Tuesday, June 3, 2008

Her 2nd day

ng0meL by ummi
Hari ni or petang semalam korang mesti tertanya-tanya macammana la Sufiyyah end up kat Nursery tu kan?

Aku lagilah suspen.. Lunch hour sanggup aku balik rumah n nangis kat tepon dengan Eri sedih je teringatkan macamana la nasib anak Sulung aku yang somel lomel tu, kan? kan?

Petang je pukul 5, aku terus g amek dia kat bawah. Dah tak off pc dah! Hehe.. but b4 that aku ada call mak kat Kola Kedah. Even mak tengah sibuk urusan pindah rumah, tapi bila aku cerita nasib Sufiyyah tu, terus je mak aku nak datang tolong jaga cucu mak yang sorang tu. Tapi mak tak dapat datang immediately la, esok baru boleh datang. Lega aku.

Ok, sambung bab Sufiyyah. Aku sampai je, aku nampak cikgu dia dah tunggu kat depan pintu. Aku dengar cikgu dia panggil dia, "Sufiyyah, mama dah datang.." Aku jenguk sikit nak tengok mana anak aku tu. Nampak je aku, berlari laju gile dia datang kat aku. Muka dia? Ceria gile.. Epi je aku tengok muka dia. Macam muka time aku amek kat rumah Kak CT. Means, dia ok la kan?

Dia minta aku angkat, tapi aku cakap xnak. Aku ajak dia masuk dalam balik coz nak amek barang2 dia n nak juge tengok2 lagi sekali kat dalam tu. Semua budak2 n baby dah mandi.. Dah comel2 la. Masing-masing tengah main2 n hepi. Sufiyyah terus tunjukkan aku macam-macam mainan yang dia main. Memang dia hepi.

Aku tanya, dia ada nangis lagi tak? Diorang cakap, nanis yang terus tu xde la cuma sekali sekala dia macam tanya2 "Mama mana?.. Sufiyyah nak mama..". Halla... sayu ati aku dengar. Ada gak cikgu dia kata, bila diorg nyanyi lagu 'ABC', dia pandai sambung. Diorg tanya ada ajar kat rumah ke? Aku cakap ada la nyanyi2 sikit. Hehe.. aku memang suke nyanyi2 lam kete kat Sufiyyah n dia pun akan nyanyi sama sambil ajak ayah n semua yang ada kat lam kete nyanyi sama-sama.

So.. Sufiyyah cam ok je.. Hope harini pun ok..

Tadi hantar dia, Eri pun ikut hantar gak. Dah sampai dalam tu, ada budak yang nangis, jadi dia terjaga. Aku dah risau. Tapi dia cam ok, melepek kat aku n bila cikgu2 dia approach, dia senyum malu2.

Pujuk2, ajak tengok bob builder kat tv (walaupun xde), xjalan. Dia senyum tapi geleng2 kepala. Pujuk lagi ajak tengok big bus, baru dia nak kat cikgu tu. Dah bawa dia pergi, tengok budak2 lain, aku slowly keluar. Sedih juga xdapat kiss n penyet dia macam selalu tapi ok la.. better daripada dia meraung kan? Aku gak xdpt wat keje.

So, sekarang dah lega sikit. Nak siapkan report semalam.. nanti lunch hour aku nak g melawat dia.

Emm already miss her huhu.
.

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog