Friday, May 23, 2008

Progress

ng0meL by ummi
It's been quite a long time eh aku tak tulis pasal my Lovely Princess Farah Sufiyyah.

Since now dia dah masuk 20 months year old or 1 year n 8 months, n she's getting to have a brother or sister..ececeh... ni adalah research yang aku buat sedikit sebanyak untuk make sure she's ready dgn kehadiran new member in our family nanti.

Farah Sufiyyah kat kenduri Ipoh

PERINGKAT-PERINGKAT DALAM TEORI TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT J. HAVIGHURST
Peringkat Bayi, Awal Kanak-kanak (0-2 tahun)


Bayi dan kanak-kanak peringkat ini cuba menjalinkan hubungan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik, dan pengasuhnya.
<-- she's very loving even to the caractor in the TV sampai sanggup hug TV tu!, bila nangis kena marah dia akan cakap "nak umi..(her babysitter)", balik je rumah petang, dia akan cakap "mana kakak anis?(neighbour sebelah rumah):, "Sufiyyah nak main dengan kakak anis".

• Sistem deria, persepsi dan fungsi motor kanak-kanak beransur-ansur menjadi matang.
<-- matang tu aku xsure macammana tapi dia dah pandai buang sampah sendiri dalam dustbin yang kena pijak tu!, pandai lap air yang tumpah, pandai ambil barang yang kita suruh.

. Kanak-kanak patutnya capai kecerdasan deria motor dan ___ sebab musabab primitif.
Contoh : Makan - lapar

<-- ya, bila dahaga minta milo or vitagen yang ada dalam icebox, bila minum - "nak 'air manisss', bila tanya nak makan apa - "nak mee (sizzling)", bila keluar rumah - "kite nak g Alamanda!", bila bergurau- "mama, Sufiyyah nak adik?"

Perkembangan Kanak-kanak / Toddlerhood (2-3 tahun)

Kanak-kanak boleh melakukan pelbagai pergerakan seperti turun naik tangga
<-- umah aku 2 setengah tingkat, tau! tapi memang kena jaga la, tak confident, aku..

Kanak-kanak sudah boleh berkomunikasi dalam bahasa mudah dan boleh terlibat dalam permainan fantasi seperti kotak dijadikan kereta.
<-- sungguh aku la yang jadi mangsa kena tolak kotak tu atau tudung saji!. berkomunikasi... she's very petah, tak de pelat2 langsung!

Kanak-kanak suka cakap sendiri dan bermain seorang diri serta membayangkan dirinya berada dalam situasi yang dialami oleh personaliti yang diminatinya. (selalunya ibu bapa adalah personaliti kegembaran mereka).
<-- aku selalu amek video dia cakap sorang-sorang or dengan elmo dia kat atas tangga, bahasakan diri dia 'kakak'. ekekeke

Dia juga belajar mengawal pergerakan diri atau mengawal emosinya.
<--dah berlari tak jatuh, dah pandai panjat gelongsor, pandai naik (duduk je) atas basikal. kalau jatuh sikit je dah tak nangis (cuma mengadu kat mana sakit)

Hmm, untuk semua ni, dia pass. Even perkembangan yang umur 2-3 tahun tu pun dia dah capai! So, that's why la kitorang suami isteri decide dah ready untuk tambah ahli baru. Afterall we think she need a friend.. don't you?

Main lari-lari depan rumah

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog