Friday, May 30, 2008

Rajinnya aku! Ececeh

ng0meL by ummi
Tajuk post aku arini macam best kan? Memang best la.. penat tau aku berangan nak tulis blog pagi2 ni.

Harini Kak Siti (Sufiyyah's Baby-Sitter) cuti-balik kampung kat Kelantan. Ye la cuti sekolah kan sekarang? Bila fikirkan kak CT nak cuti je, kitorang dah start risau sebab sapa nak jaga si Sufiyyah tu. Yela, dia bukannya nak kat orang lain. Maka selalunya terpaksalah either aku atau Eri bercuti dan selalunya of courselah aku kan sebab Eri tu seorang pekerja yang sangat dedikasi dengan kerja dia. Heh.

Tapi this time Eri awal-awal dah offer nak cuti n jaga Sufiyyah. Tak pelik pun sebab sekarang bos dia xde g Jepun. Lagipun arini Jumaat, Parlimen xde. So, boleh la dia tolong baby-sit kan Sufiyyah harini. Aku pun epi..

Memandangkan juga Eri yang menjaga Sufiyyah di rumah, tidaklah dapat dia berbuat apa melainkan menjaga anaknya itu sahaja. Maka aku kenalah menyediakan keperluan siap-siap supaya Eri tak kelam kabut n yang penting rumah tu tak la tunggang langgang sangat bila aku balik nanti (bila lelaki baby-sit, faham-faham la.. ekeke).

So, sebagai pemulaan.. breakfast yang agak heavy perlu disediakan (atas permintaan, ok). Maka aku dengan jayanya telah bangun awal, seawal pukul 5.30 pagi intuk menyediakan juadah untuk pengisian perut kedua-dua kesayanganku itu.

Ha... disinilah kerajinan ku yang aku maksudkan tadi! Ececeh.. malas nak cerita, lagipun dah tengahari ni, aku banyak keje nak buat, aku tepek je la gambar2 ni buat tatapan teman-teman sekalian. Ok?

ayam masak kicap untuk si kecik Farah Sufiyyah

kentang kicap bercili untuk si ayah

main menu-nasi goreng

muahaha.. selamat makan sayang-sayang ku!

Aku? Aku as usual, makan kat mamak le ngan kengkawan opis. Ehehehe.
.

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog