Friday, May 23, 2008

miss her

ng0meL by ummi
Agak-agak sapa la yang aku miss ni kan?

Rasa macam miss sangat Sufiyyah. Bukan la aku ada hantar dia balik kampung or xjumpa dia semalam or pagi ni.. just rasa macam dah lama tak main2 dengan dia.

Maybe sebab aku dah tak hug dia sangat, dah tak angkat n penyet dia dalam arms aku n more dah tak hantar dia g umah baby-sitter dia pagi2 dah kot? Rasa jauh je...

Dulu, every morning tak kire cepat ke lambat ke siap aku ni, aku yang akan hantar dia ke rumah baby-sitter dia. Eri akan angkat dia letak dalam car-seat kat belakang sebab selalunya dia akan tido lagi time aku hantar dia tu.

Then, aku drive sampai umah baby-sitter yang yang tak berapa jauh tu (tapi kalau jalan kaki nak angkut budak berkilo-kilo tu.. mahu patah gak pinggang aku ni kan?). Sampai, aku angkat dia, sambil hug, penyet sikit2 (ekeke), sampai ke tingkat 3 (alala of course la naik lif, kan?).

Barigkan dia, aku kiss dia be good (not gud bye eh). Tapi kalau dia dah terjaga, alamat kena la ada aksi pujuk memujuk.. tapi aku suke gak part ni sebab dia akan melepek de kat lap aku sambil aku hug (penyet) dia lagi sambil pura2 pujuk dia g kat baby-sitter dia (ekeke). Kadang-kadang dia ok n senang pujuk. Kadang2 mau merah punch kad aku, n basah la pipi kembung dia tu..

Sekarang, bila tau aku pegnen.. kitorang decide Eri yang hantar dia pagi-pagi n aku amek dia petang nanti. Petang, selalunya dia akan awake untuk tunggu aku amek dia. Tengok dia melompat-lompat, pusing-pusing n berlari-lari bila aku amek memang hepi sangat. Itu tak kire lagi mulut dia yang pot-pet2 cite apa dia buat haritu. So, bila dia awake, aku pimpin je dia jalan..

Bukannya apa. Dulu aku ada kes bleeding yang quite teruk n Doktor cakap kandungan aku (yang masa tu baru 4-5 weeks) hanya 50-50. "Kalau ada, ada. Kalau xada, xadalah..". Sekarang pun aku asyik sakit perut je. Risau juge. That's y kena jaga2 lagipun kandungan aku ni baru sangat lagi...

Tapi Tuhan saja yang tahu.. Oh, how I missed to hug n penyet her...

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog