Friday, October 24, 2008

She is going to be The Kakak soon

ng0meL by ummi
Farah Sufiyyah. My daughter yang somel lomel lagi semakin banyak akai dan pandai belakon tu akan menjadi kakak soon. Haha..

Apsal aku gelak, kan?

Sebab sekarang ni (sejak aku dah makin sehat daripada sickness yang 3 bulan tu) dia tersangat la suka buat perangai manje2-an yang kadang2 wat kitorang geram hangin pun ada.

Pas ni.. tahulah dia nak manje2 cam ne bila dh ada adik baby kan? kan?

Tapi aku happy dengan progress dia. Dia dah makin boleh disuruh-suruh buat keje sikit. Dah boleh disuruh berkemas, rajin lak tolong aku sidai kain, lipat kain.. ok lah, not bad for toddler 2 tahun sebulan cam dia kan? Girl lak tu.. sejuk perut aku ngandung dia dulu.

N makin banyak mulut gak dia tu. Bukan main lagi bertanya itu ini, bercakap cam lagi pandai daripada orang lain, menegur kita tak pakai seat belt, menegur bila kereta lain cam bawa laju, terjerit-jerit suruh erl yang laju bukan main tu tunggu dia nak naik sama (macam boleh, kan).. macam2 lagi la yang kadang2 nak tergelak pun ada.

Itu belum masuk dah pandai take care bear-bear, Bob Builder dan Elmo yang dia soh tido (dodoikan), makan sama (siap suapkan), ajak mandi sesama (nak siramkan), tolong pakaikan diorang tu syampers dia.. pendek kata cam mama dia nanti dah xpayah risau sapa nak jaga adik baby nanti la, kan? kan?

My mere bette tu sekarang dah pandai nyanyi lagu Bob Builder (her favourite), lagu Twinkle2 Little Star (yang kadang2 dia tukar jd little mama, litlle ayah, little cik-cik dia, termasuk litlle kawan2 mama n ayah dia.. semua2 la dia nak masuk dalam lagu dia tu), lagu barney (i love uuuuuu, you love meeeee...) termasuk la lagu Tiga Kupang. ha... jangan tak tau anak aku tu pandai nyanyi sampai abesh tau lagu panjang berjela tu..

Selain tu (cewah...) Sufiyyah tu minat channel Oasis lepas maghrib. Ha.. mesti ramai tak perasan kan ada apa la hiburan kat channel tu kan? kan? Anak solehah cek tu minat dengar azan (dari dalam perut, tau), minat dengar bacaan ayat2 Quran, minat zikir2.. (subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaa ha illallah tu dia dh boleh hafal tau!).. memang seronok tengok dia minat semua2 tu. N some more, dah pandai bagi salam n jawab salam (without pelat) n dah pandai baca doa makan sendiri..

Alhamdulillah... tu semua kena latih dari awal sebenarnya n kita pun kena la korban jangan tengok CSI sangat, kan? kan? eheheheh..

Kadang2 sambil manje2 ngan mama dia yang dah boyot ni, dia akan hug adik baby.. sayang adik baby.. penyet adik baby.. (hehe.. yang sebenarnya perut n pusat gue). Katanya adik baby pun ada lam tummy dia tapi lom leh kuar sebab xde pintu. Huhu... comel... (oops! puji anak sendiri is perkara biasa, ok)

Huh, nak diceritakan hal kakak yang sorang tu memang le xabeh2. tapi aku pun dah xlarat ni sebab si kecik lam perut makin kuat tolak2 agaknya aku menaip cam penyet dia sikit, kan? Sorry...

Apa2 pun aku proud ngan anak aku yang sorang tu n hope sangat adik dia pun cam dia gak. happy.. happy... n tak sabar nak tunggu end of januari next year...

N also.. aku tumpang happy juge wat kawan2 yang sama2 tengah pegnen n tunggu kelahiran orang ketiga, or keempat dalam family. sama2 le kita meramaikan umat Muhammad, ye. N untuk kawan2 yang masih lom dapat rezeki.. aku doakan masing2 akan cepat2 dapat zuriat n leh kongsi2 cite n pengalaman paling bermakna n berharga dalam hidup kita xpecially as perempuan... Amin...

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog