Monday, May 12, 2008

reason saya lambat masuk kerja

ng0meL by ummi
hari semalam adalah sunday. sunday adalah hari cuti rehat-rehatan dan hari bersenda gurauan menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. pada hari tersebut aku dan keluarga (yakni ayah sufiyyah dan sufiyyah) telah tidak kemana-mana pada sebelah paginya (hehe).

ini adalah kerana kami sekeluarga telah terbabas bagun pagi untuk aktiviti berjogging dan breakfast kat luar (mungkin kedai mamak).

oleh kerana itu, kami sekeluarga hanya berlepak-lepakan sambil melayan sufiyyah yang semakin pandai bertanya itu ini, menerangkan itu ini, memerintah itu ini serta mengajak kami (mama & ayah) menyertai apa sahaja aktiviti bermain dengan barang mainan sufiyyah atau lebih tepat maksudnya ialah menyepahkan ruang tamu dan dapur rumah.

setelah berpenat-penatan, ayah dan mama mengambil keputusan untuk menidurkan sahaja anak yang keaktifannya sudah sukar dikawal dek kerana rasa mengantuk yang amat sangat (dari gaya dia berjalan dan jatuh, dan bangun, dan berjalan pun melelong-lelong<-- haha)

tetapi keinginan untuk tidak merehatkan badan dan menutup mata adalah sangat tinggi itu. dengan itu bermulalah satu lagi aktiviti pada hari sunday iaitu ayah dan mama menidurkan diri secara berjemaah dengan harapan si anak turut sama tidur (disini dimaklumkan bahawa mama dan ayah hanya pura-pura, diulang, pura-pura tidur saja, ok).

tetapi sedar-sedar si mama jam sudah menunjukkan pukul 1.30 tengahari dimana ayah sudah bertukar tempat tidur (dalam keadaan yang masih tidak sedarkan diri) ke tempat yang lebih selesa iaitu sofa manakala si anak sudah berjaya ditidurkan <--mission accomplish!

setelah menguruskan diri (sencara senyap-senyap, ok) mama pun mengejutkan ayah dengan harapan makan tengahari dapat dilakukan di luar kerana sungguh malas untuk memasak dikala jam menunjukkan pukul 2 dimana makanan tengahari perlu masuk ke perut sekeluarga ini selewat-lewatnya pukul 2.30 petang (huh!)

namun, dalam mamai2, si ayah sempat mengoder 3 jenis masakan makanan kegemarannya yang sudah terbukti perlu disediakan oleh mama ini (huhu).

dan ingin dinyatakan disini bahawa mama yang rajin lagi solehah serta sayangkan suami dan anaknya ini akhirnya selesai menyiapkan juadah tersebut dibantu oleh sianak yang telah bangun seminit dua setelah adengan mengejutkan ayahnya berlaku.

maka tolong menolong antara ahli keluarga tersebut dapat dilihat dimana si anak dan ayah 'tolong' makan buah mangga untuk pencuci mulut sebelum main dish sempat dihidang huhu. berakhir sesi makan tengahari dimana si anak sudah kurang hendak makan dek kerana susu sudah penuh diperut sementara menunggu hidangan tengahari tadi.

namun si ayah sambil bermain dengan si anak sempat membuat janji untuk membawa keluarganya ke taman petang nanti.

oleh kerana si anak adalah seorang anak yang pintar yang sudah pandai berkata-kata, maka sepanjang petang tersebut si anak tiadalah pertanyaan lain kepada ayahnya selain daripada "ayah, ayah nak pegi taman tak?" sebanyak berkali-kali yakni tidak kurang daripada 20 kali berturut turut hatta ayahnya tidak berganjak keluar dari rumah itu kerana jam baru menunjukkan pukul 4 petang!

bila sudah berpuas hati dengan pertanyaan bertubu-tubi itu, si anak terus menarik tangan si ayah lantas berkata "ayah, jom ayah, kita pegi taman.. jom la ayah.." huh! sungguh berkata-kata ini budak kicik...

maka bergeraklah sekeluarga ini mencari taman yang sesuai untuk sianak bermain (dinyatakan disini bahawa taman permainan di putrajaya ini amaaaaatlah banyak pilihannya) serious, banyak.

sesudah puas si anak bermain (sebenarnya si ayah dah bosan disitu hahaha), ayah pun mengajak keluarganya pergi ke tempat yang lebih selesa yakni alamanda, putrajaya (hahahhah) <-- mana lagi tempat yg dekat, kan?

disana, aktiviti bershoppingan dan makan malam telah berlaku dimana berakhir dengan anak yang kepenatan dan kekenyangan tidur di dalam stroller dengan nyenyaknya. Wallah!

maka dengan itu, dapatla mama dan ayah tido awal seawal pukul 10 malam kerana esok adalah monday!

the end...

the end?

tidak sesekali... kejadian berlaku sekitar pukul 1 pagi dimana mama tidur dengan nyenyaknya. Sufiyyah terjaga kerana batuk sehingga muntah sedikit air yang diminum akibat tersedak (dia biasa tido sambil minum).

terjaga, duduk dengan segarnya melihat mama yang kelam kabut menyelamatkan alas tido daripada terkena muntah, sufiyyah sedar yang ayahnya tiada ditempat tidur.

"ayaaah mana?" tanya sufiyyah

hehe kelam kabut ayah turun dari atas. rupanya sedang mengemas rumah kerana siang tadi tak sempat. kemas kerana ibu mertua nak datang bersama sedara-mara. baik kan si ayah?

nampak je ayahnya, sufiyyah terus mengadu. "Sufiyyah muntah" hehe... sweet kan?

Sweet tak sweet, lepas lap2 badan dia, segar bugar lah jadinya seorang anak yang aktif itu. huhu... diajaknya kitorang main lompat2 'tom tom bak' dia tu... sehingga pukul 4 lebih pagi... haduhh... esok mama ngan ayah kerja la, sayang...

maka pada pagi ini, terlambatlah punch kad mama ini 3 minit daripada waktu masuk bekerja.. huaaaaaaa... apalah alasan untuk dicatatkan di punchkad ku nanti???

huhuhuhuhu...

0 lagi tambah ng0meL:

Post a Comment

~Hello (^.~) Sila komen banyak banyak banyak, jangan segan segan ye. Thanx~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog