hmm.. panjang betul cite kali ni. Boring sebenarnya. Bukan boring xde kerja tapi boring dengan kerja. Semua nak cepat, semua nak kejar dateline. Tapi semua bagi last minute.. boring, kan? nak wat macammana, kita kuli.. buat je la, kan..

.

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog