Thursday, May 15, 2008

senaman a.k.a eksesais

ng0meL by ummi
muahaha... apalah aku terpikir nak tulis topik ni eh? boring nih sebenarnya tau. serious aku xde keje..

xtually since semalam aku rasa badan cam lenguh2 n sakit belakang lak macam time tengah sarat mengandungkan si kenit Sufiyyah dulu. Serious sakit belakang. Tambah lak dengan batuk cam nak terkeluar urat perut ni. Kesian Sufiyyah.. merengek nak mama tapi aku soh dia dok jauh2 takut aku batuk kang jangkit kat dia lagi susah. Terasa lagi jari kecik Sufiyyah picit2 dahi aku dengan harapan boleh kurangkan aku punya sakit kepala la hehe.. comel...

sakit2 badan cam ni baru la nak teringat kan senaman ahaha yang sangat-jarang aku ada masa nak buat..

Tip senaman badan dan fikiran<-- tip ni dh lama aku simpan, tapi... hehehe paham2 je la kan.. aku bukan pencinta kesihatan sangat nak amal2 senaman2 nih

1. MULAKAN dengan senaman sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.

- haa kalau nak tau kat opis ni aku ada bos yang saaangat mementingkan kesihatan staff dia. pagi2 mmg kitorang bereksesais cam workers kat Japan tuh. tapi kalau bos ni xde.. wahahaha xde sapa nak buat eksesais!..

2. BERANIKAN diri untuk menegur atau mengeluarkan perkataan halo kepada orang yang jarang anda tegur.
- err.. aku ni walaupun sangat pemalu (ececehh) tapi peramah gak. suke ati aku la nak tegur sapa pun even aku xkenal cuma kena tgk mud n muka org tu gak ah. manusia zaman sekarang ni, sedangkan kawan (kawan ke?) sendiri pun tiba mud dia nak jeling kat aku pagi2.. tambah lak yg kita xkenal sgt kan?

3. BUKA laman web yang anda tidak pernah tengok contohnya laman web alam sekitar.
- ayat pertama aku setuju. yang cth dia bagi tu.. wahaha.. okla, aku memang pencinta alam sekitar, tapi tengok gak le tahap kerajinan dan kelapangan nak g terjah sana sini kan

4. SEKALI-sekala cuba tonton video lawak kerana ketawa adalah senaman untuk awet muda.
- video lawak? cam Video Zonkers ke? ke macam Raja Lawak? Please... dah xlawak la semua tu...

5. CUBA bertanam sayur, memelihara ikan atau kucing kerana secara tidak langsung menanam sikap kasih sayang.
- cakap kat aku mana aku nak menanam? ada la tanah tapi kalau tiap kali panggil mat bangla mesin rumput, dicantasnya pokok puding kat belakang umah tu.. maleh dah la aku.
- bela ikan? kalau penat aku jaga dan belai tapi bila tinggalkan time balik kampung nak bertunang dulu member aku rajin tukar air tapi tak letak antiklorin.. camne? huhu sedih tau! tapi sekarang aku bela ikan puyu.. orang tua kata halau hantu setan. ehek.. (orang bagi amek je la lgpun xsusah bela)


6. CUBA duduk diam tanpa radio dan televisyen selama lima minit tetapi ingat dalam tempoh itu jangan pula anda tidur.
- er... duduk diam cam susah nak buat je? xde radio nagn tv tu ok..

7. SEKALI-sekala boleh menari mengikut irama yang anda cuba seperti lagu rancak atau samba.
- haha come n see me n my dotter kat umah la..

8. BERJALAN sekitar taman perumahan selama sejam.
- berjalan?.. ke berjalan2? aku pilih berjalan2 di shopping complex selama berjam-jam! ahaks! sapa setuju, angkat tangan tinggi2!

9. BERLARI naik dan turun tangga di rumah.
- again, jemputla datang rumah.. berlari sebab nak elakkan si Sufiyyah 'teman' aku naik atas setakat nak amek baju je huhu.. mana nak gemok2..

10. BERBASIKAL di kawasan perumahan atau di gimnasium.
- tanya Eri, mana basikal yang kitorang beli masa bertunang dulu? mana? huhu... mahai tau.. senang2 jek malaun mana ntah amek..
- aku nak try gak g Gym kat Kem Belia dan Sukan.. diorang kata best..


haa... itulah sedikit sebanyak coretan aku wat mengisi masa lapang di ofis nih.. boring weh, xde kerje bagi orang yang rajin cam aku nih.. Cubala korang try sekali xde keje.. BORING.....

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog