Wednesday, May 21, 2008

Kenangan Nyaie

ng0meL by ummi
"Nyaie"... sapa pernah dengar perkataan ni? Aku belajar kenal perkataan ni bila Sufiyyah wujud kat dunia ni.

Nyaie.. panggilan untuk mak mertua aku yang maksudnya nenek/ opah/ tok (perempuan) atau apa2 je la panggilan seorang cucu kat nenek dia.

Teringat kat arwah... Mertua aku meninggal sakit kanser, breast kanser. Masa tahu, Sufiyyah baru lahir lagi. Kesian mak. Tapi mak kuat.. bertahan sampai akhir hayat. memang mak kuat betul melawan. Aku tak pandai nak rapat sangat dengan mak, tapi mak memang baik hati. Kalau mak jumpa Sufiyyah.. mak jadi cergas n sangat sihat. Memang mak xnak tunjuk dia sakit. Depan anak-anak pun mak tunjuk kuat. Semua kerja mak nak buat. Lagila Ika nak amek SPM tahun tu.

Alhamdulillah mak pergi dengan tenang. Urusan kebumi mak pun aku tengok sungguh cepat walaupun mak meninggal di HKL pukul 2 ptg lebih, lepas Asar terus gerak balik JB sebab ayah nak kebumi mak kat sana, senang sedara nak melawat nanti. Sampai JB lebih kurang tengah malam tapi semua sedara even dari Singapore dah ramai yang tunggu. Lepas semayang, jenazah mak terus dibawa ke perkuburan. Memang orang cakap orang yang baik, insya-Allah pergi dia pun baik dan mudah..

Sebelum Mak pergi, sempat tengok kejayaan anak2. Even Ika yang baru selesai SPM, result belum pun keluar, dah dapat offer fast-track accounting kat UiTM. Sejuk kubur mak. Sempat juga tengok cucu sulung si Farah Sufiyyah. Alhamdulillah Allah kurniakan Sufiyyah akal yang cerdik, cepat belajar, cepat kenal siapa Nyaie dia. mak sempat tengok Sufiyyah membesar dengan sihat, aktif merangkak, duduk, berjalan.. apa lagi dengan kepetahan dia bercakap.. memang menguatkan mak untuk terus melawan sakit mak tu.

Tapi Allah lebih sayangkan mak.. tanggal 27 Disember 2007 (Jumaat),pada usia baru 54 tahun, mak menghembuskan nafas yang terakhir di HKL depan semua anak-anak, suami dan sedara terdekat mak. Aku hanya sempat menziarahi masa mak masih nazak kerana selepas itu aku terpaksa bergegas balik ke ofis. Sebaik sampai ofis, suamiku memberitahu bahawa mak sudah tiada... Innalilla-hiwainna-ilaihi-ro-ji'unn.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah untuk kesejahteraan Arwah..

arwah mak wif Ika n Sufiyyah

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog