Monday, November 17, 2008

missed my handphone

ng0meL by ummi
Huhu.. enpon ku telah dipinjamkan kepada suamiku.. yela, yelah, enpon tu dia yg belikan, kan..kan.. seharusnya kalau dia need, dia lg berhak, kan.. kan..

Mana pergi enpon dia? haa.. enpon dia tengah dikeringkan dek kerana ari sabtu aritu dia terbawa masuk dalam swimming pool. Direndamnya enpon tu bersama kunci kete, kunci umah n wallet dia yg dok dalam poket seluar.

Semua sbb Sufiyyah taknak mandi sendiri lam pool tu. Terpaksa ayah dia terjun sama masuk dalam tu nak bagi dia mandi jugak2. Kang dah balik rumah, merengek nak swimming pulak.
Dah mandi kat kolam presint 9 tu, segan lak nak bukak2 baju n seluar sbb mak bapak budak lain cam xde yang bukak2 pun (swimming pool public, tepi jalan lagi, ekeke). Lagipun aku sendiri xijinkan suamiku menayang perut bulatnya di khalayak ramai! oops!

Selalu kitorang g swimming pool kat PICC tu, xtahu pula ada pertandingan swimming. Dah xleh masuk.. Sufiyyah ngan ayah dia tu dah le semangat nak mandi.. abeh terbantut ler masing2.
Nak xnak plus malas nak layan dua orang tu merengek nak swimming jugak2, aku ni ajak le try tempat lain area Putrajaya nih walaupun tak sama. Janji leh mandi, kan?

Abeh, g la kat presint 9 tu lagipun dekat ngan umah dah. Weather pun cam redup2 nak ujan je time tu, malas nak g jauh2.
Dah xsabar2 si Sufiyyah tu sebab dia yang paling semangat dari rumah dah siap pakai swimming suit dia. Tambah lak tengok bebudak lain yang memang hepi gile main2 air, berenang2 kat situ. Tapi yang problem nya, dia xnak mandi sorang2.. nak juga ayah dia temankan.. haa tu la yang jadi ayah pun belasah masuk sekali lam kolam. Terlupa semua barang dalam poket seluar.. Abehhs..

Itulah ceritaku yang hari ni terpaksa bawa enpon lama (enpon hantaran tunang tahun 2005 dulu). Ok la.. xbaik pulak kutuk2 enpon ni kan? Enpon ada sentimental value, arwah mak mertua pernah pakai dulu n sekarang adik iparku pakai. Lagipun condition still elok, xde cacat cela pun, apalah salah aku pakai kan? kan?

Cuma yang xbest.. xde camera, xde gambar aku ngan Sufiyyah kat screen, n lagi xbest.. xde memory card! Huhu.. yang mana semua phone no aku dok lam memory card tu! ampehs...
Tahu apa yang paling ampehs? Semalam.. si Sufiyyah tu siap wat enpon ni cam remote control! Siap cakap ni remote n g hala2 kat tv nak tukar channel! Memang la, kan? kan?

Hope malam ni eri ajak g mines, g tengok enpon dia ok ke x so dat aku leh dapat enponku baliks.. uhiks.. uhiks..

.

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog