Thursday, May 29, 2008

Nasib badan..

ng0meL by ummi
Hari ni malas aku nak tulis blog. Tapi dek kerana sorang hamba Allah tu telah membuat aku terasa hati, nak juga aku luah perasaan kat sini.

Eheh. Bukanla nak luahkan perasaan sangat pun. Terasa, kan..

Ada la sorang member ni konon2 dia tak sihat. Sehari dua ni aku perasan la dia macam semacam je kan.. (tak sihat la tu) tapi cam xnak mengaku tapi asyik datang kat kitorg buat muka tak sihat kan dengan sapu tangan dia tu.. lantaklah.

Semalam time aku dok borak2 ngan member aku dia datang lagi bgtau dia xsihat. Aku syak dia pegnen la tapi dia kata "taklah.. surprise.." aku malas nak komen sebab diri sndiri cakap tak, kan? takkan aku nak pndai2 laks. Cuma aku epi la kalau ada geng pegnen sesama lgpun aku mmg epi dgr org pegnen ni, boleh ramaikan umat Muhammad, kan? ececeh.

Arini time aku borak2 ngan member aku lagi, dia datang lagi. Untuk pengetahuan, dia ni memang tak anggap kitorang kawan dia pun. Katanya bila susah je dia cari aku. Bila senang dia ngan kawan-kawan dia. So, ni terang-terang la kes time kawan xde baru nak cari orang lain, kan?

Dia tanya kelinik time ni (pukul 11pg) orang ramai tak. Kitorang jawab la tak. Dah memang tak ramai pun. Tengok dia dngan sapu tangan asyik tutup mulut je, muka pun sememeh semacam je, suara pun lemah je, kitorang suruh la dia pegi kelinik. Aku siap kata "g la cepat, ko kat sini wat semak je, kalau ko pegi, kurang sikit." Haduh! Cam laser je kan mulut aku? Ala.. bukannya dia nak terasa pun. Betul, dia tak terasa punyalah.

Sebab apa tau, sebab dia ada agenda dia nak dok lagi kat situ.. (jarang la kalau ada best pren dia, dia nk lepak2 mengadu domba kat kitorg, kan?).. Dia cakap, dia rasa semacam, asyik sakit belakang.. (cam masalah aku jek? ekekekeke) So, aku dengan baik hati serkap jarang la lagi "aa.. kan aku kata, ko ni pegnen la. Aku dulu pun cam ni gak." tapi dia still deny. Takde lah.. "aku pun tak tau. Taknak la mengharap. Tak nak Xcited sangat awal2, takut tak jadi pulak." Ok, aku dah terasa sikit tapi ok lagi la sebab xde kaitan ngan aku pun. Lagipun dia pernah gugur aritu, maybe betullah dia takut nak xpect lebih2 kan?

Aku ngan member aku soh la dia p wat pegnancy test. Siap bg harga benda alah tu lagi, siap bgtau nak wat macammana lagi sedangkan dia dh ada ank pun, macam xbiasa kan? Tapi tulah, kitorang ni niat baik, nak tolong member... macam2 gak la alasan dia. Dia kata nak tau dari mulut doktor sendiri.. Alamak ni yang aku bengang nih. Nak tau dr mulut doktor, yang datang menyemak kat kitorang apahal? G la kelinik, sana ada doktor.. nak juga berteka-teki kan?

Then, bila dah bertambah orang sikit berkumpul kat situ, dia pun cakap.. "Sebenarnya aku dah buat test".. sambil malu2 tutup mulut ngan sapu tangan dia! Hek eleh.. nak je aku sekeh kepala dia. Ye.. ye tak ngaku.. then tetiba siap balik tempat amek pelastik watson yang kat dalam tu ada pegnency test dia tu! Bodoh punya orang! Geram je aku..

Tapi kitorang still layan lagi.. belek la benda alah yang ada bekas urine dia tu kan? nah! terpampang 2 line, tau.. 2 line! Memang la.. Bila kitorang soh p je kelinik (sebab dah malas nak layan dah), dia cakap.. "aku xmau la mengharap sangat. Aku nak tau dari mulut doktor sendiri.." Haduh! time tu memang aku dah makin bengang. Apalah bangang sangat tak paham bahasa punya orang. Ke nak attention time kawan-kawan ko tak de? Yang best, siap bgtau " Sebenarnya aku dah buat 2,3 hari lepas dah..". Ampeh. Patut la semalam "surprisee.."

Itu ok la lagi. Aku still tumpang hepi la even dia xsure lagi, kan? Tak tau la kot dia beli yang murah jual kat pasar malam kot sebab tu xnak percaya test dia tu, kan?
Tapi bila part dia cakap "aku dah muntah, tau.. tak percaya tanya kawan-kawan aku".. aaa.. mulut laser aku ringan je sambung "oooo, jadi betullah kitorang ni bukan kawan ko. Kitorang tak tau pun?" Tergamam dia kejap. Amek ko. Oops!

Agaknya dia terasa ngan aku dia cakap lagi.." Umi, ko tak muntah pulak eh? aku tengok ko hepi je MACAM XDE APA-APA PUN?" What?? Suke ati ko je..depan orang ramai lak tu? Ampeh ko.

Ok ok lah.. maybe sebab aku lom betul2 cek kat kelinik.. aku lom jumpa doktor.. aku belum pening.. aku belum xsihat cam ko.. aku belum muntah cam ko.. betullah...

Tapi aku memang terasa. Seb baik aku cover, aku xnak dah lembik2 cam dulu. aku nak kuat. Xnak psyco sangat. Letih wooo. Aku nak epi2 je. Aku dah ada Sufiyyah. Kalau aku lembik cam dulu, kesian Sufiyyah. Sapa nak jaga dia, kan?

Takpelah.. aku hope dia sihat n baby ok...

Oops! Berita terbaru, aku dgr dia dapat MC 7 hari sbb bleeding. Tak kisah la. Janji aku sihat... kan kawan2?...

.

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog