Wednesday, December 17, 2008

Our 3rd Anniversary

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links


Ecewah cewah... cam happy campur proud jer nak type entry kali ni.

Today is 17th December 2008! Genap 3 tahun our wedding anniversary. Gaduh, baik, gaduh, baik.. dah berjaya harungi tempoh 3 tahun bersama as Husband n wife! n as Parents too!

Ntahlah orang lain, tapi bagi aku.. penat juge jadi isteri ni sebenarnya. Memang penat ah. Banyak dugaan, n tanggungjawab yang kena pikul. Tambah lak kawin je terus dapat baby.. sampai hari ni pun kitorang xsempat honeymoon betul2 lagi, tau! Huh! punyelah sebuknya kitorang ekeke...

Tapi aku heppi sangat.. kawan, gaduh, pengalaman hidup dengan Eri, banyak sangat ah dugaan kitorang. maybe kot aku yang banyak songeh, banyak problem kot.. last2 sekarang ni anak dh nak masuk 2, memang banyak hakikat hidup bersama yang aku kena xcept la.


Eri pun cakap aku banyak improve. Huh, memang WAJIB aku ni improve dari perangai aku yang dolu2... banyak gile menyusahkan idup dia ekekeke.. kalau pikir2, memang kelakar abis la. nak cerita kat sini pun aku malu. hehe.. cukup aku kata memang pengalaman banyak mendewasakan kita...


N yang paling penting, kesabaran Eri layan karenah aku ni. N penerimaan dia.. wahhh tengah terharu ni...

...

....

Sekarang lak Eri kena layan karenah anak bertuah kitorang yang makin banyak karenah tu.. Aku ni sekarang memang kena terima hakikat jadi orang kedua la dalam hidup Eri sehari2. memang jangan berangan langsung la nak jadi His 1st Lady lagi.. huhuhu...

Bukan je nak mengimpit, apatah lagi nak manje2 ngan ayah dia tu.. langsung aku ni xdibagi nya chance! Semua ayah dia.. tak tahula kalau orang cakap maybe dia terasa nak ada adik ke apa ke tu yang wat perangai, tapi dari sejak dia kenal mama n ayah dia ni, aku memang perasan sangat le perangai dia yang nak bolot ayah dia sorang je...

Mau taknye aku ni kena banyak bersabar n lupekan sikap nak bolot eri sorang2 dari dulu sampai sekarang... aku kalah dengan anak sendiri! huhu... tu lah, dulu bukan main aku mengimpit je ngan Eri... nak nak juge kawin ngan dia even dah penat2 gaduh beribu2 kali! Huh... apalah...




Eh, sebenarnya apa yang aku nak cite ni hah? Ni patutnya jadi cite aku ngan Eri.. see? ada jugak si kecik tu dicelah2 kitorang even dalam blog tulisan aku! hmmmmm

Yang penting sekarang, aku memang hepi sangat dengan life sekarang ni. Eri sangat sangat banyak tolong aku dalam suka duka tak kira dari segala segi.. n yang penting tanggungjawab dia sebagai pembimbing masa depan aku dan anak-anak, tu yang buat aku selalu fikir banyak kali everytime terasa hati ke apa ke ngan dia..

Biasa la suami.. tetap lelaki, kan.. ada je yang wat hidup orang pompuan pening tambah bila masuk bab lelaki diorang. nak dibangkang banyak2 pun, dah jadi suami kan.. bak kata orang, dalam rumah memang hak kita. Tapi selangkah dia keluar, dia bukan hak kita lagi.. n yang penting juge, lelaki ni memang kena bagi ruang kat diorang untuk dunia lelaki diorang...

So, berbalik pada cerita anniversary kitorang kali ni... as usual, kitorang bukan jenis yang nak celebrate beria2.. cukup ucapan dan ingatan pagi2 buta on this date.. sama2 sayang Si Sufiyyah.. n lunch sama2... Malam... xde candle lite dinner of course coz ada si budak kecik tu.. kang benda lain yang jadik haha. And rasanya la all our celebration kalau ada pun, more to nak layan si kakak tu cam bawa dia g jalan nek ketapi ke... hmm... bertuah betul jadi Sufiyyah, kan?

Kalau ditanya aku xkecik hati ke macam xde langsung je untuk aku?... jawapannya nya, kecik hati sikit kot?... hahahahaha.. nak kecik hati pun cam xguna sebab wat pe nak kecik hati dengan suami yang asyik sebok terpaksa abiskan masa untuk anak sendiri, kan?

Monday, December 15, 2008

Huhu... xsihat...

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
Nak cite pasal bulan Dis ni.. supposed to be bulan yang agak hepi la bagi aku, kan sebab bulan ni aku dilahirkan! Ececeh... banyak aktiviti sangat yang xterlayan pun ada dek kerana kesihatan ku..

1stly aku memang proud dilahirkan as a Saggi ni. Cam happening je (ke.. pening? kua kua kua).

Tapi bulan ni cam xsihat je. Agaknya sebab dah sarat sama kot dengan baby lam perut yang aktifff sangat xtau nak cakap nih.. rupanya g scan aritu dah confirm baby boy! Patut laaaa hehe.

Hmm ujung last month adik iparku si Hadi tu bertunang. Dengan orang Lenga, Muar. Aku ni as kakak ipar yang sulung (the one n only sebetulnya kikiki) harusla ikut, kan? kan? Apatah lagi Eri tu anak sulung, sekarang dia la ayah n mak pada adik2, kan.. n aku perlu juga sporting untuk jd supporter my hubby tu, kan..

Settle urusan bertunangan (alhamdulillah) on the 29th November, ari Ahadnya kenduri kawen sepupu Eri kat Pontian pulak. Memang berjalan sakan le aku even penat dengan karenah si kakak tu. Nasib baik dia dah besar n dah mula nak kat orang even as usual nak kena pujuk2 dulu, kan.. so xdelah aku ni nak kena dukung je dia selalu kecuali time dia dh letih nak merengek2, huhu.. dengan sapa2 pun dah xnak dah. Ayah dia, paham2 je la.. nak kena tolong itu, tolong ini sebab dulu time kitorang kawen, memang cousin dia yang ni antara yang paling banyak tolong pun. Ni kira kes balas membalas jasa la ni, kan. Tambah lak next year Hadi nak kawen, jadi Eri kena banyak kenal2 uncle2 orang tua2 kat kampung senang nak minta tolong apa2 memandangkan ayah dah xde. Huhu..

Petang tu, kitorang tunggu sampai selesai majlis, baru gerak balik JB. Mula nak gerak balik Putrajaya lepas maghrib, tapi biasala.. itu ini.. melalut sampai pukul 10 malam baru gerak. Huh.. perjalanan kali ni memang aku terasa sangat dengan baby kat dalam perut ni ntah apa dia nak, xselesa agaknya plus letih seharian xberehat pun, mulala nak meragam. Eri sampai ingat aku dah nak besalin dah time tu! hehe, kelakar pun ada. Mana mungkin aku akan bersalin dalam kete tengah2 malam cam tu.. hish, simpang malaikat 44 ler. lagipun time tu baru2 nak masuk 8 bulan budak lam perut aku nih. Xkuase....

Besoknye sampai umah lam pukul 2 pagi. Huhuhu.. capekkkk... aku xpeduli apa dah time tu, Sufiyyah pun nyenyak tido.. aku belasah tido je. Esoknya nak keje, xkuase aku nak kemas itu ini... seb baik ada suami yang memahami.. oops! hehe...

For 4 hari lepas tu aku hepi je datang keje sebab xpk apa2 pun pasal keje. Aku join kursus bahasa Inggeris 4 hari kat opis ni je, tapi enjoy n berbaloi gak. Khamis, g check-up baby...

Then, bermula journey aku balik Kedah pulak hari Jumaat malam tu. Disamping nak sambut raya haji (berayakan kami?) ekekke... xde sambut raya pun, cuma pagi2 bangun awal, mandi awal, niat mandi raya, iron baju melayu Eri nak g semayang, tunggu Eri balik semayang, makan ketupat Palas, makan mee kuah.. siap2 balik Putrajaya pulak. Penat..

Tapi balik kedah kali ni hepi campur2 la. Hepi sebab of course la sebab balik kampung aku, kan.. jumpa mak ayah n paling best dapat berkumpul semua adik beradikku dari yang Sulung sampai yang bongsu, semua ada kat rumah kali ni. Hepi2 juga aku ngan adik2 n mak juga bertungkus lumus wat persiapan barang-barang hantaran untuk abang Din nak kawen tengah bulan nih! Buat ala-ala kadar je janji ada, kan? Tu la main point kitorang balik Kedah Raya Haji tahun ni. tapi yang sedihnya aku berjaya siapkan sampai separuh jalan je.

Malam Ahad tu aku collapse! Ntah kenapa kaki cam kejang semacam je n badan pun cam sakit2. Selera makan memang xde langsung! Rasa cam seram sejuk nak demam pun ada. jadinya, aku terbaring je kat tengah rumah tu tengok je adik2 n mak siapkan barang hantaran abang Din. nasib baik dah nak settle, tinggal 2 bekas je lagi.. Esoknya, Eri bawa aku g kelinik. memang aku lembik habis. Mau taknya, anak dalam perut ni bukan main aktif, yang aku pulak langsung xde selera nak makan! dah alang2 g kelinik tu, aku minta doktor tu scan baby sekali. Risau jugak, aku kat luar ni nampak juga lemah longlai ke apa, tapi si kecik dalam perut mana kita tahu, kan..

Alhamdulillah.. baby memang sihat je n aktif. N yang paling wat aku hepi.. doktor sahkan yang baby aku ni baby Boy! Hepi sangat!... sangat2 hepi.. aku kalau boleh memang nak sepasang, kan. Siap dah ajar Sufiyyah panggil baby lam perut ni 'adik baby boy!'.. Syukur sangat Allah makbulkan doa aku. Harapan adik baby ni pun sihat, aktif n bijak cam kakak dia. Amin... Cuma kata doktor aku xleh gerak aktif sangat. Kedudukan baby dah ok n sekarang pun dah masuk usia 33 mingu kandungan aku. kata doktor lagi, 1st deliver aku dulu senang sangat. takut kali ni kalau aku aktif sangat, dengan kedudukan baby dah dah ready.. takut anytime je dia boleh keluar! Alamak! takut juga aku dengan Eri. Apa2 pun kami harap n berdoa agar semua selamat...

Balik dari Kedah hari Isnin, aku dapat MC hari Selasa. yahooooo... aku pun memang xlarat sangat nak g keje ari Selasa tu. Rabu, aku gagah juge g opis even lambat n letih. Kat opis pun aku tido je.. maybe penangan ubat batuk n selsema yang aku makan, kot. tengahari aku balik umah, tido sampai pukul 3 petang!.. Kebetulan kat rumah ada Ika, adik iparku yang bongsu. Ada jugela peneman kat rumah tu.

Ika datang sebab nak join kitorang g Family Day ofis Eri yang wat kat langkawi. tapi nampak gayanya Ika kena g dengan Ida jelah sebab aku still xsihat sampai harini. Frust juge xdapat g jejalan apatah lagi fully sponsor by EPU, kan.. bukan senang nak dapat peluang ni. tapi nak wat macam mana. Kang tak pasal2 aku terberanak kat dalam bas tengah malam buta tu ke.. lagi haru biru! yang kesian, si Sufiyyah la.. teringin sangat nak naik bas. heheh.. bukan teringin nak g Langkawi, tapi nak naik bas! Budak2.. apala dia kesah sangat g jalan kat Langkawi ke mana ke.. kan?

So... dua hari lagi Anniversary aku ngan Eri yang ke 3! Tak tau nak celebrate cam ne. Otak aku cam xleh nak berfungsi je ni.. Ahad ni pulak birthday aku yang ke-28th! Huh! dah tua dah aku... Krismas ni pulak kitorang nak balik Kedah lagi sebab kenduri abang Din sebelah kami pulak on the 27th.. semalam baru lepas kenduri sebelah pompuan n abang Din dah selamat pun jadi laki orang hehe.. Moga2 cepat dapat baby..

Then, bermula la suspen penantian aku nak sambut orang baru dalam family kecik aku ni... Doakan aku selamat bersalin dan lahirkan anak yang sihat, comel, bijak n yang paling penting.. soleh... Aminnnn

Monday, November 24, 2008

muahahahahah.. hah!

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Depan aku sekarang, atas meja ada lambakan fail2, kertas2 yang aku kena semak selai2 untuk aku cari maklumat nak masuk dalam report.

Tapi monitor pc aku tengah appearkan laman blog aku wahaha.. maknanya, aku cam masih malas2 nak layan kotak2 excell yang hanya penuh ngan nombor kat depan aku sekarang ni.

Tak kire!

Xtually, budak kecik kat dalam perut aku dari pagi tadi asyik dok pusing sana sini. Bukan je kiri kanan, atas bawah.. semua part dalam kantung dia tu dia xplore. Penat aku nak concentrate ngan nombor-nombor sekarang ni.

Apsal hah? Lapar ke dia? Tapi dah makan tadi, kan.. tak cukup kot?... Pagi2 aku dh makan yogurt.. then, nasik lemas sebungkus.. air milo secawan besar.. apple sebijik. Tak cukup lagi ke hah?

Nak kata dia sakit.. cam tak kot sebab aku sihat je cuma idung xabis2 dengan flu n batuk sikit2. Tak sakit, kan? kan? (jangan ler.. huhuhu)

Dia gerak2.. slow motion... xmenendang2 pun, just gerak...

Bukan xsuke baby ni gerak, that's a good sign, xtually. Means dia active.. just not dalam situation sekarang n motion cam gitu, leh x? Suspen...

Aaaaa... malas nak bangun dari tempat duduk nih. Mama ada banyak keje... dah la semangat dah start berkobar nak siapkan report arini gaks. Sighs...

.....
...

.

Week 30: Goodbye monkey baby, hello roly poly!

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Fetal development in pregnancy week 30:fetus in seventh month.

The light is visible at the end of the tunnel! Your oversized self and amazing growing baby have finally reached the single digits (in terms of weeks till birth)! The fine lanugo hair that has been growing all over their little monkey-like body is going to start falling off this week in preparation for the big day. But don’t be shocked if they’re hairier than you’d anticipated, some babies keep their lanugo until after birth. Still, it’s not any cause to be concerned as it will fall off eventually. No surprises here: your little porker is getting even cuter with increasingly pudgy arms and legs this week thanks to the ever-growing layers of subcutaneous fat. In terms of numbers, your baby should be weighing in at around 3 pounds 12 ounces (or more!) and be nearly 16 inches long.

And how's mom doing?
On a very serious note: you should make sure to determine both you and your baby’s blood type. It’s extremely important for everyone. In the case that you and your maturing babe’s blood types don’t match there’s a chance you could produce antibodies that could potentially attack and harm a future the drama you’re feeling is largely a result of increased adrenaline thanks indirectly to hormonal swings—not because things really are that dramatic and merit adult temper tantrums fetus. It is rare, but with modern medicine, the problem is easily corrected and little cause for concern if dealt with properly.

As for the ongoing joys of being in your third trimester:
your not-so-fun symptoms are just intensifying this week, so it might not hurt to slow down a bit and focus on yourself. If you’re feeling extra fatigued, you’ve probably joined the sleeping shouldn’t be this tough when I’m this tired club, especially if you’re experiencing a lot of back pain and general discomfort. If you’ve been pushing the exercise thing, then this is the time perhaps to cut down on the physical activities and focus more on getting proper sleep (if this means buying a pregnancy pillow, then do it!). Oh and all that moodiness? Just go with the flow emotionally. This doesn't mean letting the hormones win and becoming a complete psychotic. Instead, feel the feelings, but know that the drama you’re feeling is largely a result of increased adrenaline thanks indirectly to hormonal swings—not because things really are that dramatic and merit adult temper tantrums. The clincher symptom for this week: it’s highly likely your libido has gone on sabbatical. This, as far as we’re concerned, is perfectly natural in your condition.

Friday, November 21, 2008

kak Lyla oh kak Lyla...

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
apa la tajuk entry aku kali ni nama orang lain kan? kan? xpela.. bukan selalu pun aku wat entry nama2 orang nih. Apatah lagi nama aku sendiri kan?

So, berbalik pada si akak ni.. aku sebenarnya cam xde idea nak tulis2 blog ni tapi tangan menggatal juge nak tulis blog. haaa ini le jadinya.

Again, berbalik pada cite akak ni.. pagi ni, sesudah sekian lama menyepi (ke.. aku yang menyepi?) tiba2 aku dapat msg dari kak Lyla. Mmg hepi gile aku! Sebabnya.. aku dah ilangkan no enponnya untuk kali ke berapa... aku dah tak ingat, tapi confirm bukan 1st time la.. seb baik aku ni jenis yang bukan nak tukar2 no enpon... so, dapatla aku ni dihubungi semula.. (asyik harap orang je yg contact aku.. haha)

So, dari kejadian tu, aku terus call dia. Apa kelas nak reply2 msg ni kan dikala kredit baru ditop-up kan suami ekekeke... borak2 sikit.. dapat la tahu berita2 terkini hiburan sensasi bukan saja dirinya dan keluarganya tapi jugak kawan2 yang lain yang turut menjadi mangsa lost contact aku tu haha.

dh bertukar2 e-mail, kak lyla hantar la gambar dia ngan family (yang aku xsempat kenal) huhu.. last aku tahu dia dh selamat dapat bb girl n aku janji nk g melawat. alih2.. xsempat g, enpon aku ilang.. Sekarang bb girl dia dh 9 bulan! Maknanya.. 9 bulan la aku lost contact ngan kak lyla ni.

itu baru cite kak Lyla, sebenarnya banyak lagi 'kakak' n kawan2 yg aku terlost contact.. nak diceritakan.. banyak ler.. heheh... aku memang hope sangat dapat contact balik semua2 tu. Bukannya apa, saja nak wat koleksi balik (koleksi?)

Kepada kawan2 yang pernah terlost contact n dah pun terjumpa aku balik, jangan terasa la eh.. aku masih aku yang dolu2... yang terjumpa lam fs ke.. fb ke.. aku update selalunya berita aku, don wori..

k lah, dh lunch time (ari Jumaat for goverment servant.. rehat stat kul 12.15 sampai kul 2.45! ... heaven!)

.

Tuesday, November 18, 2008

our lOvE song

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
I'll Be by Edwin McCain.. <--remember anyone?

The strands in your eyes, that colour them wonderful
stop me and steal my breath
Emeralds from mountains, thrust towards the sky
never revealing in their depth

Tell me that we belong together
dress it up with the trappings of love
I'll be captivated, I'll hang from your lips
instead of the gallows of heartache that hang from above

I'll be your crying shoulder
I’ll Be love suicide
I’ll Be better when I’m older
I’ll Be the greatest fan of your life

Rain falls angry on the tin roof
as we lie awake in my bed
You are my survival, you’re my living proof
My love is alive, not dead

And tell me that we belong together
dress it up with the trappings of love
I’ll be captivated, I’ll hang from your lips
instead of the gallows of heartache that hang from above

I dropped out, burned out
fought my way back from the death
Tune in turn on
remember the thing that you said

I’ll Be your crying shoulder
I’ll Be love suicide
I’ll Be better when I’m older
I’ll Be the greatest fan of your life

nak review balik memori daun pisang (what?) memori dolu2 time mula2 bercinta. This song used to be our love song - untill now n then...

.

Monday, November 17, 2008

missed my handphone

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Huhu.. enpon ku telah dipinjamkan kepada suamiku.. yela, yelah, enpon tu dia yg belikan, kan..kan.. seharusnya kalau dia need, dia lg berhak, kan.. kan..

Mana pergi enpon dia? haa.. enpon dia tengah dikeringkan dek kerana ari sabtu aritu dia terbawa masuk dalam swimming pool. Direndamnya enpon tu bersama kunci kete, kunci umah n wallet dia yg dok dalam poket seluar.

Semua sbb Sufiyyah taknak mandi sendiri lam pool tu. Terpaksa ayah dia terjun sama masuk dalam tu nak bagi dia mandi jugak2. Kang dah balik rumah, merengek nak swimming pulak.
Dah mandi kat kolam presint 9 tu, segan lak nak bukak2 baju n seluar sbb mak bapak budak lain cam xde yang bukak2 pun (swimming pool public, tepi jalan lagi, ekeke). Lagipun aku sendiri xijinkan suamiku menayang perut bulatnya di khalayak ramai! oops!

Selalu kitorang g swimming pool kat PICC tu, xtahu pula ada pertandingan swimming. Dah xleh masuk.. Sufiyyah ngan ayah dia tu dah le semangat nak mandi.. abeh terbantut ler masing2.
Nak xnak plus malas nak layan dua orang tu merengek nak swimming jugak2, aku ni ajak le try tempat lain area Putrajaya nih walaupun tak sama. Janji leh mandi, kan?

Abeh, g la kat presint 9 tu lagipun dekat ngan umah dah. Weather pun cam redup2 nak ujan je time tu, malas nak g jauh2.
Dah xsabar2 si Sufiyyah tu sebab dia yang paling semangat dari rumah dah siap pakai swimming suit dia. Tambah lak tengok bebudak lain yang memang hepi gile main2 air, berenang2 kat situ. Tapi yang problem nya, dia xnak mandi sorang2.. nak juga ayah dia temankan.. haa tu la yang jadi ayah pun belasah masuk sekali lam kolam. Terlupa semua barang dalam poket seluar.. Abehhs..

Itulah ceritaku yang hari ni terpaksa bawa enpon lama (enpon hantaran tunang tahun 2005 dulu). Ok la.. xbaik pulak kutuk2 enpon ni kan? Enpon ada sentimental value, arwah mak mertua pernah pakai dulu n sekarang adik iparku pakai. Lagipun condition still elok, xde cacat cela pun, apalah salah aku pakai kan? kan?

Cuma yang xbest.. xde camera, xde gambar aku ngan Sufiyyah kat screen, n lagi xbest.. xde memory card! Huhu.. yang mana semua phone no aku dok lam memory card tu! ampehs...
Tahu apa yang paling ampehs? Semalam.. si Sufiyyah tu siap wat enpon ni cam remote control! Siap cakap ni remote n g hala2 kat tv nak tukar channel! Memang la, kan? kan?

Hope malam ni eri ajak g mines, g tengok enpon dia ok ke x so dat aku leh dapat enponku baliks.. uhiks.. uhiks..

.

Wednesday, November 12, 2008

My Coming Baby

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Haha.. tajuk cam skema. Cam tajuk karangan sekolah2 dulu jek. What ever..

My coming baby ni of courselah baby ku yang tengah gerak aktif dalam tummy ku sekarang ni, kan. Apa nak cerita pasal dia eh?

Macam tak adil je kan nak cite yang dah wujud depan mata je sedangkan xtually dia pun dah wujud dalam tummy ni, cuma zahir dia je yang kita tak nampak.

Semalam aku tanya eri, dapat rasa tak apa yang aku tengah rasa bila time baby tengah bergerak-gerak dalam tummy? Dia jawab dia tak dapat rasa tapi faham jugak la perasaan aku.

Memang ada beza sebenarnya antara aku mengandungkan Sufiyyah dulu dengan baby ni. Even cara pergerakan diorang pun lain. Yang ni bergerak sangat aktif and taktentu masa. Paling aktif time aku penat.. (ke aku penat sebab dia tengah aktif, eh?) hehe.. tak perasan pulak aku yang mana satu. Tapi macam tu la..

Ake teringin nak scan baby ni sebab tummy aku kali ni kecik je. Tak macam masa Sufiyyah dulu. berat aku ketara naik. Semua orang pun boleh perasan sebab aku originally kurus, kan.. so once naik tu, memang ketara la. Aku pun perasan time tu aku sangat berselera nak makan apa saja.

Tapi kali ni berat aku naik ciput je. Risau juga la kan. Ya lah, baby lam perut, tak nampak apa jadi kat dia kat dalam. Last week check up pun nurse tu cakap baby aku ni kecik. Hope kecik tapi sihat la. Nak sangat dia macam kakak dia. Even lahir tak sampai 3 kilo, tapi dah besar ni, Alhamdulillah.. jarang sakit n fizikal pun nampak sihat je.

Tapi dulu even aku besar n berat, tapi xle letih2 sangat macam sekarang. nak bawa perut pun cam relax je sampai ke hari bak bersalinkan dia. Sekarang ni, jalan sikit dah rasa penat. Tapi sebab perut kecik, macam kelakar pulak kalau penat tu yang lebih, kan. maybe juga sebab aku kurang energy, kurang zat kot? Selera makan pun bukannya semangat sangat.. makan takat ada je. Teringin nak itu ini apatah lagi.. memang xde. Hope anak aku nanti tak demand la eh, hehe. Biar bersederhana n terima seadanya je, kan? Aminnn..

Cuma yang aku perasan and hepi jugakla bila tiap kali Sufiyyah dok lepak kat tummy ni, adik baby memang akan react bukan main. Cam tolak2 kakak dia pun ada, hehe. Comel... Semalam, saja aku gurau dengan Sufiyyah sampai dia nak nangis, baby ni pula macam protect kakak dia pulak. Uh.. how to xplain eh? tapi aku perasan macam tu la.. n perasaan tu memang very wonderful.. the connection between baby n kakak dia.. hope diorang maintain close n care macam tu sampai besar nanti.

Terus terang la aku tak sabar nak lahirkan baby ni. Nak bagi Sufiyyah kawan.. tiap hari dia nak tengok tummy mama. Tiap hari dia minta nak kiss adikbaby. Bila tengok gambar baby (even gambar dia sendiri masa baby), dia sebok cakap nak angkat baby.. hehe sama2 kita tengok nanti bila dah keluar adik baby ni, macam mana reaction dia. Nak jeles ke.. nak care ke.. nak buli ke.. oops! hope jangan la eh.

Hmm.. panjang betul cite kali ni. Boring sebenarnya. Bukan boring xde kerja tapi boring dengan kerja. Semua nak cepat, semua nak kejar dateline. Tapi semua bagi last minute.. boring, kan? nak wat macammana, kita kuli.. buat je la, kan..

.

Wednesday, November 5, 2008

seminar puspanita semalam

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
semalam aku n the kak nurul n the jai join seminar anjuran puspanita kebangsaan kat puspanita puri, putrajaya.

Ada 2 sebab aku g seminar tu.

1. Aku xcukup lg koata 7 hari kena g kursus/seminar/latihan dlm setahun yg gomen syaratkan utk prestasi aku tahun ni. So penyertaan ni salah satu daripada tanggingjawab terhadap diri sendiri untuk mendapat markah xtra untuk future aku gak selaras dengan kehendak gomen malaysia ni..

ahaks.. panjangnya ayat aku.

2. sebab tajuk seminar tu agak menarik n sekali lagi untuk masa depan aku, keluarga dan masyarakat sekeliling jugaks.

Ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.. seminar yg aku pegi tu bertajuk (skema)

PENDERAAN SEKSUAL KANAK-KANAK

Memang le aku bukannya bagi full attention sgt kat seminar tu tapi ada banyak point2 n isu-isu yang bagus n berilmiah yg kita tak sedar tengah happened dalam masyarakat kita sekarang ni.

Bila dengar cth2 kes.. naik risau pun ada. statistik yg polis n jbtn kebajikan masyarakat bagi.. perh.. scary! Every year makin naik je graf tu.

Aku ni ada anak pompuan yang tengah membesar.. maunya tak risau.. kan? kan? even yg ada anak lelaki pun patut risau sebab bukan je penderaan seksual ni melibatkan rogol je, liwat pun termasuk gak. Kesian kan budak2 tu.. ada yg baru 3 bulan pun dh jd mangsa. Memang xguna betulla manusia2 tu..

Ntah apala nasib Syarlene tu skrang kan? Minta Allah jauhkan la anak-anak dan ahli keluarga kita daripada benda-benda macam ni.

Ada pnceramah polis tu kata, dia wat research di kalangan pendera (a.k.a perogal yg lebih kepada kesalahan sumbang mahram) yg dh lebih 10 tahun dok lam penjara.. means dia g interview pokcik2 tak guna tu yg tengah jalani hukuman la kan.. dia tanya, apa perasaan masa nak wat kat anak sndiri tu? Yg surprise tu.. dengan selamba pokcik tu kata 'syok!'

Ada ke patut seorang bapa... pembimbing... penyelamat... ntah apa2 lagi sanjungan yg patut kita bagi atas title dia as BAPAK tu.. sanggup cakap macam tu dengan selamba!.. itu dia dah dok penjara 10 tahun tu... memang xguna.. eeii.. nasib baik aku tengah pegnen, xleh emo sangat. kalau tak... memang kena sumpah2 la pokcik ni.

Ada yang kata.. dia balik keje n tengah berehat kat serambi rumah.. tengok anak girl dia dok main2 berlari2 dengan budak2 lain kat bawah tu. Anak dia umo 8 tahun.. dia kata dok nampak skirt anak dia dok meliuk2, wat dia naik berahi! terus dia ajak anak dia masuk umah n tuttt... dia kata anak dia tak melawan pun! Apala bodo punya bapak! Selamba je...

Tak pikir je nasib anak ko nanti.. ntahla.. pala aku pun dh start pening bila pikir2 balik.

Moral of the story... semua orang kena aware n beware dengan situation sekarang ni. Tu aku bagi contoh kisah yang dekat dengan kita. Macammana dengan orang lain yang kita tak kenal langsung hati budi yang gila ada niat tak baik pada anak-anak even kita sendiri?

Jagalah anak-anak masing2, kan? malang tak berbau..

Aku hope apa yang aku share ni sikit sebanyak dapat buka sikit mata kita masing-masing. kat seminar tu aku dapat senarai no-no telefon yang kita kena simpan dalam phonebook enpon masing2 tapi tertinggal kat umah pula. maybe ada time sok aku update no2 tu, eh..

yang pasti.. talian NUR.. 15999 wajib ada dalam kepala masing2 cam no telefon boyfriend or hubby or bb sitter or mak ayah or admirerer or sapa2 lah yang korang hafal.

Friday, October 24, 2008

She is going to be The Kakak soon

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Farah Sufiyyah. My daughter yang somel lomel lagi semakin banyak akai dan pandai belakon tu akan menjadi kakak soon. Haha..

Apsal aku gelak, kan?

Sebab sekarang ni (sejak aku dah makin sehat daripada sickness yang 3 bulan tu) dia tersangat la suka buat perangai manje2-an yang kadang2 wat kitorang geram hangin pun ada.

Pas ni.. tahulah dia nak manje2 cam ne bila dh ada adik baby kan? kan?

Tapi aku happy dengan progress dia. Dia dah makin boleh disuruh-suruh buat keje sikit. Dah boleh disuruh berkemas, rajin lak tolong aku sidai kain, lipat kain.. ok lah, not bad for toddler 2 tahun sebulan cam dia kan? Girl lak tu.. sejuk perut aku ngandung dia dulu.

N makin banyak mulut gak dia tu. Bukan main lagi bertanya itu ini, bercakap cam lagi pandai daripada orang lain, menegur kita tak pakai seat belt, menegur bila kereta lain cam bawa laju, terjerit-jerit suruh erl yang laju bukan main tu tunggu dia nak naik sama (macam boleh, kan).. macam2 lagi la yang kadang2 nak tergelak pun ada.

Itu belum masuk dah pandai take care bear-bear, Bob Builder dan Elmo yang dia soh tido (dodoikan), makan sama (siap suapkan), ajak mandi sesama (nak siramkan), tolong pakaikan diorang tu syampers dia.. pendek kata cam mama dia nanti dah xpayah risau sapa nak jaga adik baby nanti la, kan? kan?

My mere bette tu sekarang dah pandai nyanyi lagu Bob Builder (her favourite), lagu Twinkle2 Little Star (yang kadang2 dia tukar jd little mama, litlle ayah, little cik-cik dia, termasuk litlle kawan2 mama n ayah dia.. semua2 la dia nak masuk dalam lagu dia tu), lagu barney (i love uuuuuu, you love meeeee...) termasuk la lagu Tiga Kupang. ha... jangan tak tau anak aku tu pandai nyanyi sampai abesh tau lagu panjang berjela tu..

Selain tu (cewah...) Sufiyyah tu minat channel Oasis lepas maghrib. Ha.. mesti ramai tak perasan kan ada apa la hiburan kat channel tu kan? kan? Anak solehah cek tu minat dengar azan (dari dalam perut, tau), minat dengar bacaan ayat2 Quran, minat zikir2.. (subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaa ha illallah tu dia dh boleh hafal tau!).. memang seronok tengok dia minat semua2 tu. N some more, dah pandai bagi salam n jawab salam (without pelat) n dah pandai baca doa makan sendiri..

Alhamdulillah... tu semua kena latih dari awal sebenarnya n kita pun kena la korban jangan tengok CSI sangat, kan? kan? eheheheh..

Kadang2 sambil manje2 ngan mama dia yang dah boyot ni, dia akan hug adik baby.. sayang adik baby.. penyet adik baby.. (hehe.. yang sebenarnya perut n pusat gue). Katanya adik baby pun ada lam tummy dia tapi lom leh kuar sebab xde pintu. Huhu... comel... (oops! puji anak sendiri is perkara biasa, ok)

Huh, nak diceritakan hal kakak yang sorang tu memang le xabeh2. tapi aku pun dah xlarat ni sebab si kecik lam perut makin kuat tolak2 agaknya aku menaip cam penyet dia sikit, kan? Sorry...

Apa2 pun aku proud ngan anak aku yang sorang tu n hope sangat adik dia pun cam dia gak. happy.. happy... n tak sabar nak tunggu end of januari next year...

N also.. aku tumpang happy juge wat kawan2 yang sama2 tengah pegnen n tunggu kelahiran orang ketiga, or keempat dalam family. sama2 le kita meramaikan umat Muhammad, ye. N untuk kawan2 yang masih lom dapat rezeki.. aku doakan masing2 akan cepat2 dapat zuriat n leh kongsi2 cite n pengalaman paling bermakna n berharga dalam hidup kita xpecially as perempuan... Amin...

banyak cerita aku kan?

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Haa... memang banyak cerita pun sebab dah lama x tulis blog..

1st, sebab kat office ni sepeninggalan aku berehat-rehatan kat rumah 3 bulan dulu.. rupanya ada tindakan yang tak tau le drastik ke tak ke sebab bila naik keje aku found out ada certain tempat (pc) yang dah xleh nak bukak FS including pc aku la kan... tu yang aku slow je ngan blog ni. Ni pun aku tumpang tempat member sebba ntah kenapa aku punya pc cam xleh nak sign in blog aku ni. Ampehssss...

2nd, sebab aku naik je keje, ada report yang belum hantar ke Treasury huhu sedangkan dah lepas dateline (huhu lagi). Nak salahkan orang yang tanggung keje aku xleh gak sebab dia pun ada keje dia gak, kan? kan? Lagipun aku senang buat keje sendiri daripada sambung2 keje ni. Ada je yang tak puas hati hehe (bukan tak berterima kasih tau). So.. xberkesempatan sangat le aku nak ber tenet-tenet ni. Hehe.

3rd, sebab mood aku belum sampai pun nak wat2 karangan untuk tatapan umum ni even banyak cerita yang aku nak share. Banyak ke? Banyak la kan... kan...

Eh, 3 je? 3 cukup la eh.. idea tersekat jap dek budak lam perut yang asyik gerak2 je nih. Em.. teringin nak cerita hal Si Kakak yang dah makin membesar tu kan? N bakal adik dia yang cam aktif semacam je lam perut ni kan? (happy).

So, ok jumpa lagi di next entry..

cerita cerita je..

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Lama gile aku xupdate blog ni eh. Raya pun dah nak abesh dah pun. kan? kan?

Nak kata busy, adalah sikit2 betul n banyak2 wat2 busy, kan? kan? Apatah lagi dikala bos Mokhtar tu dah xde nak panggil2 masuk bilik je n bos Tewnam cam baik nak mam xamek kesah langsung ko nak keje ke tanak, nak makan gaji buta ke apa.. nawaitu masing2 bangun pagi2 datang keje la kan? Oops!

Nak cite raya.. raya aku this year kat JB lagi. Bukan laki aku tak berperikemanusiaan terhadap anak isteri dan keluarga mertuanya tau cuma aku yang baik hati dan berbudi pekerti mulia (ecehh) untuk beraya bersama adik beradik iparku yang tahun ni (sob sob) kehilangan both of their parents kan.. kan..

Itulah ceritanya.. mak mertua aku pergi Disember lepas.. tup tup ayah mertua aku ikut sama Ogos lepas.. ala2 dah dekat2 nak posa, nak raya, kan? Tapi nak wat macam mana.. takkan nak tolak takdir Allah kan? Itulah orang cakap Ayah sayang Mak.. tak boleh tinggal lama2.. sayu je, kan? Kesian aku tengok Eri ngan adik2. Tapi seriously diorang mmg tough gile. Masa mak pergi.. nampak juge 4 beradik tu dok sama2 n sedih2.. tapi time ayah aku nampak diorang ok2 je. Bukan la maksudnya diorang tak sayang ayah, tapi maybe diorang dah boleh terima n tahu macammana nak handle situation, kan.

Aku.. ntahlah. aku rasa aku tak rapat sangat ngan both mertua aku. tak sempat nak manje2 sangat pun ngan diorang. Aku juge xde pengalaman nak sedih2 sedara terdekat pergi so aku maybe tak banyak bagi support kat diorang kot. Huhu..

Tapi aku syukur ada Sufiyyah yang aku tengok banyak happykan diorang adik beradik. Sufiyyah pun even baru setahun jumpa Nyaie dia, tapi sampai sekarang dia ingat bila tengok gambar mak mertua aku. Sayu je.. Even masa ayah dah takde, dia ada tanya2 gak. Hope sangat dia tak lupa arwahs n aku as mak akan make sure Sufiyyah tak akan pernah lupa both arwahs.

Semoga roh mak ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan golongan yang beriman.. Aminnn

Thursday, September 25, 2008

Back to the Office!

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Assalamualaikum friends..

Lama betul eden tinggalkan dunia blogger ni. Eheheh... alahan mengandung...

Mula2 tu beria kan cite pasal nak kuat la hapa la.. last2 lagi teruk dari yang lepas. Time Sufiyyah dulu aku dok umah adalah dalam 2 bulan.. kali ni sampai 3 bulan! 1 bulan aku mc n cuti, 2 bulan lagi terpaksa unpaid leave.. ye la, sapa nak tahan aku dok mc lama2 kan? ekekeke..

Anyway, sekarang alhamdulillah, aku boleh la dikatakan sihat sepenuhnya daripada sickness2 ni... fenin2 ada la cikit2 n kadang2, tapi leh lagi wat2 keje harian ni kan..

Ok lah, nanti ada masa banyak3.. eden corat-coret lagi eh. There's soooo many things happened sepanjang aku berehat golek2 kat umah aritu.

N one more things... Rasanya belum terlambat kot nak ucapkan Selamat Berpuasa...

Monday, June 9, 2008

Cite campur-campur

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Tanggal 6 Jun 2008 bersamaan 2 Jamadilakhir 1429H, lahirlah seorang putera somel lomel di Dewan Bedah Hospital Putrajaya. Ekekeke.. of course la bukan baby aku lagi!

Baby Sela ngan Mail (Nuar). Comel sangat, putih, rambut lebat n idaman semua mak bapak.. behave.. Betul. Xdengar lagi bunyai nangis dia even time aku g melawat aritu dia memang tengah nak menyusu. Cup cap cup cap je bunyi dia isap mitten dia. Hadu2 budak bulat ni.. 4 kilo! semangat betul. Aku tumpang hepi untuk Sela even dia nampak struggle sbb baru lepas pembedahan, tapi ramai yang menolong dia. Ye la, orang baik dengan semua orang.. bila susah sikit, ramai la yang menghulur bantuan, kan?

Aku ni xde topik spesific kali ni cuma jari nak mengarang je.

Report aku dah siap tapi.. ah, nantila aku letak post special pasal kerja aku ni. Borink nak cite kat sini..

Pregnancy aku.. ok la. Aku xde rasa nak muntah yang teruk pun cuma banyak angin je lam badan n mulut n tekak aku rasa macam kena sentiasa ada fud yang lalu. Eri soh aku rajin sikit mengunyah kalau macam tu. Huh, cakap senang. Kalau aku ni keje kat kedai makan ke xpe la jugak nak mengunyah je keje. Dah la aku ni malas nak mengunyah.. huhu.. tekak ni rasa payau je.. ntah apa la yang dia nak.

Wiken 2 ari aku lepak je atas tilam kat umah. Almost semua keje including uruskan Sufiyyah Eri yang buat. Kesian juge tengok dia. Tapi aku cam letih sangat je asyik nak baring, tido je. Baring2 depan tv sambil layan Sufiyyah, sedar2 aku dah tertido hehe, boleh tak? Kepala cam penin je bila bngun, rasa berat semacam je.

Semalam anta mak ngan adik balik kat pudu. Lama gile tak jengah pudu. Since kawin, nak balik kampung memang dengan Eri, kan.. manalah aku nak jengah pudu tu. Sama je macam sepuluh tahun dulu.. bau asap.. buat aku lagi penin je. Seb baik mak dapat bas kat platform 1, tepi skali, ada pengudaraan n pencahayaan yang cukup untuk aku n Sufiyyah bernafas. Siap tertido ank aku tu ekeke. Tapi yang tak best, mak dapat bas tambahan. Rm40, ok tiket dr KL ke Sungai Petani, Kedah! Dulu aku naik RM25.. Aritu seingat aku masa tambang bas naik, adalah dalam Rm30. Aku tanya apsal mahal sangat? Macam-macamla alasan mamat tu yang menyampah aku nak dengar. Buang tenaga je aku tanya sebab dah tahu, jawapan memang aku kene dengar gak, kan? Huhu..

Pagi ni Sufiyyah Eri hantar ke rumah kak CT. Ya, kak CT.. dah ada kat rumah dah. Memang le kalau arini dia xde lagi kat umah nak jaga anak aku tu.. Aku tak antar, so xde cerita nak tulis kat sini. Nanti petang aku amek.. adalah cite aku esok hehe.

K la nak buat post pasal keje aku lak. Haduh...
.

Friday, June 6, 2008

Today's News (bukan cite minyak naik)

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Hehe akhirnya aku dah wat buku baru untuk my new coming baby. Rupanya all this while aku dah salah kire umur baby aku tu kikiki (boleh, tak?)

Yelah, manalah aku ada benda alah bulat2 yang diorang kire due date baby semua.. dah besar rupanya dia..


By now baby aku dah 6 weeks lebih. Alhamdulillah... selama 2,3 hari ni aku dh start pening2 tapi boleh tahan lagi rasa nak muntah tu. Cuma aku letih sangat n asyik nak tido je. Dulu time Sufiyyah aku lagi teruk hehe. Nak angkat kepala pun dah tak larat, lembik terus. Kali ni kan aku nak kuat.. tapi macam tak boleh je..


Tadi pagi memang lapar betul tapi tengok fud semua rasa macam xboleh telan je. Geram je tengok Yong ngan Jai makan dengan sedapnye. Aku, seketul kueh pun xabis. Last2, pegi beli roti kat mamak. Beli sekali kacang kude rebus. Kat tempat, keje aku mengunyah kacang kuda tu xberenti2 sampai la satu tahap rasa semacam je kat tekak. Aku dengan maintainnye g toilet. tapi bila dh tengok lubang toilet tu.. semacam je semua kacang kude yang aku kunyak lumat n telah tadi keluar balik! Huhuhuhuhu...


Rasa cam nak balik g kelinik amek MC. Tapi Yong soh aku kuat. Takkan nak cuti tek tiap ari kan? Em...


Sela pulak dah masuk labour room. Air ketuban dia dh pecah. Camne la Sela kan? Semalam pun dah berair mata, takut.. Hope dia ok.. Hope dia dapat survive kat dalam tu... Teringin nak tengok muka baby Sela.


Tak sabar nak balik umah. Jumpa Sufiyyah, penyet dia, tadi tak sempat.. as usual aku lari keluar umah je ekeke. Nak makan nasik lauk gulai ikan temenung ngan bendi yang mak masak. Sedapppnye....


Cepatla pukul 12...
.

Tuesday, June 3, 2008

Her 2nd day

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Hari ni or petang semalam korang mesti tertanya-tanya macammana la Sufiyyah end up kat Nursery tu kan?

Aku lagilah suspen.. Lunch hour sanggup aku balik rumah n nangis kat tepon dengan Eri sedih je teringatkan macamana la nasib anak Sulung aku yang somel lomel tu, kan? kan?

Petang je pukul 5, aku terus g amek dia kat bawah. Dah tak off pc dah! Hehe.. but b4 that aku ada call mak kat Kola Kedah. Even mak tengah sibuk urusan pindah rumah, tapi bila aku cerita nasib Sufiyyah tu, terus je mak aku nak datang tolong jaga cucu mak yang sorang tu. Tapi mak tak dapat datang immediately la, esok baru boleh datang. Lega aku.

Ok, sambung bab Sufiyyah. Aku sampai je, aku nampak cikgu dia dah tunggu kat depan pintu. Aku dengar cikgu dia panggil dia, "Sufiyyah, mama dah datang.." Aku jenguk sikit nak tengok mana anak aku tu. Nampak je aku, berlari laju gile dia datang kat aku. Muka dia? Ceria gile.. Epi je aku tengok muka dia. Macam muka time aku amek kat rumah Kak CT. Means, dia ok la kan?

Dia minta aku angkat, tapi aku cakap xnak. Aku ajak dia masuk dalam balik coz nak amek barang2 dia n nak juge tengok2 lagi sekali kat dalam tu. Semua budak2 n baby dah mandi.. Dah comel2 la. Masing-masing tengah main2 n hepi. Sufiyyah terus tunjukkan aku macam-macam mainan yang dia main. Memang dia hepi.

Aku tanya, dia ada nangis lagi tak? Diorang cakap, nanis yang terus tu xde la cuma sekali sekala dia macam tanya2 "Mama mana?.. Sufiyyah nak mama..". Halla... sayu ati aku dengar. Ada gak cikgu dia kata, bila diorg nyanyi lagu 'ABC', dia pandai sambung. Diorg tanya ada ajar kat rumah ke? Aku cakap ada la nyanyi2 sikit. Hehe.. aku memang suke nyanyi2 lam kete kat Sufiyyah n dia pun akan nyanyi sama sambil ajak ayah n semua yang ada kat lam kete nyanyi sama-sama.

So.. Sufiyyah cam ok je.. Hope harini pun ok..

Tadi hantar dia, Eri pun ikut hantar gak. Dah sampai dalam tu, ada budak yang nangis, jadi dia terjaga. Aku dah risau. Tapi dia cam ok, melepek kat aku n bila cikgu2 dia approach, dia senyum malu2.

Pujuk2, ajak tengok bob builder kat tv (walaupun xde), xjalan. Dia senyum tapi geleng2 kepala. Pujuk lagi ajak tengok big bus, baru dia nak kat cikgu tu. Dah bawa dia pergi, tengok budak2 lain, aku slowly keluar. Sedih juga xdapat kiss n penyet dia macam selalu tapi ok la.. better daripada dia meraung kan? Aku gak xdpt wat keje.

So, sekarang dah lega sikit. Nak siapkan report semalam.. nanti lunch hour aku nak g melawat dia.

Emm already miss her huhu.
.

Monday, June 2, 2008

Caca Marba

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Hmm pening aku sepagi ni. Last wiken, Kak CT (baby-sitter Sufiyyah) balik kampung kan. Pagi ni as usual Eri kuar nak hantar Sufiyyah g umah Umi dia. Eri kuar awal coz dia ada meeting n kena g Parlimen pulak.

Tengah aku siap-siap, bunyi enjin kete Eri kat luar umah. Eh? Tadi macam nak cepat sangat? Eri buka pintu, keluar Sufiyyah sambil senyum kat aku. Hah, sudah! Eri kata Kak CT cuti sampai nxt wik! Gila.. pening aku. Eri pas je Sufiyyah kat aku, dia say sori, terus gerak keluar balik. Huhu...

Aku dah la start busy this wik. Report kalau boleh nak kena siap by today. Macammana? Takkan nak cuti seminggu? mampus tak dapat. Takkan nak bawa Sufiyyah bertenggek kat sebelah aku ni? bertuah aku dapat wat keje ngan tenang.

Otak geliga aku ni teringat nursery kat ofis aku ada buka hari ni. Baru buka harini, sebenarnya. Selama bertahun dh planning, hari ni baru rasmi bukak nursery kat ofis aku ni. Tapi dalam hati, aku bersyukur gak la kan sebab aka alternatif lain untuk letak Sufiyyah. Soalnya sekarang, nak tak dia?

Hehe.. kalau tanya, memang jawapan dia tak nak je. Sedangkan hantar rumah Umi dia pun susah, ini kan tempat tak biasa. Tapi nak buat macammana kan? Aku takde choice. Memang terpaksa juga paksa dia. Aku nak hantar seminggu je (dalam erti kata lain, 5 hari je)

Mula-mula masuk ofis tu, dia behave. Tapi memang melekat je la ngan aku tambah bila cikgu-cikgu kat situ nak cuit-cuit. Aku memang dah sebak pun ekeke tapi, ku tahan-tahan, jebat! ececeh. Dah isi borang semua, aku bawa dia masuk tengok2 dalam. Nampak mainan je muka dia dah ceria. Tapi tak berani pegang, cuma minta izin aku je. Aku bagi green light, baru berani nak pegang ball. Dia main sikit-sikit, aku terus bawa dia ke bilik yang aku tengok banyak budak sebaya dia n ada yang meraung-raung pun ada. Kesian. Aku makin sebak. Tak dapat bayangkan Sufiyyah nanti bila aku tinggalkan dia kat situ.

Aku letak barang dia, suruh dia baring. Dia pelik agaknya tengok ramai budak. Kejap baring, kejap bangun balik. Tapi aku perasan dia tak lepas pandang aku. hehe perasan aku nak tinggalkan dia la tu. Bila ada cikgu yang datang dekat, cepat je dia bangun duduk kat aku. Aduhai.. macammana ni?

Lama jugak la aku kat situ, dia xnak tido-tido. Aku bawa dia keluar. Bagi dia main. Dia cam hepi sikit kat luar tu agaknya sebab banyak mainan n tak bising ngan budak-budak lain kot. "Sufiyyah nak panjat?: Dia tanya aku. Aku cakap boleh n dia hepi lari-lari kat situ. Bila ada cikgu datang join dia n dia ok je, aku slowly blah. Dia tak perasan..

Aku lega sikit tapi seriously aku sedih.. nak nangis je rasa. Aku naik atas nak amek kunci kete sebab nak balik ambil susu n toilettaries dia kat umah, aku tak bawa tadi. Kawan-kawan ofis tanya Sufiyyah ok tak.. huhu serious aku xleh cakap dengan diorang. Sebak!

Sampai nursery tu balik, aku xnampak orang kat depan pun so aku decide masuk je. Time tu aku dah tak dengar suara budak nangis. Agaknya masing-masing dah ok kot? Tetiba je Sufiyyah muncul dengan sorang cikgu pimpin tangan dia. Dari jauh aku dengar dia cam nak nangis balik cakap "Sufiyyah nak mama.." Alamak! ni teruk ni. Aku xdapat nak lari dah, dia dah lari terus kat aku dah!

Terpaksa la aku masuk pujuk2 dia sambil aku tagging-tagging barang-barang dia takut tertukar dengan budak lain, kan. Kali ni lagi parah la nak pujuk dia sebab tadi dia dah tahu kena tinggal. Melekat je la dia dengan aku. Aku try lari-lari tapi tak berjaya. Puas dipujuk-pujuk, tak jalan juge. Aku lari sikit je dia dah nangis bukan main. Haduh! Cikgu kat situ pun dah pening, aku rasa.

Then, ada peluang je aku lari keluar. Tutup pintu. Apalagi.. meraung bukan main la dia. Sedihnya aku dengar.. Aku tak terus keluar, tak sampai hati aku. Aku dengar nangis dia bukan main! Aku tunggu je kat luar. Tak reda-reda nangis dia sampai la kat 15 minit! Memang kesian.

Last-last, aku jenguk sikit kat celah pintu. Aku nampak cikgu tu tengah bukak baju n seluar dia. Rupanya dia dah muntah! Hala... dengar gak cikgu tu marah dia. "Haa, ni siapa nak cuci ni?" sambil tunjuk-tunjuk kat tempat dia muntah. Sufiyyah sambil sedu-sedan jawab slow "Sufiyyah muntah".. Halaa.. memang tak sampai hati aku dengar suara innoncent tu. Mana la dia tahu, kan? Pas tu aku dengar dia minta bantal dia. Cikgu tu marah lagi cakap bantal dia dah kotor kena muntah. Merauing lagi kuat la dia.

Tak boleh jadi aku dengar cikgu tu marah-marah dia, aku buat muka selamba, buka je terus pintu. Meluru dia datang kat aku sambil sedu-sedan.. Aku pujuk2 dia sambil marah sikit-sikit... aku ambil towel dia, syampers baru n bedak, aku bawa dia pergi mandi. Dah mandi, aku pujuk2 dia lagi. Geram pun ada juga tapi nak buat macammana kan. Bukannya dia faham pun. Dah tukar baju baru, wangi2 sikit, aku bawa dia baring. bagi mantal sapa ntah yang ada kat situ hehe, sambil pujuk2 dia.. Mula2 dia baring ok, tapi agaknya dah memang bukan tempat biasa dia, kan.. tak boleh la nak tido.

Then, aku ajak dia main kat luar. ramai budak-budak lain pun tengah main kat luar. Slowly ada cikgu lain (yang nice sikit la) approach dia. Aku tengok cam ok je.. aku blah slowly.. Aku tengok dia asyik ngan mainan tu semua.. Aku keluar.

Huhu sedih tau. Tak tahu la macammana perasaan mak ayah lain, tapi aku ni sensitif sangat pasal anak aku.. Ikut hati memang nak je aku jaga dia sendiri tapi aku kena kerja. Bukanlah gaji Eri sorang tak cukup nak tampung kitorang tapi aku sendiri rasa aku perlu kerja untuk masa depan aku n Sufiyyah juge. Ada gaji, leh la sopping2 hepi2.. n at least aku ada simpanan sendiri kan?

Hmm aku hope sangat dia ok kat bawah tu. Tengahari aku xnak g melawat dia la sebab takut nnati kesian kat dia je. Aku turun, dia yang sedih2 kan.. biarla dia main2 n letih, tido.. lapar, makan.. nanti petang aku amek dia awal. Aku bawa dia g swimming kat Presint 9 tu.. huhu Mama miss Sufiyyah...

Friday, May 30, 2008

Rajinnya aku! Ececeh

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Tajuk post aku arini macam best kan? Memang best la.. penat tau aku berangan nak tulis blog pagi2 ni.

Harini Kak Siti (Sufiyyah's Baby-Sitter) cuti-balik kampung kat Kelantan. Ye la cuti sekolah kan sekarang? Bila fikirkan kak CT nak cuti je, kitorang dah start risau sebab sapa nak jaga si Sufiyyah tu. Yela, dia bukannya nak kat orang lain. Maka selalunya terpaksalah either aku atau Eri bercuti dan selalunya of courselah aku kan sebab Eri tu seorang pekerja yang sangat dedikasi dengan kerja dia. Heh.

Tapi this time Eri awal-awal dah offer nak cuti n jaga Sufiyyah. Tak pelik pun sebab sekarang bos dia xde g Jepun. Lagipun arini Jumaat, Parlimen xde. So, boleh la dia tolong baby-sit kan Sufiyyah harini. Aku pun epi..

Memandangkan juga Eri yang menjaga Sufiyyah di rumah, tidaklah dapat dia berbuat apa melainkan menjaga anaknya itu sahaja. Maka aku kenalah menyediakan keperluan siap-siap supaya Eri tak kelam kabut n yang penting rumah tu tak la tunggang langgang sangat bila aku balik nanti (bila lelaki baby-sit, faham-faham la.. ekeke).

So, sebagai pemulaan.. breakfast yang agak heavy perlu disediakan (atas permintaan, ok). Maka aku dengan jayanya telah bangun awal, seawal pukul 5.30 pagi intuk menyediakan juadah untuk pengisian perut kedua-dua kesayanganku itu.

Ha... disinilah kerajinan ku yang aku maksudkan tadi! Ececeh.. malas nak cerita, lagipun dah tengahari ni, aku banyak keje nak buat, aku tepek je la gambar2 ni buat tatapan teman-teman sekalian. Ok?

ayam masak kicap untuk si kecik Farah Sufiyyah

kentang kicap bercili untuk si ayah

main menu-nasi goreng

muahaha.. selamat makan sayang-sayang ku!

Aku? Aku as usual, makan kat mamak le ngan kengkawan opis. Ehehehe.
.

Thursday, May 29, 2008

Nasib badan..

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Hari ni malas aku nak tulis blog. Tapi dek kerana sorang hamba Allah tu telah membuat aku terasa hati, nak juga aku luah perasaan kat sini.

Eheh. Bukanla nak luahkan perasaan sangat pun. Terasa, kan..

Ada la sorang member ni konon2 dia tak sihat. Sehari dua ni aku perasan la dia macam semacam je kan.. (tak sihat la tu) tapi cam xnak mengaku tapi asyik datang kat kitorg buat muka tak sihat kan dengan sapu tangan dia tu.. lantaklah.

Semalam time aku dok borak2 ngan member aku dia datang lagi bgtau dia xsihat. Aku syak dia pegnen la tapi dia kata "taklah.. surprise.." aku malas nak komen sebab diri sndiri cakap tak, kan? takkan aku nak pndai2 laks. Cuma aku epi la kalau ada geng pegnen sesama lgpun aku mmg epi dgr org pegnen ni, boleh ramaikan umat Muhammad, kan? ececeh.

Arini time aku borak2 ngan member aku lagi, dia datang lagi. Untuk pengetahuan, dia ni memang tak anggap kitorang kawan dia pun. Katanya bila susah je dia cari aku. Bila senang dia ngan kawan-kawan dia. So, ni terang-terang la kes time kawan xde baru nak cari orang lain, kan?

Dia tanya kelinik time ni (pukul 11pg) orang ramai tak. Kitorang jawab la tak. Dah memang tak ramai pun. Tengok dia dngan sapu tangan asyik tutup mulut je, muka pun sememeh semacam je, suara pun lemah je, kitorang suruh la dia pegi kelinik. Aku siap kata "g la cepat, ko kat sini wat semak je, kalau ko pegi, kurang sikit." Haduh! Cam laser je kan mulut aku? Ala.. bukannya dia nak terasa pun. Betul, dia tak terasa punyalah.

Sebab apa tau, sebab dia ada agenda dia nak dok lagi kat situ.. (jarang la kalau ada best pren dia, dia nk lepak2 mengadu domba kat kitorg, kan?).. Dia cakap, dia rasa semacam, asyik sakit belakang.. (cam masalah aku jek? ekekekeke) So, aku dengan baik hati serkap jarang la lagi "aa.. kan aku kata, ko ni pegnen la. Aku dulu pun cam ni gak." tapi dia still deny. Takde lah.. "aku pun tak tau. Taknak la mengharap. Tak nak Xcited sangat awal2, takut tak jadi pulak." Ok, aku dah terasa sikit tapi ok lagi la sebab xde kaitan ngan aku pun. Lagipun dia pernah gugur aritu, maybe betullah dia takut nak xpect lebih2 kan?

Aku ngan member aku soh la dia p wat pegnancy test. Siap bg harga benda alah tu lagi, siap bgtau nak wat macammana lagi sedangkan dia dh ada ank pun, macam xbiasa kan? Tapi tulah, kitorang ni niat baik, nak tolong member... macam2 gak la alasan dia. Dia kata nak tau dari mulut doktor sendiri.. Alamak ni yang aku bengang nih. Nak tau dr mulut doktor, yang datang menyemak kat kitorang apahal? G la kelinik, sana ada doktor.. nak juga berteka-teki kan?

Then, bila dah bertambah orang sikit berkumpul kat situ, dia pun cakap.. "Sebenarnya aku dah buat test".. sambil malu2 tutup mulut ngan sapu tangan dia! Hek eleh.. nak je aku sekeh kepala dia. Ye.. ye tak ngaku.. then tetiba siap balik tempat amek pelastik watson yang kat dalam tu ada pegnency test dia tu! Bodoh punya orang! Geram je aku..

Tapi kitorang still layan lagi.. belek la benda alah yang ada bekas urine dia tu kan? nah! terpampang 2 line, tau.. 2 line! Memang la.. Bila kitorang soh p je kelinik (sebab dah malas nak layan dah), dia cakap.. "aku xmau la mengharap sangat. Aku nak tau dari mulut doktor sendiri.." Haduh! time tu memang aku dah makin bengang. Apalah bangang sangat tak paham bahasa punya orang. Ke nak attention time kawan-kawan ko tak de? Yang best, siap bgtau " Sebenarnya aku dah buat 2,3 hari lepas dah..". Ampeh. Patut la semalam "surprisee.."

Itu ok la lagi. Aku still tumpang hepi la even dia xsure lagi, kan? Tak tau la kot dia beli yang murah jual kat pasar malam kot sebab tu xnak percaya test dia tu, kan?
Tapi bila part dia cakap "aku dah muntah, tau.. tak percaya tanya kawan-kawan aku".. aaa.. mulut laser aku ringan je sambung "oooo, jadi betullah kitorang ni bukan kawan ko. Kitorang tak tau pun?" Tergamam dia kejap. Amek ko. Oops!

Agaknya dia terasa ngan aku dia cakap lagi.." Umi, ko tak muntah pulak eh? aku tengok ko hepi je MACAM XDE APA-APA PUN?" What?? Suke ati ko je..depan orang ramai lak tu? Ampeh ko.

Ok ok lah.. maybe sebab aku lom betul2 cek kat kelinik.. aku lom jumpa doktor.. aku belum pening.. aku belum xsihat cam ko.. aku belum muntah cam ko.. betullah...

Tapi aku memang terasa. Seb baik aku cover, aku xnak dah lembik2 cam dulu. aku nak kuat. Xnak psyco sangat. Letih wooo. Aku nak epi2 je. Aku dah ada Sufiyyah. Kalau aku lembik cam dulu, kesian Sufiyyah. Sapa nak jaga dia, kan?

Takpelah.. aku hope dia sihat n baby ok...

Oops! Berita terbaru, aku dgr dia dapat MC 7 hari sbb bleeding. Tak kisah la. Janji aku sihat... kan kawan2?...

.

Wednesday, May 28, 2008

Terkenang...

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Actually baby kat lam perut aku ni kecik lagi. Kecik la aku kira, kan? Aku pun xsure berapa usia dia. Dah sebulan ke belum.. ke dah berbulan? ekeke (mana adalah!)

Tak sure sebab aku g kelinik aritu nak bukak buku (siap bawa buku Sufiyyah yang dah lunyai tu, ok), siap Eri teman lagi (bg semangat), tapi bila dah turn aku (seb baik xtunggu lama) alih2 nurse tu kata awal lagi, xleh buka buku. Huhu... frust! aku dahla semangat dh bgtau satu dunia kan yg aku dh pegnen..(epi siot, pegnen nih).

Yela, xleh nak salahkan nurse tu pun.. aku bukannya terlambat datang period sampai 2,3 minggu. 1 hari lewat pun belum! ekeke. betullah aku ni semangat. Hope baby kat lam perut aku pun semangat gaks. Abeh.. dh tau awl, kan? nak juga jaga perkembangan dia from the first day..

Tak nak la orang kata anak first je kita akan teruja nak tau perkembangan n everything untuk dia, kan? Aku xnak bezakan my baby even since diorg lam perut lagi. Even cam rasa Sufiyyah lain, baby ni lain tapi kalau boleh biar sama. Anak aku, kan?

Aku pun dah tak ingat sangat dah masa aku mula2 pegnen Sufiyyah dulu. Yang aku ingat aku sangat kuat makan.. asyik nak makan je. Kene pulak ada sorang kak tu (Kak J, I miss U..) rajin beno bg aku makan. Dia macam dah syak2 aku ni pegnen tapi aku xpercaya sebab aku baru je kawen kan (adalah sebulan cam tu)..

Sekarang pun aku rasa cam makan banyak (Alhamdulillah). Eri pun tegur dia perasan aku kuat makan n mesti abisnye apa yang aku makan. Dah xde bazir2 macam dulu lagi dah. Dah xoffer dia tolong abiskan fud aku dah.

Terperasan gak dia pandang2 aku makan sensorang nasi goreng ikan masin ngan telur dadar kat Jusco semalam, x offer dia. Tapi aku xkire, aku cam lapar sangat je sedangkan petang tu pukul 4 aku baru je abiskan semangkuk keow teow sup daging n tengahari aku bantai nasi putih ngan ikan bakar cecah air asam yum yum gile ngan ulaman ngan sayur lemak ngan ayam goreng kunyit n lagi pagi tu aku dah belasah mihun goreng ngan roti sebungkus!

Bestnye dapat makan banyak! heaven jek rasa. Sebelum ni, serious aku cakap aku jeles tul ngan kawan-kawan aku yang boleh makan n makan n makan. Bukan je ngan kengkawan, ngan Eri ngan Sufiyyah pun aku jeles! Aku kalau makan, mesti separuh pinggan pun xabesh! beli bukan main selera! Kesian kan, aku? Tu yang kerempang jek.. ekeke.

Tapi kali ni aku nak bulat! Nak bulat macam aku pegnen Sufiyyah dulu. Epi je orang cakap aku santek. Epi je orang cakap berisi macam tu baru ok. Epi tau..

Tapi taknak dah muntah2 cam dulu.. Serious.. cam dah tak nak pegnen lagi dah rasa. Hari-hari masa 1st 3 months dulu aku tanya mak aku, bila nak baik.. bila nak baik. Rasa cam nak cabut je tekak. Rasa nak buang je perut tu... Nyesal pegnen pun ada time tu! Haa punyalah dasat aku punya seksa. Nak bangun duduk pun xlarat tau. Melepek je.. makan, minum pun baring je dulu. Sampai aku decide amek unpaid leave! Siap naik wheel chair, tau!

Aku bukan je moning sickness, everytime sickness lah. Pagi, sebelum tengahari, tengahari, sebelum petang, petang, malam, malam, malam, pagi sebelum siang.. muntah je keje aku. Muntah lak, xcukup mulut, kot idung pun keluar tau! Seksa.. Makan, xusah pk le.. Mak aku masak, aku siap duk lam bilik, siap tutup kat bawah pintu yang ada lubang sikit tu ngan kain so dat bau xmasuk. Bukak kipas kuat2. Makan pun nasi putih ngan ikan bakar je yang lalu. Lain, jangan arap le nak masuk mulut aku. Sian mak.. terima kasih banyak2. kalau mak xde datang teman aku.. jenuh la.. Sayaaaaang aku kat mak bertambah tambah bila teringat macammana sabarnya mak aku jaga aku.

Tapi yang best, aku awal2 pegnen nek kapal terbang sebab Doktor aku xbagi nek kete. Takut efek baby aku time tu. Sufiyyah umur 14 hari (dalam pantang) aku nek kapal terbang lagi coz nak antar aku balik berpantang kat Kola Kedah... best kan aku ngan Sufiyyah? Mak aku pun tumpang nek kapal terbang gak ehehhe. Thanx Sayang...

Tapi aku sensara masa 1st 3 months tu je la. Lepas tu hari-hari Kak J masak kat aku best2 (dia bawa bekal). Tu sebab Sufiyyah ada rupa Kak J (Kak J anak cina, tau!).. untung kan aku, kenan Kak J? Sufiyyah pun rajin, pandai macam Kak J. Aku ni bukan xde semua2 tu.. tapi kureng sikit la ekekekeke. Tapi arwah mak Eri pun anak cina, lagi Eri adik beradik pun pandai2.. rezeki la kot, kan? (ekeke lagi)

Apapun, aku hope adik Sufiyyah pun cantik (ke ensem? .... berangan jap), pandai, rajin, cepat belajar, macammana Sufiyyah. Even ada yang cakap mungkin tak sama, tapi aku hope diorang sama or at least ada kelebihan masing-masing. Kan? Kan?

Dan yang penting.. Tak nak dah wek2 cam dulu... huhu... so far cam ok jek. Jangan la dah buat buku je dia wat perangai eh? heh.

.

Monday, May 26, 2008

move out n in

ng0meL by ummi 2 lagi tambah ng0meL Links
Dari tahun lepas lagi mak aku beria nak pindah ke SP (sungai Petani). Siap nak jual umah yang kat kola kedah lagi. N sekarang hasrat mak dah tercapai.

Aritu awal bulan 5 masa aku balik Kedah (lama gile xbalik kg), mak suruh balik SP. Umah SP lom siap pun tapi mak ngan ayah dah dok sebab nak jaga umah tu yang tengah renovate. Bukan apa, ada barang dalam umah tu n bila renovate, umah tu dah tak de dinding, pintu even tingkap! Seb baik la bumbung wat teduh ujan panas still ada ekekeke. Kalau tak memang tak tido la si Farah Sufiyyah tu.

Sekarang ni informer kat umah (my youngest sister yang tengah semester break) bagitau mak tengah sibok packing2 pinggan mangkuk dia. Hehe pinggan mangkuk mak memang leh wat kenduri banyaknya! Sikit2 diorang angkut ngan kete kancil ayah yang somel lomel tu. Adik cam tak epi je..

Yelah, rumah kola kedah tu yang kitorang kenal sejak buka mata. Dulu bila mak ayah pencen, mak memang dah ajak pindak dok SP. Sayang umah ayah kat sana xde orang jaga. Lagipun mak kata dekat ngan family adik beradik ayah. Betul gak. Tapi kitorang memang tak nak. Bertahun-tahun dari kecik sampai besaq dok p SP, tak minat langsung la.. Beza sangat SP dengan kola...

Kola ada banyak kawan. Kola ada banyak makanan. Kola ikan fresh. Kola banyak sedara, jiran. Kola dekat ngan Langkawi. Kola tempat kitorang lahir (dari yang sulung sampai ke-5, mak aku bersalin kat umah sendiri). Kola banyak kenangan. Kola raya best. Kola dekat AS, dekat kawan2 sekolah. Pagi2 kola ada nasik lemak Mat Rodzi (laki aku pun ketagih). Kola ada semua la. Hepi je Kola Kedah.

SP? SP sebok, SP sesak, SP panas, SP xde jiran, SP xde kawan, SP xtau nak jalan mana. SP tak kenai sesapa...

Adik aku yang bongsu la yang paling takmau pindah. Kami yang lain pun tak mau sebenarnya. Tapi mak nak.. mak nak ubah angin kot? Ayah pun dah jumpa kawan baru haritu ekeke. Ok lah.. mak ngan ayah yang nak dok situ pun, kan? Kami semua dah kemana2. Tapi risau gak jiran kat Kola macam sedara. Jiran kat SP belum kenai.

Rindu la Kola... aku even kat sini since abis SPM, terasa gak kalau tak balik Kola. Cam tak cukup lengkap ja. Aritu pun aku cari alasan nak beli barang n nak jumpa tok yang dok umah Mak Andak kat Jalan Kuala Kedah tu. Dapat gak aku balik umah jap.

Umah tu tempat aku lahir, tengok adik2 lahir (walaupun tak ingat), aku membesar, nakal, sambut raya, bercuti semester, aku bertunang, kenduri kawen aku, aku berpantang Sufiyyah.. banyak gile la kenangan! Terasa gak la tapi nak wat macam mana.. life goes on, kan?

Lagipun aritu balik SP pun ok gak la. Turun highway SP Utara, terus je (jauh sikit la) sampai simpang masuk taman umah. Kawasan pun dah crowded gile! Kedai makan bukak sampai kul 3 pagi, depan umah je! Nak sopping pun ada Tesco besar tak jauh dari rumah (bagi aku tak jauhla kalau nak compare dr putrajaya ke The Curve or Mid Valley kan? or at least Tesco Puchong, kan?) kat area umah tu seminggu sekali ada Fun Fair! n ada The Carnivall baru buka (macam Sunway Lagoon). So... ok la kot eh?

Cuma persoalannya raya tahu ni nak raya kat mana? Aku still nak raya kat Kola Kedah. Ramai lagi yang aku nak jumpa ni... nantila tanya mak eh? heh.

Friday, May 23, 2008

Progress

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
It's been quite a long time eh aku tak tulis pasal my Lovely Princess Farah Sufiyyah.

Since now dia dah masuk 20 months year old or 1 year n 8 months, n she's getting to have a brother or sister..ececeh... ni adalah research yang aku buat sedikit sebanyak untuk make sure she's ready dgn kehadiran new member in our family nanti.

Farah Sufiyyah kat kenduri Ipoh

PERINGKAT-PERINGKAT DALAM TEORI TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT J. HAVIGHURST
Peringkat Bayi, Awal Kanak-kanak (0-2 tahun)


Bayi dan kanak-kanak peringkat ini cuba menjalinkan hubungan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik, dan pengasuhnya.
<-- she's very loving even to the caractor in the TV sampai sanggup hug TV tu!, bila nangis kena marah dia akan cakap "nak umi..(her babysitter)", balik je rumah petang, dia akan cakap "mana kakak anis?(neighbour sebelah rumah):, "Sufiyyah nak main dengan kakak anis".

• Sistem deria, persepsi dan fungsi motor kanak-kanak beransur-ansur menjadi matang.
<-- matang tu aku xsure macammana tapi dia dah pandai buang sampah sendiri dalam dustbin yang kena pijak tu!, pandai lap air yang tumpah, pandai ambil barang yang kita suruh.

. Kanak-kanak patutnya capai kecerdasan deria motor dan ___ sebab musabab primitif.
Contoh : Makan - lapar

<-- ya, bila dahaga minta milo or vitagen yang ada dalam icebox, bila minum - "nak 'air manisss', bila tanya nak makan apa - "nak mee (sizzling)", bila keluar rumah - "kite nak g Alamanda!", bila bergurau- "mama, Sufiyyah nak adik?"

Perkembangan Kanak-kanak / Toddlerhood (2-3 tahun)

Kanak-kanak boleh melakukan pelbagai pergerakan seperti turun naik tangga
<-- umah aku 2 setengah tingkat, tau! tapi memang kena jaga la, tak confident, aku..

Kanak-kanak sudah boleh berkomunikasi dalam bahasa mudah dan boleh terlibat dalam permainan fantasi seperti kotak dijadikan kereta.
<-- sungguh aku la yang jadi mangsa kena tolak kotak tu atau tudung saji!. berkomunikasi... she's very petah, tak de pelat2 langsung!

Kanak-kanak suka cakap sendiri dan bermain seorang diri serta membayangkan dirinya berada dalam situasi yang dialami oleh personaliti yang diminatinya. (selalunya ibu bapa adalah personaliti kegembaran mereka).
<-- aku selalu amek video dia cakap sorang-sorang or dengan elmo dia kat atas tangga, bahasakan diri dia 'kakak'. ekekeke

Dia juga belajar mengawal pergerakan diri atau mengawal emosinya.
<--dah berlari tak jatuh, dah pandai panjat gelongsor, pandai naik (duduk je) atas basikal. kalau jatuh sikit je dah tak nangis (cuma mengadu kat mana sakit)

Hmm, untuk semua ni, dia pass. Even perkembangan yang umur 2-3 tahun tu pun dia dah capai! So, that's why la kitorang suami isteri decide dah ready untuk tambah ahli baru. Afterall we think she need a friend.. don't you?

Main lari-lari depan rumah

miss her

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Agak-agak sapa la yang aku miss ni kan?

Rasa macam miss sangat Sufiyyah. Bukan la aku ada hantar dia balik kampung or xjumpa dia semalam or pagi ni.. just rasa macam dah lama tak main2 dengan dia.

Maybe sebab aku dah tak hug dia sangat, dah tak angkat n penyet dia dalam arms aku n more dah tak hantar dia g umah baby-sitter dia pagi2 dah kot? Rasa jauh je...

Dulu, every morning tak kire cepat ke lambat ke siap aku ni, aku yang akan hantar dia ke rumah baby-sitter dia. Eri akan angkat dia letak dalam car-seat kat belakang sebab selalunya dia akan tido lagi time aku hantar dia tu.

Then, aku drive sampai umah baby-sitter yang yang tak berapa jauh tu (tapi kalau jalan kaki nak angkut budak berkilo-kilo tu.. mahu patah gak pinggang aku ni kan?). Sampai, aku angkat dia, sambil hug, penyet sikit2 (ekeke), sampai ke tingkat 3 (alala of course la naik lif, kan?).

Barigkan dia, aku kiss dia be good (not gud bye eh). Tapi kalau dia dah terjaga, alamat kena la ada aksi pujuk memujuk.. tapi aku suke gak part ni sebab dia akan melepek de kat lap aku sambil aku hug (penyet) dia lagi sambil pura2 pujuk dia g kat baby-sitter dia (ekeke). Kadang-kadang dia ok n senang pujuk. Kadang2 mau merah punch kad aku, n basah la pipi kembung dia tu..

Sekarang, bila tau aku pegnen.. kitorang decide Eri yang hantar dia pagi-pagi n aku amek dia petang nanti. Petang, selalunya dia akan awake untuk tunggu aku amek dia. Tengok dia melompat-lompat, pusing-pusing n berlari-lari bila aku amek memang hepi sangat. Itu tak kire lagi mulut dia yang pot-pet2 cite apa dia buat haritu. So, bila dia awake, aku pimpin je dia jalan..

Bukannya apa. Dulu aku ada kes bleeding yang quite teruk n Doktor cakap kandungan aku (yang masa tu baru 4-5 weeks) hanya 50-50. "Kalau ada, ada. Kalau xada, xadalah..". Sekarang pun aku asyik sakit perut je. Risau juge. That's y kena jaga2 lagipun kandungan aku ni baru sangat lagi...

Tapi Tuhan saja yang tahu.. Oh, how I missed to hug n penyet her...

Wednesday, May 21, 2008

Heppi Heppi Heppi alalalala

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Muahaha.. hari ni memang la hari gembira aku sedunia. Hope kegembiraan ni sampai malam ni, esok , lusa, tulat, tungging… (dah, dah)..

Haduh. Xtually aku cuba xnak hepi2 sangat tapi almaklumlah, hormone tengah tak stabil ni.. Kepada yang kurang hepi, jom, baca blog aku seterus nya nih.

Oklah, bukan nak tulis cite baby lagi. It’s too early la people. Aku pun blom p check kat klinik lagi, baru dok syok2 sendiri eheheh. Bukan apa, kang takut aku ni bermasalah sikit. Dibuatnya lepas doc tu confirm je, aku penin n masuk wad lagi cam aritu, camne? Oouuuiii.. xnak aku. So, skrg ni aku nak enjoy dulu! Ekekeke…

Ok, berbalik kepada tujuan aku sebenarnya (sebenarnya, k), dah lama aku tercari-cari nak tunjukkan korang satu cerita yang aku suke bangat nih. Try la.. bg yang suka foreign movie, mesti best. Ala, aku xkan cadangkan korang tengok wayang yang ado kat panggung sekarang ni. Boring… yang aku nak tunjuk, memang something.

Wah, panjang gile into. K.. cite dia nama Amelie. Ni cite French. Kalau cari DVD maybe dapat yang ada translation. Tapi kalau dengar bahasa dia lagi best r.

Ni aku paste sikit la yg aku dapat dari internet:

Bursting with imagination and having seen her share of tragedy and fantasy, Amelie is not like the other girls. When she grows up she becomes a waitress in a Montmartre bar run by a former dancer. Amelie enjoys simple pleasures until she discovers that her goal in life is to help others. To that end, she invents all sorts of tricks that allow her to intervene incognito into other people's lives, including an imbibing concierge and her hypochondriac neighbor. But Amelie's most difficult case turns out to be Nino Quicampoix, a lonely sex shop employee who collects photos abandoned at coin-operated photo booths.

Haa… jadi, apa kata korang g cari DVD dia sekarang. N kalau jumpa please bgtau aku sebab akupunya ado hamba Allah kawan laki aku dah jahanamkan! Ampeh!

ni rupe DVD dia

ni rupe Amelie ni.. sexy kan?

Our second one is coming!

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Jeng jeng jengggg... of course it's a very big news for everybody, rite? What else can u tell if there is "more then 99% accuracy"? or "Presence of two lines indicates that u are.. , 1 line indicates that u are not"?

Oh God! our little Farah Sufiyyah will be 'kakak' in ninth months from now, people! That's mean.. I'm pregnant!

Can't describe how happy I am. Can't hide my feelings through my fingertips! huhu...

We've been planning for this for two months already. God, susah tau nak dapatkan baby, seorang lagi khalifah Allah, umat Muhammad, generasi, zuriat, what ever you called them.. it's not easy tau. So if Allah nak bagi rezeki masa awal marriage, just grabbed it! don't gatal2 nak planning2 (for some of those lar). And for those yang still xde rezeki.. insya-Allah, try harder, k. Aku doakan you all cepat dapat baby!

Huh, how happy I am!

ok2.. as today, 20th May 2008, with the guardian one step pregnancy test, aku tgk ada 2 line.. tak sabar nak bgtau Eri.. tapi aku dpt msg he's only will be home at 12 midnight coz got some stuff to do at Parlimen! (kecoh ar...)..

.....
.......
..........

Oh? oops! ok..ok.. takkan nak dot dot dot je sampai pukul 12 kan? kan?
Aku layan Sufiyyah nicely. hehe.. soon dh xdpt dah le layanan baik cam ni dah, kan? Tak de lar.. she's my dotter, what. The first, lovely one even though dah makin 'pandai' sekarang (geram je)..

So, around 11:50 pm, my dearest Hubby pun sampai..., Sufiyyah dah tido kepenatan dah.. dapatla aku bermanje2 jap hehe.

N for dearest clicks Jai n Sela.. korang dah tahu dari semalam kan? hah? dari aku belom pun bli test kit tu kan? pndai je budak2 zaman sekarang ni, eh?.. heh? Yong? even mc kat umah, this good news perlu sampai kat Yong dulukan? alahai.. wish u cepat sembuh eh.. Raden, my dearest friend.. (akhirnya aku masukkan gak nama ko eh? ekekeke).. ko pun dah tau, kan? Sis2, Dayang, aunts.. tolong2 la jagakan si kakak tu nanti eh?

Yang lain akan menyusul tahu.. aku bukan apa, berita gembira ni perlu semua orang tahu so that berkat tu lebih sikit, kan? kan? Doa2 kan la aku sihat dan dapat kerja cam biasa. Huhu tobat taknak muntah2 n nek wheel-chair cam dulu.... serik, siot! Tak sangka sakit belakang, sakit tekak, batuk2 ni rupanya 'tanda'... ni pun seksa gaks! hehe...

Buat mak ayah, semoga dengan bertambahnya ahli keluarga kita, bertambah erat lagi ikatan ksih sayang sesama kita semua. Insya-Allah... Aminnn...

Kenangan Nyaie

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
"Nyaie"... sapa pernah dengar perkataan ni? Aku belajar kenal perkataan ni bila Sufiyyah wujud kat dunia ni.

Nyaie.. panggilan untuk mak mertua aku yang maksudnya nenek/ opah/ tok (perempuan) atau apa2 je la panggilan seorang cucu kat nenek dia.

Teringat kat arwah... Mertua aku meninggal sakit kanser, breast kanser. Masa tahu, Sufiyyah baru lahir lagi. Kesian mak. Tapi mak kuat.. bertahan sampai akhir hayat. memang mak kuat betul melawan. Aku tak pandai nak rapat sangat dengan mak, tapi mak memang baik hati. Kalau mak jumpa Sufiyyah.. mak jadi cergas n sangat sihat. Memang mak xnak tunjuk dia sakit. Depan anak-anak pun mak tunjuk kuat. Semua kerja mak nak buat. Lagila Ika nak amek SPM tahun tu.

Alhamdulillah mak pergi dengan tenang. Urusan kebumi mak pun aku tengok sungguh cepat walaupun mak meninggal di HKL pukul 2 ptg lebih, lepas Asar terus gerak balik JB sebab ayah nak kebumi mak kat sana, senang sedara nak melawat nanti. Sampai JB lebih kurang tengah malam tapi semua sedara even dari Singapore dah ramai yang tunggu. Lepas semayang, jenazah mak terus dibawa ke perkuburan. Memang orang cakap orang yang baik, insya-Allah pergi dia pun baik dan mudah..

Sebelum Mak pergi, sempat tengok kejayaan anak2. Even Ika yang baru selesai SPM, result belum pun keluar, dah dapat offer fast-track accounting kat UiTM. Sejuk kubur mak. Sempat juga tengok cucu sulung si Farah Sufiyyah. Alhamdulillah Allah kurniakan Sufiyyah akal yang cerdik, cepat belajar, cepat kenal siapa Nyaie dia. mak sempat tengok Sufiyyah membesar dengan sihat, aktif merangkak, duduk, berjalan.. apa lagi dengan kepetahan dia bercakap.. memang menguatkan mak untuk terus melawan sakit mak tu.

Tapi Allah lebih sayangkan mak.. tanggal 27 Disember 2007 (Jumaat),pada usia baru 54 tahun, mak menghembuskan nafas yang terakhir di HKL depan semua anak-anak, suami dan sedara terdekat mak. Aku hanya sempat menziarahi masa mak masih nazak kerana selepas itu aku terpaksa bergegas balik ke ofis. Sebaik sampai ofis, suamiku memberitahu bahawa mak sudah tiada... Innalilla-hiwainna-ilaihi-ro-ji'unn.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah untuk kesejahteraan Arwah..

arwah mak wif Ika n Sufiyyah

Tuesday, May 20, 2008

Pizza Party

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Welcome.. welcome... to Zai n Zuha's Pizza Party at Alamanda, Putrajaya on 16 May 2008!

xtually bukan party hemmo hemmo sangat pun. Biasa2 je ala2 kenduri sebab diorang ni dapat duit Tanggung Kerja ada sorang Hamba Allah yang cuti bersalin aritu. Dapat duit, saje la ingat kawan2 so nak melanja sedikit sebanyak, kan..

Aku sampe lewat sikit tapi ok la sebab diorang baru seteguk dua hirup mushroom soup tu. hehe xketinggalan la aku ni eh. Pizza pun lom sampe...

gambar ni sela amekkan..

gambar ni diambil oleh waiter Pizza Hut tu.. sela je yang beria kan? hehehe.



so, inilah antara aktiviti2 yang berlaku dimana hanya boleh diceritakan dengan gambar2 sahaja kerana masing2 dah kelaparan sesangat hehehe








SO.. SAPE NAK BELANJA KITORANG??

what a busy day..

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
Hi all! It's been a very busy day for me as banyak sangat aktiviti meluncur bersama Viva Love U ku itu sepagi jumaat ini.

ok..ok.. where r we? (sbb dh tuesday baru aku nak sambung cite ni)

nak tau cite apa yg aku wat ari jumaat lepas? er... dah lepas r, cam malas jek nak cite. sebab ada hari sabtu, ahad n isnin lagi nak cite... cam malas nak menaip jek. tambah lak kesihatan aku cam tak ok-ok je dari last wik.

dari sakit belakang, sakit tekak, batuk, n batuk tak henti2... huhu. sedih je aku yang suka cakap banyak ni dah seksa nak bercakap dek suara aku yang serak-serak basah ni hahaha... (tapi nak juga bercakap banyak!)

ey, betullah. sakit tekak membawa kepada masalah suara rock aku yang suke ati dia nak bunyi cam mane...

ah.. dah lari dari tajuk.. kan aku kata xnak cite... huhuhu...

doakan aku cepat baik so that leh karang cite kat korang eh? heh.

Thursday, May 15, 2008

senaman a.k.a eksesais

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
muahaha... apalah aku terpikir nak tulis topik ni eh? boring nih sebenarnya tau. serious aku xde keje..

xtually since semalam aku rasa badan cam lenguh2 n sakit belakang lak macam time tengah sarat mengandungkan si kenit Sufiyyah dulu. Serious sakit belakang. Tambah lak dengan batuk cam nak terkeluar urat perut ni. Kesian Sufiyyah.. merengek nak mama tapi aku soh dia dok jauh2 takut aku batuk kang jangkit kat dia lagi susah. Terasa lagi jari kecik Sufiyyah picit2 dahi aku dengan harapan boleh kurangkan aku punya sakit kepala la hehe.. comel...

sakit2 badan cam ni baru la nak teringat kan senaman ahaha yang sangat-jarang aku ada masa nak buat..

Tip senaman badan dan fikiran<-- tip ni dh lama aku simpan, tapi... hehehe paham2 je la kan.. aku bukan pencinta kesihatan sangat nak amal2 senaman2 nih

1. MULAKAN dengan senaman sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.

- haa kalau nak tau kat opis ni aku ada bos yang saaangat mementingkan kesihatan staff dia. pagi2 mmg kitorang bereksesais cam workers kat Japan tuh. tapi kalau bos ni xde.. wahahaha xde sapa nak buat eksesais!..

2. BERANIKAN diri untuk menegur atau mengeluarkan perkataan halo kepada orang yang jarang anda tegur.
- err.. aku ni walaupun sangat pemalu (ececehh) tapi peramah gak. suke ati aku la nak tegur sapa pun even aku xkenal cuma kena tgk mud n muka org tu gak ah. manusia zaman sekarang ni, sedangkan kawan (kawan ke?) sendiri pun tiba mud dia nak jeling kat aku pagi2.. tambah lak yg kita xkenal sgt kan?

3. BUKA laman web yang anda tidak pernah tengok contohnya laman web alam sekitar.
- ayat pertama aku setuju. yang cth dia bagi tu.. wahaha.. okla, aku memang pencinta alam sekitar, tapi tengok gak le tahap kerajinan dan kelapangan nak g terjah sana sini kan

4. SEKALI-sekala cuba tonton video lawak kerana ketawa adalah senaman untuk awet muda.
- video lawak? cam Video Zonkers ke? ke macam Raja Lawak? Please... dah xlawak la semua tu...

5. CUBA bertanam sayur, memelihara ikan atau kucing kerana secara tidak langsung menanam sikap kasih sayang.
- cakap kat aku mana aku nak menanam? ada la tanah tapi kalau tiap kali panggil mat bangla mesin rumput, dicantasnya pokok puding kat belakang umah tu.. maleh dah la aku.
- bela ikan? kalau penat aku jaga dan belai tapi bila tinggalkan time balik kampung nak bertunang dulu member aku rajin tukar air tapi tak letak antiklorin.. camne? huhu sedih tau! tapi sekarang aku bela ikan puyu.. orang tua kata halau hantu setan. ehek.. (orang bagi amek je la lgpun xsusah bela)


6. CUBA duduk diam tanpa radio dan televisyen selama lima minit tetapi ingat dalam tempoh itu jangan pula anda tidur.
- er... duduk diam cam susah nak buat je? xde radio nagn tv tu ok..

7. SEKALI-sekala boleh menari mengikut irama yang anda cuba seperti lagu rancak atau samba.
- haha come n see me n my dotter kat umah la..

8. BERJALAN sekitar taman perumahan selama sejam.
- berjalan?.. ke berjalan2? aku pilih berjalan2 di shopping complex selama berjam-jam! ahaks! sapa setuju, angkat tangan tinggi2!

9. BERLARI naik dan turun tangga di rumah.
- again, jemputla datang rumah.. berlari sebab nak elakkan si Sufiyyah 'teman' aku naik atas setakat nak amek baju je huhu.. mana nak gemok2..

10. BERBASIKAL di kawasan perumahan atau di gimnasium.
- tanya Eri, mana basikal yang kitorang beli masa bertunang dulu? mana? huhu... mahai tau.. senang2 jek malaun mana ntah amek..
- aku nak try gak g Gym kat Kem Belia dan Sukan.. diorang kata best..


haa... itulah sedikit sebanyak coretan aku wat mengisi masa lapang di ofis nih.. boring weh, xde kerje bagi orang yang rajin cam aku nih.. Cubala korang try sekali xde keje.. BORING.....

hari hari adalah hari

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
salam utk kawan2 sekalian.. ni aku forwardkan e-mail yang aku dapat pg ni. maybe some of u dah pernah baca or dengar... or maybe juga ada yang juga dapat e-mail ni pagi ni.. (hehe), tapi untuk renungan sahabat2 yang lain, ini lah yang aku nak share...

Salam...

To all my brothers and sisters in Islam, pls take few minutes reading below message. May Allah increse your knowlege and increase your level of faith...

Allah menjadikan masa dalam seminggu tu ada 7 hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dalam setiap hari tu, ada peristiwa-peristiwa penting yang tercatat dalam diari Islam itu sendiri yang menjadi memori sepanjang zaman.

Hari Isnin
1. Naiknya Nabi Idris ke langit.
2. Nabi Musa a.s berangkat ke bukit Thursina.
3. Rasulullah s.a.w dilahirkan.
4. Malaikat Jibril turun kepada Rasulullah s.a.w buat kali pertama.
5. Amal perbuatan umat Nabi Muhamad dilapurkan pada hari Isnin.
6. Hari wafatnya Junjungan mulia, Nabi Muhamad s.a.w.
7. Bukti keesaan Allah, diturunkan "Qul huwallahu ahad"

Hari Selasa
1. Wafatnya Jurjis.
2. Nabi Yahya a.s wafat pada hari ini.
3. Nabi Zakaria wafat pada hari ini juga.
4. Tukang sihir Firaun tewas dengan mukjizat Nabi Musa.
5. Asiah iaitu isteri kepada Firaun wafat pada hari ni.
6. Habil terbunuh hari selasa.

Hari Rabu
1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya.
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.

Hari Khamis
1. Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja Mesir.
2. Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya (masa ni, Yusof jadi raja mesir yang terkenal).
3. Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke Mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.
4. Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga untuk bertemu anakandanya yang dirindui.
5. Nabi Musa a.s memasuki Mesir pada hari khamis untuk mengajak Firaun menyembah kepada Allah.
6. Rasululllah s.a.w memasuki Kota Mekah selepas perjanjian hudaibiyah.

Hari Jumaat
1. Pernikahan antara Nabi Adam dan Hawa.
2. Pernikahan antara Nabi Yusof dengan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa a.s dan Shafura binti Nabi Syuaib a.s.
4. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Khadijah Khuwailid.
5. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s dengan Ratu Balqis dari negeri Saba'.
6. Pernikahan antara Rasulullah s.a.w dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar.
7. Pernikahan antara Ali bin Abi Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra.

Hari Sabtu
Hari ni pernah disebut oleh Rasulullah sebagai hari tipu daya kerana:
1. Kaum Nabi Nuh membangkang kepada Nabinya.
2. Kaum Nabi Saleh mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Saudara-saudara Nabi Yusof mengkhianati Nabi Yusof dengan mencampakkannya ke dalam perigi di padang pasir.
4. Raja Firaun mencabar Nabi Musa.
5. Orang2 Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s untuk membunuhnya. Lalu, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
6. Orang2 Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhammad di Darun Nadwah.
7. Kaum Yahudi melanggar perintah Allah dengan menangkap ikan walaupun hari itu di larang mereka berbuat demikian.

Hari Ahad
1. Allah menjadikan neraka.
2. Allah mencipta bumi yang tujuh lapis.
3. Allah mencipta langit yang tujuh lapis.
4. Allah menjadikan 7 anggota adam.
5. Allah menjadikan bilangan hari yang tujuh.
6. Allah menjadikan bintang2 yang beredar.
7. Allah menjadikan lautan yang tujuh.

Diantara hari-hari yang tujuh itu, hari Jumaatlah yang paling mulia dan digelar penghulu bagi segala hari. Banyak fadhilat yang boleh kita perolehi pada hari Jumaat.

Begitulah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada sekian-sekian hari. Hanya dengan mengimbas kembali lipatan sirah nabawiyah, barulah kita dapat gambaran sepenuhnya. Alangkah baiknya kalau kita berada di bumi anbiya. Bolehlah kita menuruti sejarah-sejarah silam, zaman pemerintahan nabi-nabi.

Wednesday, May 14, 2008

movie story

ng0meL by ummi 1 lagi tambah ng0meL Links
"this is a story about a girl named, Lucky".. Early morning, she wakes up n she.....

wait, wait.. this is not what i meant about the topic that i wanna share wif u guys!...

actually alone in my hubby's goverment quarters..(yeap, he's the one who kena potong elaun rumah, meaning it's hubby's), sambil kemas2 drawer tv rack, sempat aku belek2 cd2 (vcd n dvd of course) lama. lama means dah lama tak beli collection baru coz dah lama xde masa n ruang nak watch movie. yalah, kalau Eri sound bila Sufiyyah dah 5 years baru leh g watch movie... What?? macam la xde adik Sufiyyah in between kan yang membolehkan kitorang berdua or bertiga g watch movie, kan? kan?

for the information, we used to watch movie time bercintan cintun dulu like every week. Dah berlumpa almost everyday like xde keje nak buat or xde manusia lain nak jumpa kan.. watch movie adalah one of the activity yang best. pas tu, ada la topic nak discuss or nak gaduh, kan? kan?

luckily (hahah, that's y intro post ni ada lagu Lucky by Brit..who cares..), kitorang minaaat gendre (ceewah, like bahasa wayang laks) cerita yang sama. So there's no problem nak watch movie sesame n selalu, ok.

i wrote all these things not to story u guys about what we do in the panggung wayang, pleaseee... hehe coz everybody knows that of course we tengok those movie, kan? what else could it be?? muahahaha. but here to jog down a few movie yang we both think that all u guys should watch coz it's not just a movie, k. not just a movie.. (wallah!, cam serious jek):

1.Life is beautiful
Tagline:
An unforgettable fable that proves love, family and imagination conquer all.
Plot:
A Jewish man has a wonderful romance with the help of his humour, but must use that same quality to protect his son in a Nazi death camp.


2.Lock, stock and two smoking barrels
Tagline:
A Disgrace to Criminals Everywhere
Plot:
Four London working class stiffs pool their money to put one in a high stakes card game, but things go wrong and they end up owing half a million pounds and having one week to come up with the cash

3.Mean machine
Tagline:
Not Your Usual Suspects
Plot:
A soccer star jailed for assault leads a group of inmates in a match against prison guards.

4.U571
Tagline:
You won't come up for air until it's over!
Plot:
A German submarine is boarded by disguised American submariners trying to capture their Enigma cipher machine.

5.The God Must Be Crazy …
Tagline:
At last, a comedy everyone can laugh with!
Plot:
A Sho in the Kalahari desert encounters technology for the first time--in the shape of a Coke bottle...

em.. this is only a few lar. if i've got time some other time, i'll write lagi, k. by the way... the last story tu... kalau xtau mmg wat malu je tau. Silap aribulan, parents korang pun dah tengok!

so, kita enjoyyyy!...





mee maggie (xingat ejaan)

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
bertemu lagi kita di lembaran blog ku hehehe.

merujuk kepada tajuk yang diatas adalah dimaklumkan bahawa saya tidak berkerja atau tiada nafsu untuk bekerja dimana saya hanya ingin untuk merehatkan badan dan otak sahaja pada hari ini.

amboi!

bukanla maksudnya aku tengah makan megi atau bercadang nak makan megi. saje je nak lari dari topik yang menjengkelkan dua tiga hari ni..

megi kosong
amek megi, tuang perencah, letak air panas, tutup. tunggu agak2 3 minit (5 la kot) baru leh makan. keras or kembang, risiko dia la.

megi pa&ma
ni masa aku kat banting dulu. 1st time kenal megi ni. xtually mihun, bukan mee. mmg addicted la sbb dia punya perencah ada 2 ke 3 jenis. ada minyak, ada perencah pedas, ada perencah yang ada daun2 tu. aku rasa kalau tanya budak banting, sapa la yang xmakan megi ni kan? kan?

megi heavy sikit
haaa ni ada telur kat dalam. sedap r, ada rasa lain sikit kan, kalau megi kosong jek, mau mual gak tekak. megi ni kena masak dengan api la, xleh main curah2 air panas je.. kang makan telur xmasak lak. haha

megi berkhasiat
aku kata berkhasiat sebab sia ada sayur n telur of course. ada gak yang siap tumis bawang lagi. sayur pun ada yang berbagai. nak lagi berkhasiat, tambah ayam ke udang ke, sotong ke.. dah jadi mee bandung perasa megi dah. memang mengenyangkan.

megi mamak / megi goreng / megi sup mamak
kalau dah ada nama mamak kat belakang tu, jangan lak nak buat kat rumah atau nak cari kat kedai Piju lak. tak nak komen banyak, p la ode kat kedai mamak menu ni satu. ada setengah siap pakai udang geragau (aku xsuke.geli).

apa lagi? p la...

Tuesday, May 13, 2008

it's gettin hot, people!!!

ng0meL by ummi 0 lagi tambah ng0meL Links
ok... macammana nak start eh? gini... (suspen) remember last wik aku geram hangin satu badan ngan sorang mamat kat tmpat keje aku ni? well... the next monday, aku dapat email reply yang penuh sopan santun dan maha karya cinta (oops!, pleaseee).. maha menyentuh kalbu la pendek kata. serious wa cakap luu... cam baik sangat la dia xcept aku punya email sound tu as memang baik lah. intro email dia macam ni...

"First of all, thanks for the comment,
i truly appreciates it. This is i want from all staff, 2 way of communication. All i can say that i'm truly sorry for the late evening incident".


then.. korang agak2 le sendiri apa cite dia selanjutnya yang boleh dikatakan disini bahawa pijak semut pun tak mati, beb! aku forward kat almost semua staff kat sini yang ada ditempat kejadian petang tu n guess what? ni pula feedback diorang..

"hehehe... so not sweet of his words... please tell him....whatEVER

"blah ar..mayb nak ambik ati kak umi kotzzzz..huahuahua.....jgn cair
pleaseeeee...tak sangka dia akan reply seolah hati dia selembut bulu
burung...selembut sutera...selembut angin...acting supaya cite ni x jadi
besar sangat...supaya kita akan lupakan segalanya? tapi congrat la sebab dia
puji kak umi..kuikuikui..."


emm tapi cite ni bukanlah yang aku nak kongsi ngan korang sebenarnya, ni selingan jek utk menguatkan lagi cerita aku nanti. ehehehehe...

cite yang sebenarnya adalah berbunyi seperti ini:

arakian tersebutlah kisah, si bos ini adalah mempunyai anak buah (yang mereka gelarkan diri sendiri as anak ketam) <-- ops! ada yang termakan cili? suka hatila, ni blog aku, aku nak tulis apa pun kan?

bebalik kepada bahasa santun..agak2 korang pikir sendirila kenapa diorg bahasakan diri sebagai anak ketam? muahaha... sebab diorang panggil bos diorang tu bapak ketam!! (kesian semua orang dalam cerita ni kan?)

ok...ok... santun balik. maka oleh kerana si bapak ketam itu telahpun menunjukkan taringnya eh, sepitnya dikhalayak ramai pada minggu lepas, sebagai anak ketam yang patuh, diorang pun nak juga tunjuk sepit diorang (yang korang boleh baca di ruangan aku sebelum ni)

haaa... sekarang ada paham? ok... kita dah nak tamat cite dah ni... n it's gettin HOT!!

lalu tersebutla seorang hamba Allah yang berbudi pekerti mulia ataupun yang dah tidak tahan menanggung penin serabut dikepala otak dek kegembiraan terlebih si anak-anak ketam itu, maka dia pun mengambil keputusan untuk mengsound anak-anak ketam ni dengan cara terhormat iaitu menghantar email (eh, cam dejavu je kan?)

bukan apa, otak dah penin... kang kalau ditegur mata dengan mata takut lain lak jadinya kan. maka dengan itu email teguran pun sampaila dengan harapan message sampai dan suasana kembali tenang seperti suasana dalam sebuah office yang semua orang hanya perlu menggunakan jari untuk menyelesaikan kerja-kerja rutin (nak cakap gak, gunala tepon, mak bapak korang bayar tax tau kat goverment which means line tu free bagi korang nak chit chat sampai bile pun!)

seketika, keadaan kembali sunyi seperti dikehendaki. semua orang hepi...

eh? what's hot dengan cite ni? haaaaa belum abis la...

pada waktu rehatnya (agaknya dah settle keje kot or time rest nak check email), si anak ketam itu pun ter eh, membacalah email yang disend tadi (eh? baru baca? laaa yang senyap tadi tu muhasabah diri sendiri la eh? oooooo heh.

si anak ketam tidak sanggup menanggung sendiri membaca email berseorangan dan mahu juga berkongsi dengan adik beradik yang lain (satu bapak, kan diorang ni tadi? muahaha). bila dah berkepala-kepala dan berotak-otak (kasarnya bahasa!). ok..ok.. setelah berkongsi idea untuk memahami maksud teguran tadi, si anak-anak ketam ini bersetujulah untuk me-reply balik dengan cara dan gaya seperti saling tak tumpah kemana lagi nak tumpah kuah kalau tak ke nasi...(hehe) seperti arakian si bapak ketamnya dimana menyuruh si penegur untuk memuhasabah dirinya sendiri sebelum menegur orang lain. WHAT THE ... (Tuttt) eh? xpaham ayat eh?

oklah, aku ringkaskan la ikut bahasa korang senang paham. cenggini...

bila dapat email kena tegur ni... dierang pun reply balik la tapi dengan nada seolah "ey... cermin muka sendiri la dulu"... ha... alamak, siap bagi salam kat ayat last tu yang xtahan... muhasabah la katakan... gitulah ceritanya yang aku dengar ni dah jadi sesi reply me-reply dimana terdapat sedikit salah paham dan salah menyalahkan masing2 (tapi dalam bahasa yang sungguh murni)

em... alamak malas la aku nak sambung coz makin lama aku tulis, makin geram lak. bukan apa, sebab tak pasal2 aku pun dilibatkan supaya "menjaga diri baik2". memang apakah aku terlibat dalam kegiatan menegur engkau orang tadi? tidak, bukan? aku geram hangin kat blog aku jek... oooo senyap2 baca blog aku eh? heh?

tak malu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

.:The sOmeL LomELs:. Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Baby Blog