Monday, June 2, 2008

Caca Marba

ng0meL by ummi
Hmm pening aku sepagi ni. Last wiken, Kak CT (baby-sitter Sufiyyah) balik kampung kan. Pagi ni as usual Eri kuar nak hantar Sufiyyah g umah Umi dia. Eri kuar awal coz dia ada meeting n kena g Parlimen pulak.

Tengah aku siap-siap, bunyi enjin kete Eri kat luar umah. Eh? Tadi macam nak cepat sangat? Eri buka pintu, keluar Sufiyyah sambil senyum kat aku. Hah, sudah! Eri kata Kak CT cuti sampai nxt wik! Gila.. pening aku. Eri pas je Sufiyyah kat aku, dia say sori, terus gerak keluar balik. Huhu...

Aku dah la start busy this wik. Report kalau boleh nak kena siap by today. Macammana? Takkan nak cuti seminggu? mampus tak dapat. Takkan nak bawa Sufiyyah bertenggek kat sebelah aku ni? bertuah aku dapat wat keje ngan tenang.

Otak geliga aku ni teringat nursery kat ofis aku ada buka hari ni. Baru buka harini, sebenarnya. Selama bertahun dh planning, hari ni baru rasmi bukak nursery kat ofis aku ni. Tapi dalam hati, aku bersyukur gak la kan sebab aka alternatif lain untuk letak Sufiyyah. Soalnya sekarang, nak tak dia?

Hehe.. kalau tanya, memang jawapan dia tak nak je. Sedangkan hantar rumah Umi dia pun susah, ini kan tempat tak biasa. Tapi nak buat macammana kan? Aku takde choice. Memang terpaksa juga paksa dia. Aku nak hantar seminggu je (dalam erti kata lain, 5 hari je)

Mula-mula masuk ofis tu, dia behave. Tapi memang melekat je la ngan aku tambah bila cikgu-cikgu kat situ nak cuit-cuit. Aku memang dah sebak pun ekeke tapi, ku tahan-tahan, jebat! ececeh. Dah isi borang semua, aku bawa dia masuk tengok2 dalam. Nampak mainan je muka dia dah ceria. Tapi tak berani pegang, cuma minta izin aku je. Aku bagi green light, baru berani nak pegang ball. Dia main sikit-sikit, aku terus bawa dia ke bilik yang aku tengok banyak budak sebaya dia n ada yang meraung-raung pun ada. Kesian. Aku makin sebak. Tak dapat bayangkan Sufiyyah nanti bila aku tinggalkan dia kat situ.

Aku letak barang dia, suruh dia baring. Dia pelik agaknya tengok ramai budak. Kejap baring, kejap bangun balik. Tapi aku perasan dia tak lepas pandang aku. hehe perasan aku nak tinggalkan dia la tu. Bila ada cikgu yang datang dekat, cepat je dia bangun duduk kat aku. Aduhai.. macammana ni?

Lama jugak la aku kat situ, dia xnak tido-tido. Aku bawa dia keluar. Bagi dia main. Dia cam hepi sikit kat luar tu agaknya sebab banyak mainan n tak bising ngan budak-budak lain kot. "Sufiyyah nak panjat?: Dia tanya aku. Aku cakap boleh n dia hepi lari-lari kat situ. Bila ada cikgu datang join dia n dia ok je, aku slowly blah. Dia tak perasan..

Aku lega sikit tapi seriously aku sedih.. nak nangis je rasa. Aku naik atas nak amek kunci kete sebab nak balik ambil susu n toilettaries dia kat umah, aku tak bawa tadi. Kawan-kawan ofis tanya Sufiyyah ok tak.. huhu serious aku xleh cakap dengan diorang. Sebak!

Sampai nursery tu balik, aku xnampak orang kat depan pun so aku decide masuk je. Time tu aku dah tak dengar suara budak nangis. Agaknya masing-masing dah ok kot? Tetiba je Sufiyyah muncul dengan sorang cikgu pimpin tangan dia. Dari jauh aku dengar dia cam nak nangis balik cakap "Sufiyyah nak mama.." Alamak! ni teruk ni. Aku xdapat nak lari dah, dia dah lari terus kat aku dah!

Terpaksa la aku masuk pujuk2 dia sambil aku tagging-tagging barang-barang dia takut tertukar dengan budak lain, kan. Kali ni lagi parah la nak pujuk dia sebab tadi dia dah tahu kena tinggal. Melekat je la dia dengan aku. Aku try lari-lari tapi tak berjaya. Puas dipujuk-pujuk, tak jalan juge. Aku lari sikit je dia dah nangis bukan main. Haduh! Cikgu kat situ pun dah pening, aku rasa.

Then, ada peluang je aku lari keluar. Tutup pintu. Apalagi.. meraung bukan main la dia. Sedihnya aku dengar.. Aku tak terus keluar, tak sampai hati aku. Aku dengar nangis dia bukan main! Aku tunggu je kat luar. Tak reda-reda nangis dia sampai la kat 15 minit! Memang kesian.

Last-last, aku jenguk sikit kat celah pintu. Aku nampak cikgu tu tengah bukak baju n seluar dia. Rupanya dia dah muntah! Hala... dengar gak cikgu tu marah dia. "Haa, ni siapa nak cuci ni?" sambil tunjuk-tunjuk kat tempat dia muntah. Sufiyyah sambil sedu-sedan jawab slow "Sufiyyah muntah".. Halaa.. memang tak sampai hati aku dengar suara innoncent tu. Mana la dia tahu, kan? Pas tu aku dengar dia minta bantal dia. Cikgu tu marah lagi cakap bantal dia dah kotor kena muntah. Merauing lagi kuat la dia.

Tak boleh jadi aku dengar cikgu tu marah-marah dia, aku buat muka selamba, buka je terus pintu. Meluru dia datang kat aku sambil sedu-sedan.. Aku pujuk2 dia sambil marah sikit-sikit... aku ambil towel dia, syampers baru n bedak, aku bawa dia pergi mandi. Dah mandi, aku pujuk2 dia lagi. Geram pun ada juga tapi nak buat macammana kan. Bukannya dia faham pun. Dah tukar baju baru, wangi2 sikit, aku bawa dia baring. bagi mantal sapa ntah yang ada kat situ hehe, sambil pujuk2 dia.. Mula2 dia baring ok, tapi agaknya dah memang bukan tempat biasa dia, kan.. tak boleh la nak tido.

Then, aku ajak dia main kat luar. ramai budak-budak lain pun tengah main kat luar. Slowly ada cikgu lain (yang nice sikit la) approach dia. Aku tengok cam ok je.. aku blah slowly.. Aku tengok dia asyik ngan mainan tu semua.. Aku keluar.

Huhu sedih tau. Tak tahu la macammana perasaan mak ayah lain, tapi aku ni sensitif sangat pasal anak aku.. Ikut hati memang nak je aku jaga dia sendiri tapi aku kena kerja. Bukanlah gaji Eri sorang tak cukup nak tampung kitorang tapi aku sendiri rasa aku perlu kerja untuk masa depan aku n Sufiyyah juge. Ada gaji, leh la sopping2 hepi2.. n at least aku ada simpanan sendiri kan?

Hmm aku hope sangat dia ok kat bawah tu. Tengahari aku xnak g melawat dia la sebab takut nnati kesian kat dia je. Aku turun, dia yang sedih2 kan.. biarla dia main2 n letih, tido.. lapar, makan.. nanti petang aku amek dia awal. Aku bawa dia g swimming kat Presint 9 tu.. huhu Mama miss Sufiyyah...

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog